Haa kali ini Miss G nak sampaikan info yang sangat berguna di untuk selamatkan bumi yang kian nazak akibat dari tangan-tangan jahat manusia dan juga teknologi. Okay jadinya barangan ini amat berguna dalam rumah anda.Anda mesti tak tahu yang sebenarnya banyak benda yang anda boleh tukar untuk menjadikan bumi ini lebih bersih dan kurang sampah. Bukan sahaja memudahkan tetapi sebenarnya lebih jimat sebab anda boleh guna balik beberapa kali.

Ada sesetengah barang yang anda sendiri pun tak tahu ada alternatif yang lebih eco-friendly. Antaranya ialah:

1. Mug Stainless Steel

Cawan pakai buang yang anda guna selalu itu mengambil masa sehingga berpuluh tahun untuk dilupuskan.

Kalau sehari anda minum 2 atau 3 kali, bayangkan kalau sebulan? Adalah lebih baik kalau anda gunakan mug stainless steel eco-friendly ini.

2. Beli Baju Preloved Berbanding Beli Baju Baru

Baju preloved ini tak semestinya baju yang dah di pakai. Ramai yang jual balik baju yang mereka beli tapi tak pernah pakai atau rasa tak sesuai dengan mereka.

Jadi anda akan dapat baju baru dengan harga yang lebih murah.

 

3. Bag Bungkusan Plastik Kepada String Bag Atau Mesh Bag

Kalau selama ini untuk bawang atau sayur-sayuran yang nak ditimbang anda letak dalam beg plastik, sekarang ada alternatif lain di mana anda boleh guna string bag.

Bila nak pergi beli barang basah boleh bawa saja, bila sampai rumah dah tak serabut sangat dengan plastik yang ada.

 

 

 

4. Kapas Muka (Facial Pads)

Kapas muka ini pakai satu pun tak cukup. Jadi lebih elok kalau anda tukar kepada kapas muka versi kain. Ia menggunakan kain kapas yang lembut jadi muka anda tak sakit.

Lagi seronok sebab lepas anda guna, anda boleh terus basuh dengan air atau boleh juga masuk dalam mesin basuh. Senang dan jimat.

5. Cecair Pencuci Baju

Mesti anda pelik. Cecair pencuci eco-friendly tu macam mana? Kalau anda nak tahu, ada sesetengah pengeluar cecair pencuci menggunakan bahan dan juga botol yang boleh dikitar semula.

Jangan risau sebab dekat Malaysia pun ada cecair pencuci macam ini.

Kalau anda tak tahu nak beli dekat mana semua benda ini. Anda boleh mulakan dengan beli liquid detergent dari Breeze. Formulasi terbaru yang berasaskan tumbuhan dengan Triple Boost Technology untuk membersih dengan lebih pantas, anti bau busuk (Anti Malodor) dan bau yang lebih segar.

Bukan sahaja berasaskan tumbuhan tetapi cecair pencuci baju ini juga mempunyai bahan asli.

Botol Pencuci Baju Cecair Boleh 100% Dikitar Semula

Botol cecair pencuci ini boleh dikitar semula. Boleh juga digunakan untuk kegunaan lain. Nak potong jadikan pasu bunga ke atau lain-lain kraf, semua pun boleh jadi.

Kalau anda tak mahu guna semula, anda boleh kitar semula. Lagi mudah kan? Mana tahu hasil kitar semula botol tersebut boleh diolah untuk jadi barangan lain pula.

Ada Beberapa Pilihan Yang Anda Boleh Pilih Ikut Kesukaan Anda

Tapi dalam banyak-banyak, ini merupakan antara favourite ramai!

  • Untuk pembasuhan yang lebih power.
  • Cecair pencuci untuk penjagaan warna agar tidak kusam
  • Untuk peminat bauan yang lebih mewah!
  • Breeze dengan bauan Comfort yang lebih menyegarkan!

Kalau anda nak beli pek refill pun boleh. Jangan risau ia masih lagi eco-friendly!

Leave a Comment on Barangan Eco Friendly kegunaan rumah yang mampu selamatkan bumi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *