Kisah Jatuh Bangun jutawan Datuk Aliff Syukri

Kalau Miss G sebut je nama Dato Aliff Syukri pasti ramai yang mengenali beliau sebagai Founder dan CEO dari syarikat D’Herbs yang mengeluarkan dan menghasilkan product-product kesihatan dan kecantikan. Tetapi pernah tak anda mendengar kisah jatuh dan bangun beliau.Jom ikuti kisah yang miss G kongsikan untuk menjadi inspirasi buat anda.

Tidak tahu berbahasa Inggeris dan menghidap penyakit disleksia antara bab menarik yang dimuatkan dalam buku autobiografi pengasas kosmetik D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd Datuk Aliff Syukri Kamarzaman bertajuk Bermula Sebuah Kisah.

Aliff Syukri berkata, bukan mudah untuk dia bertapak dalam dunia perniagaan selepas melalui pengalaman Jatuh bangun dalam dunia perniagaan serta disamun ketika mempromosikan produk rumah ke rumah.

Pada ketika anak muda seusianya baru mencari-cari hala tuju hidup, mengenal dunia keseronokan dan bertungkus-lumus membina kekukuhan kewangan, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman sudah berada jauh di hadapan. Di dada jejaka berusia 31 tahun dan anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini, ada tekad yang bulat, iltizam setinggi gunung, semangat nan membara, keberanian yang melangkaui segala-galanya dan cita-cita yang luar biasa untuk menggenggam kejayaan dalam perniagaan!

Meniti kisah perjalanan Pengarah Urusan D’Herbs Holding (M) Sdn. Bhd, sememangnya bagaikan mendengar sebuah storytelling, iaitu kisah anak kecil berusia lima hingga 12 tahun yang dicaci dan dipulaukan oleh kanak-kanak seusianya kerana dirinya dianggap bodoh, disebabkan beliau berada dalam kelas pemulihan bermula dari darjah satu hingga darjah enam.

Kisah sedih Dato’ Aliff ini berlanjutan sehingga beliau berada di tingkatan satu hingga lima kerana beliau gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada ketika itu, semua orang menganggap tiada lagi harapan untuk beliau berjaya dalam kehidupan.

Namun, bagi anak muda ini, dia percaya itu bukanlah penamat dan titik noktah untuk masa depannya. Kerana minat berniaga, dia menyimpan angan-angan untuk menjalankan perniagaan yang besar. Dengan modal RM450.00 beliau membuka gerai menjual kosmetik di Pasar Tani Seksyen 13, Kelana Jaya dan Sri Andalas pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Tanpa diduga, sambutan yang diterimanya cukup luar biasa.

Keuntungan yang diperoleh mencecah ribuan ringgit dalam tempoh sebulan. Karakternya yang bermulut becok dan bersuara “kepit” berjaya menarik perhatian pelanggan. Minat beliau dalam dunia kosmetik membawanya untuk melebarkan perniagaannya dan beliau cuba-cuba untuk membuat permohonan pinjaman di bank, namun ditolak. Berkat bantuan kawan kawannya yang membantu memberikan keyakinan kepada pihak bank, akhirnya beliau berjaya mendapatkan modal awal RM100,000. Wang itulah yang berjaya mengubah perjalanan hidup Dato’ Aliff Syukri.Begitulah bagaimana Permulaan jatuh dan bangun dalam perniagaan beliau. Bermula dari bawah dengan tiada modal sehingga berjaya rolling dan mendapat keuntungan berlipat ganda daripada modal yang dipinjam dari bank.

Leave a Comment on Kisah Jatuh Bangun jutawan Datuk Aliff Syukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *