(Sumber: farabipharma.ir)

Bagi seorang wanita yang sedang menantikan saat menimbang cahaya mata, pasti akan menjaga bayi yang dikandung dengan sebaiknya supaya bayi yang dilahirkan akan sihat dan sempurna. Namun, masih ramai wanita di Malaysia yang masih tidak mengetahui akan kepentingan asid folik kepada perkembangan bayi di dalam kandungan. Bagi mereka yang masih tidak mengetahui akan kepentingannya, pasti mempunyai banyak persoalan yang timbul. Apakah itu asid folik? Bagaimana cara pengambilan asid folik ini? Bilakah masa yang sesuai mengambilnya? Baiklah, mari kita sama-sama merungkai persoalan yang masih bermain diminda anda.

Secara umumnya, folate adalah sejenis vitamin B yang diperlukan bertujuan untuk perkembangan tubuh manusia. Ianya diperlukan terutamanya ketika sel-sel badan sedang berganti seperti kuku, rambut dan kulit. Secara semula jadi, folate boleh didapati daripada sumber makanan seperti kekacang, sayuran hijau, daging serta buah-buahan seperti pisang dan tembikai. Namun begitu, jumlah folate yang terdapat di dalam makanan ini tidak mencukupi terutamanya bagi wanita yang hamil. Oleh sebab yang demikian, satu bentuk sintetik folate iaitu asid folik telah dihasilkan bagi memenuhi keperluan vitamin B untuk perkembangan janin di dalam kandungan.

(Sumber: health4mom.org)

Supplement asid folik ini bertujuan untuk menghasilkan sel darah merah serta sel-sel lain di dalam tubuh seperti saraf, otak, kuku, rambut dan kulit. Dalam erti kata yang lain, ianya bertujuan untuk membantu mengelakkan janin daripasa mengalami kecacatan kongenital terutamanya kecacatan otak serta tulang belakang termasuklah kecacatan tiub neural, seperti spina bifida dan anencephaly iaitu kepala bayi kecil atau tiada kepala. Oleh yang demikian, sebaik-baiknya asid folik perlu diambil ketika wanita masih lagi sedang merancang kehamilan iaitu sebulan sebelumnya. Namun, jika anda tidak mengambil supplement ini sebelum hamil, anda masih boleh mengambil asid folik ketika diawal kandungan iaitu ketika 3 bulan pertama kehamilan.

(Sumber: myhealth.gov.my)

(Sumber: assignmentpoint.com)

Asid folik juga turut memainkan peranan dalam pencegahan pelbagai keadaan seperti:

  • Autism, dimana pengambilan asid folik sebelum dan pada awal kehamilan dapat mencegah risiko autism pada bayi.
  • Bibir dan lelangit rekah (cleft palate)
  • Kehilangan penglihatan ketika sudah berusia
  • Kemurungan
  • Masalah gusi

Dos yang disarankan oleh doctor bagi wanita yang sedang merancang atau pada awal kehamilan adalah 400 mcg setiap hari. Namun, anda perlu merujuk kepada doctor anda untuk mengetahui dos yang bersesuaian jika anda mengalami masalah kesihatan yang tertentu. Ianya boleh diambil sebelum atau selepas makan. Bagi wanita yang ingin merancang kehamilan, anda boleh dapatkan asid folik di mana-mana klinik atau farmasi yang berdekatan.

Rujukan:

Folic acid, WebMD

Vitamin dan suplemen kesihatan untuk ibu hamil, Portal myhealth.gov.my (2013)

Leave a Comment on Kepentingan asid folik untuk kehamilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *