Okay Hari ni Miss G nak menulis tentang news dan fakta yang anda perlu tahu tentang apa Pelan Pemulihan Negara yang telah dirancang oleh kerajaan.Bagi mengawal penularan wabak COVID-19, kerajaan telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol yang perlu dipatuhi bagi semua sektor. Seperti yang anda tahu, syarat Pelan Permulihan Negara (PPN) Fasa Pertama tidak seketat seperti sebelum ini, tetapi masih tidak boleh merentas negeri dan daerah.
Bagi unit strata, anda juga tidak terkecuali mematuhi peraturan aktiviti yang boleh dilakukan dan tidak dibenarkan semasa PPN.
Bagi sebarang aktiviti yang dibenarkan di dalam skim strata, protokol berkenaan Langkah Pencegahan COVID-19 perlu diamalkan. Bagi setiap aktiviti yang dibenarkan, protokol Langkah Pencegahan COVID-19 ini perlu dipatuhi.
Sebelum kita pergi lebih jauh, berikut merupakan senarai protokol Langkah Pencegahan COVID-19 yang perlu dipatuhi mengikut jenis aktiviti yang dibenarkan.
Protokol Langkah Pencegahan COVID-19
- Sebelum masuk ke mana-mana kawasan skim strata, saringan suhu badan di pintu masuk perlu dijalankan.
- Bagi individu yang mencatatkan suhu badan melebihi 37 5 ◦ C dan ke atas atau menunjukkan gejala COVID-19 seperti sakit tekak, batuk, selesema atau susah bernafas, pihak pengurusan perlu menasihati individu tersebut hadir ke klinik dan mengambil maklumat individu itu untuk dilaporkan kepada pihak KKM.
- Pastikan setiap individu mendaftar dengan mengimbas Kod QR melalui aplikasi MySejahtera atau merekodkan nama nombor telefon, tarikh dan masa tiba di premis bagi tujuan pengesanan kontak (contact tracing).
- Memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter antara individu.
- Basuh tangan dengan sabun dan air atau cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).
- Memastikan proses nyah kuman permukaan yang mudah dicemari dilaksanakan.
Aktiviti yang dibenarkan masa Pelan Pemulihan Negara (PPN)
1. Operasi Pejabat Pengurusan
© primagefactory | 123rf
- Pejabat pengurusan yang dioperasikan oleh pihak pengurusan bagi perkhidmatan penting (essential services) hendaklah pada kadar minima dalam mode perkhidmatan bersesuaian (transaksi secara online adalah digalakkan). Pejabat hendaklah ditutup kepada orang awam.
- Kapasiti pengurusan dan penyenggaraan skim strata melibatkan pengurusan pejabat dan pekerja operasi adalah maksima 60% dan tertakluk kepada arahan terkini MKN.
- Operasi bagi perkhidmatan perlu (essential services) melibatkan perkhidmatan keselamatan dan pembersihan dibenarkan beroperasi pada tahap maksima berdasarkan kepada SOP Sektor Industri Kawalan Keselamatan Swasta yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau terma kontrak yang telah dimeterai.
2. Mesyuarat Jawatankuasa
- Mesyuarat Jawatankuasa secara bersemuka adalah tidak dibenarkan dan boleh dilaksanakan secara atas talian (online).
3. Pengurusan pos/kurier/pekerja penghantaran
© kritchanut | 123rf
- Sebarang kebenaran untuk menghantar pesanan ke tempat yang ditetapkan tertakluk kepada kelulusan JMB/MC/ Pengurus Harta.
- Perlu mengamalkan kaedah penghantaran selamat (contactless delivery) untuk kurangkan risiko jangkitan.
- Perlu mematuhi tatacara Pengurusan Pelawat.
4. Pengurusan penyelenggaraan kerosakan
- Sebarang urusan penyelenggaraan dan pembaikan kerosakan harta bersama dibenarkan bergantung kepada kelulusan pihak pengurusan.
- Sebarang urusan penyelenggaraan dan pembaikan kerosakan kritikal melibatkan perkhidmatan perlu di dalam unit/petak juga dibenarkan tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan.
- Kerja-kerja penyenggaraan adalah tertakluk kepada sebarang SOP terkini yang ditetapkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).
5. Urusan pengubahsuaian
wabeno | 123rf
- Secara umumnya urusan pengubahsuaian di skim strata adalah tidak dibenarkan.
- Tertakluk kepada kebenaran pihak pengurusan, kerja-kerja pemasangan keperluan asas tanpa melibatkan bunyi bising yang berterusan bagi membolehkan sesuatu unit petak sesuai dan selamat untuk didiami selepas proses perpindahan masuk sahaja adalah dibenarkan (contoh: pemasangan perkakasan elektrik dan jeriji besi). Kerja pemasangan boleh dilaksanakan sebelum urusan perpindahan dijalankan.
- Kerja-kerja pemasangan baru kemudahan internet dan komunikasi di dalam unit tanpa melibatkan bunyi bising yang berterusan adalah dibenarkan dan perlulah dimaklumkan kepada pihak pengurusan.
- Kerja-kerja pengubahsuaian adalah tertakluk kepada sebarang SOP terkini yang ditetapkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).
6. Urusan pembekal perkhidmatan
- Pembekal perkhidmatan berkaitan dengan penyenggaraan dan pembaikan kerosakan sahaja dibenarkan untuk memasuki skim strata.
- Setiap pekerja pembekal perkhidmatan yang dibenarkan dikehendaki mematuhi Langkah Pencegahan COVID-19 di pos kawalan keselamatan atau mana-mana tempat lain yang ditetapkan serta membekalkan maklumat kepada pihak pengurusan untuk tujuan contact tracing.
- Pemilik / pembekal perkhidmatan perlu mendapat kebenaran bertulis pihak pengurusan bagi pembekalan perkhidmatan penting yang melibatkan penggunaan harta bersama.
- Pergerakan pembekal perkhidmatan adalah terhad di unit atau kawasan yang didaftarkan akan dihadiri sahaja dan tertakluk kepada prosedur pengurusan pelawat.
7. Pengurusan kontraktor
- Semua kontraktor / vendor / pekerja dibenarkan untuk memasuki skim strata untuk melaksanakan kerja penyenggaraan kerosakan. Pergerakan kontraktor / vendor / pekerja adalah terhad di unit atau kawasan yang terlibat sahaja.
- Kontraktor / vendor / pekerja dikehendaki membekalkan maklumat kepada pihak pengurusan untuk tujuan contact tracing sebelum memasuki skim strata. Kontraktor / vendor / pekerja yang merupakan warganegara Malaysia hendaklah mengemukakan maklumat pengenalan diri, manakala kontraktor / vendor / pekerja bukan warga negara hendaklah mengemukakan salinan paspot dan permit kerja yang sah serta nombor telefon terkini. Kontraktor / vendor / pekerja perlu mematuhi SOP Sektor Pembinaan yang dikeluarkan KKR.
- Kontraktor / vendor / pekerja hendaklah mematuhi Langkah Pencegahan COVID-19 di pos kawalan keselamatan atau mana-mana tempat lain yang ditetapkan.
- Kontraktor / vendor / pekerja hendaklah melaksanakan kerja mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
8. Pengurusan penghuni dan harta bersama (common property)
- Penghuni boleh bergerak di skim strata dengan mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu (1) meter dan tertakluk kepada sebarang arahan terkini MKN.
- Sebarang aktiviti keagamaan, sukan dan rekreasi dan lain-lain aktiviti adalah tertakluk kepada SOP Am yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM.
- Penganjuran majlis keramaian / rasmi dan sosial adalah tidak dibenarkan.
- Penganjuran seminar / bengkel / persidangan / pameran secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.
- Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi adalah tidak dibenarkan dan sebarang pengecualian adalah tertakluk kepada aktiviti yang dibenarkan di dalam SOP Am Sektor Sukan dan Rekreasi di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
- Pengoperasian Harta Bersama selain daripada fasiliti sukan dan rekreasi adalah tidak dibenarkan dan sebarang pengecualian adalah tertakluk kepada SOP Am yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM.
9. Urusan perpindahan
belchonock | 123rf
Urusan perpindahan di hartanah strata dan bertanah adalah dibenarkan dalam tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara berkuat kuasa serta-merta, menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
- Urusan perpindahan di skim strata adalah dibenarkan.
- Individu/pemilik petak yang hendak berpindah perlulah mendapatkan kebenaran pergerakan daripada PDRM bagi diri mereka dan pengendali perpindahan serta pekerja yang terlibat; dan
- Pemohon perpindahan di skim strata perlu memaklumkan tarikh dan masa perpindahan serta maklumat pengendali perpindahan kepada pihak pengurusan.
Aktiviti yang tidak dibenarkan masa Pelan Pemulihan Negara (PPN)
1. Pelawat
- Pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan skim strata kecuali sekiranya diberi pelepasan dan kebenaran khusus oleh pihak pengurusan.
- Pelawat yang telah diberi kebenaran dikehendaki mematuhi Langkah Pencegahan COVID-19 di pos kawalan keselamatan atau mana-mana tempat lain yang ditetapkan, serta membekalkan maklumat kepada pihak pengurusan untuk kegunaan pengesanan kontak sekiranya diperlukan.
- Pergerakan pelawat ke kawasan skim strata yang diluluskan oleh pihak pengurusan adalah terbatas terhad ke unit atau kawasan tujuan asal yang didaftarkan sahaja.
Miss G berharap maklumat yang miss kongsikan ini dapat membantu anda mematuhi segala SOP dan protokol di skim strata mengikut apa yang ditetapkan oleh kerajaan. Dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, semoga kita dapat membendung wabak COVID-19.