Cara Untuk tingkatkan keuntungan rumah sewa anda!

Assalamualaikum and Hi korang, Artikel kali ini Miss G nak kongsikan sesuatu yang sangat berguna kepada anda-anda diluar sana yang mempunyai rumah dan dibuat sewa. Ia sudah menjadi kebiasaan pada ketika ini dimana semakin ramai yang sudah mampu mempunya rumah lebih daripada sebuah.Hari ini, semakin ramai mampu menjana pendapatan sampingan dengan menyewa rumah. Ada yang untung daripada segi capital gain, iaitu kenaikan harga rumah untuk satu tempoh masa; tetapi terpaksa menanggung aliran tunai negatif, iaitu kadar sewa lebih rendah daripada instalment bulanan.

Jika anda ingin mengubah dan menyelesaikan masalah ini,Jom baca beberapa tips untuk memaksimumkan keuntungan rumah sewa anda.

1. Sewa Bilik

Biasa kita dengar, tuan rumah sewakan rumah mereka sepenuhnya. Ianya adalah mudah tetapi keuntungan mungkin tak seberapa. Yelahkan takkan nak letak harga dimana penyewa lebih berfikir untuk membeli rumah sendiri jika bayaran bulanan rumah sewa mereka hampir sama dengan membayar harga bulanan rumah baru yang dibeli.

Bagi penyewa individu yang masih bujang, pastinya mereka ini akan menyewa bilik. Dan kadar sewa mengikut bilik adalah lebih tinggi berbanding kita sewakan seunit rumah.

Namun tidak ramai tuan rumah yang berani menggunakan cara ini kerana mereka khuatir untuk berdepan dengan penyewa yang mempunyai pelbagai ragam. Tetapi percayalah, cara ini dapat membantu anda untuk meraih pulangan yang lumayan.

2. Tempoh Sewa

Biasanya kita sewa untuk setahun terus, senang nak kira. Tetapi baru-baru ini, dilihat ada penyewa yang lebih gemar untuk menyewa untuk satu tempoh yang lebih singkat.

Ada yang mungkin nak sewa setakat 6 bulan, 3 bulan, ada yang nak sewa sebulan saja pun ada. Ini mungkin disebabkan mereka dapat tawaran bekerja secara kontrak atau teman ahli keluarga yang sedang belajar atau terlantar sakit di hospital.

Memang nampak macam letih nak kena sentiasa cari penyewa baru, tetapi golongan ini pastinya sanggup bayar lebih untuk tempoh sewaan yang singkat.

3. Perabot

Jika dibandingkan kadar sewa bagi rumah yang fully-furnished atau penuh dilengkapi perabot, adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan kadar sewa bagi rumah yang semi-furnished atau kosong.

Boleh sediakan kelengkapan seperti sofa, katil, penghawa dingin, televisyen, peti ais, mesin basuh, internet berkelajuan tinggi dan bermacam-macam lagi.

Sama ada penyewa tersebut adalah bujang atau sudah berkeluarga, pasti mereka ini gemar semua benda serba-serbi ada dan tiada masalah untuk membayar kadar sewa yang lebih tinggi.

Begitulah 3 tips yang mampu membuat anda menambah keuntungan rumah sewa anda. Miss Glamornyo berharap dengan artikel kali ini ia mampu memberi anda ilmu dan pengetahuan baru. Cheers!

Leave a Comment on Cara Untuk tingkatkan keuntungan rumah sewa anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *