Bilik Kosong Ini Diubah Suai dengan modal RM 1,000 Bilik Kosong Ini Diubah Suai dengan modal RM 1,000

Hai Korang,Pernah tak anda terfikir boleh ke hias bilik dengan modal yang sedikit dan minima. Kalau ikut nafsu mestilah nak yang murah tetapi cantik bukan? Kali ini Miss G nak kongsikan bagaimana anda mampu hias bilik anda dengan hanya bermodalkan RM1000 dan kebawah sahaja. Siapa tidak mahu bilik yang cantik, bukan? Ketika ini, ramai yang terpaksa bekerja dari rumah dan mahu sentiasa bermotivasi ketika bekerja.

Maka, apa kata anda makeover bilik anda agar berasa semangat dan selesa? Terbaharu, pengguna Twitter @marsyiii telah berkongsi gambar biliknya yang diubah suai dengan menggunakan barangan di Shopee.

Miss G melihat daripada ubah suai yang dilakukan beliau, ia bukan sahaja meletakkan perabut sahaja tetapi ia merangkumi keseluruhan bilik dari bawah lantai sehingga ke atas iaitu siling dan juga warna cat dinding.Mesti anda sudah tidak sabar mahu ketahui apakah barangan yang dibeli olehnya, bukan? Jom lihat barangan dibelinya!

 

1. Vinyl sticker

Untuk lantai biliknya, beliau menggunakan vinyl sticker dimana mudah untuk dilekatkan dan juga murah. Warna maple yellow dipilih untuk menaikkan seri bilik tersebut. Anda boleh dapatkan vinyl sticker di sini.

2. Langsir

Memilih langsir rona putih dan nampak kilauan seperti bintang ketika terkena cahaya matahari sesuai untuk anda yang mahukan sedikit kelainan. Anda boleh dapatkan langsir tersebut di sini.

 

3. Laci

Laci untuk meletakkan barangan-barangan seperti baju atau tudung ala Ikea ini pula melengkapkan biliknya. Bilik akan nampak lebih cantik dan anda boleh dapatkan di sini.

4. Clothes hanger

Disebabkan terlalu banyak baju, maka clothes hanger ini sesuai untuk diletakkan dalam bilik terutama sekali yang suka gosok baju untuk seminggu ke pejabat. Senang nak ambil baju dan klik sini untuk membelinya.

 

5. Almari

Bilik agak kecil, maka almari 3 pintu dipilih. Walaupun kecil tetapi ruang dalam almari dapat memuatkan pakaian yang banyak dan jika anda mahu dapatkan ia, anda boleh beli di sini.

 

6. Karpet

Karpet bulu lembut ini semestinya menjadi pilihan ramai orang. Memang makin cantik bilik jika diletakkan dalam bilik dan anda boleh beli sahaja di sini.

Untuk pengetahuan anda, Marsyiii mengatakan jumlah keseluruhan ubah suai biliknya tidak melebihi RM1,000 dan hasilnya tetap cantik. Berkonsepkan moden dan simple, pasti ramai boleh jadikan ubah suai bilik Marsyiii sebagai inspirasi.

Leave a Comment on Bilik Kosong Ini Diubah Suai dengan modal RM 1,000 Bilik Kosong Ini Diubah Suai dengan modal RM 1,000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *