Apa itu program perumahan rakyat (PPRT) dan cara memohon?
Assalamualaikum and Hi korang, Miss G rasa berbesar hati kali ini kerana diberi masa dan peluang untuk menulis sesuatu yang sangat berguna kepada kebanyakan anda yang membaca. Jangan salah anggap dengan Miss ya.Korang pernah dengar tentang Rumah PPRT? Apa itu rumah PPRT? Jom Miss G terangkan kepada anda satu persatu. Rumah PPRT adalah merupakan bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu golongan B40 dan miskin tegar untuk memiliki rumah yang selesa dan selamat untuk didiami.
Untuk pengetahuan semua,daripada laporan Survei Pendapatan dan Kemudahan Asas 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Berdasarkan dapatan kumpulan B40 (Bottom 40) merangkumi 2.91 juta isi rumah di Malaysia dan had pendapatan bagi kumpulan ini adalah RM4,849. Bagi kategori miskin dan miskin tegar pula, purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 seluruh negara ialah RM2,208.
Anda bayangkanlah dengan pendapatan yang kecil,ditambah dengan beban dan komitmen yang sangat tinggi, impian untuk memiliki sebuah rumah nampak samar-samar sahaja. Apatah lagi jika ia merangkumi keluarga yang besar dengan anak-anak yang masih bersekolah. Nak makan pun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Harga hartanah pula semakin di luar jangkauan terutamanya, di kawasan bandar-bandar utama. Nak ketahui lebih lanjut tentang rumah PPRT? Jom kita lihat satu-persatu.
(PPRT) Program Perumahan Rakyat Termiskin
Pertama sekali, Program PPRT merupakan sebahagian daripada teras utama Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11). Di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), bantuan rumah PPRT adalah salah satu bentuk usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan luar bandar dan memastikan golongan miskin dan miskin tegar dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.
Apa itu rumah PPRT?
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau rumah PPRT merupakan bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk memastikan keluarga miskin dan miskin tegar dapat membina atau membaik pulih rumah supaya mereka mempunyai tempat tinggal yang selamat dan selesa.
Jenis-jenis bantuan rumah PPRT
Rumah PPRT meliputi kawasan-kawasan bandar dan luar bandar yang telah diputuskan oleh kerajaan. Program ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:
Bina Baharu
Rumah PPRT Bina Baharu di Johor. Sumber: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
Bantuan pembinaan rumah baharu diberikan kepada mereka yang belum mempunyai rumah, atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat didiami dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
Baik Pulih
Rumah PPRT yang dibaik pulih. Sumber: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
Bagi kategori Baik Pulih, bantuan diberikan dalam tiga bentuk seperti:
- penyelenggaraan
- penambahbaikan; dan
- requisition;
- bantuan ini hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah (sila rujuk Lampiran A bagi senarai yang dibenarkan).
- bahan binaan yang digunakan mestilah sama atau setara dengan dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.
Apa Syarat-syarat kelayakan rumah PPRT?
Rumah PPRT disasarkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan PGK semasa yang berkuat kuasa. Penerima dan pemohon bantuan PPRT yang layak mestilah memenuhi kriteria berikut:
- disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dengan Sistem eKasih atau
- diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri atau
- diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan atau
- diperaku oleh jawatankuasa di peringkat kementerian
Berikut pula merupakan syarat-syarat permohonan untuk setiap kategori bantuan PPRT:
Syarat bantuan Bina Baharu
- tidak memiliki rumah
- rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami
- tidak ekonomik untuk dibaiki
- Memiliki tanah sendiri sama ada pemilikan penuh, pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah sekiranya (tanah atas milik ibu/ bapa/ adik-beradik/ saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah (seperti di Lampiran B).
Syarat Bantuan Baik Pulih
- bantuan ini diberikan kepada pemohon yang rumahnya telah uzur atau rosak disebabkan oleh bencana alam dan tidak ekonomik untuk dibaiki
- pemohon perlulah mendapatkan kebenaran untuk membaik pulih sekiranya menumpang tanah milik orang atau tanah milik sebahagian atau tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.
Selain memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan, keutamaan bantuan PPRT diberikan kepada golongan yang berikut:
- warga emas
- orang kurang upaya (OKU)
- ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan rama
- mangsa bencana yang berskala kecil
- keutamaan juga diberikan kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi