Tips Kejayaan Kolonel Sanders KFC
Untuk kisah inspirasi kali ini agak menarik kerana Miss Glamornyo nak kongsikan kisah inspirasi yang pasti semua rakyat Malaysia kenal. Beliau bukan tokoh tempatan tetapi Miss G nak berkongsi juga agar kita semua mempunyai cita-cita dan mampu bersaing dengan dunia luar negara.Kalau Miss G sebut Kolonel Sander mungkin tak ramai yang tahu tetapi kalau Miss sebut KFC, Pasti semua tahu kan? Tak dapat dinafikan, KFC merupakan salah sebuah rangkaian restoran francais yang paling berjaya di dunia. Kejayaan KFC bukanlah bergantung kepada keenakan ayam goreng dengan resipi rahsia semata-mata.
Tetapi ada beberapa perkara lagi yang dilakukan Kolonel Sanders yang membuat KFC berjaya.
1. Minat Dengan Pekerjaan Yang Dilakukan
Jika kita minat dengan pekerjaan yang sedang dilakukan, pasti kita akan bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengharapkan kenaikan gaji, pangkat ataupun sebagainya.
Bukan bermakna kenaikan gaji dan pangkat itu tidak penting, tetapi sekurang-kurangnya anda melakukan kerja dengan lebih ikhlas dan gembira. Jika kita tidak gembira, tentu berasa tidak seronok untuk ke tempat kerja.
2. Berani Bertukar Kerja
Sebelum membuka restoran KFC, Kolonal Sanders pernah melakukan pelbagai jenis pekerjaan seperti jurujual insurans, pekerja kereta api, pengendali feri dan sebagainya.
Beliau sering bertukar-tukar kerja sehingga menjumpai minat dalam bidang penyediaan makanan. Walaupun ketika itu beliau telah berusia 65 tahun, beliau tetap membuka KFC kerana itulah minat yang beliau cari selama ini.
3. Beri Nilai Tambah
Suatu ketika dahulu, Kolonel Sanders pernah mengambil alih perusahaan stesen minyak. Ketika itu, penduduk di kawasan sekitar tidak mahu membeli minyak daripada pendatang baru di kawasan mereka.
Jadi apa yang dilakukan oleh Sanders? Beliau melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan orang lain dengan menawarkan perkhidmatan mencuci cermin depan kereta secara percuma kepada pelanggan.
Taktik ini berjaya mencatatkan pertambahan 3 kali ganda. Jadi apa nilai tambah yang boleh kita berikan kepada pelanggan mahupun majikan?
4. Lakukan Yang Terbaik
Kolonel Sanders memulakan perniagaan makanannya yang pertama dengan hanya sebuah meja makan dan 6 buah kerusi di ruangan bersebelahan dengan stesen minyaknya.
Walaupun ruangan tersebut hanya dapat memuatkan jumlah pelanggan yang sangat kecil, beliau tidak pernah merungut. Beliau melayan mereka dengan sebaik mungkin.
Beliau akan menyediakan makanan yang panas-panas dan cepat untuk para pelanggannya.
5. Peka Dengan Teknologi Semasa
Suatu ketika dahulu, kebanyakan orang menggoreng ayam dengan menggunakan kuali sahaja. Tetapi Kolonel Sanders mencuba sesuatu yang baru dengan menggoreng ayam menggunakan pressure cooker.
Ayam yang digoreng menggunakan cara ini akan lebih cepat masak. Masa yang diperlukan untuk menghidangkan ayam goreng kepada pelanggan juga menjadi lebih cepat.
Ini turut menyumbang kepada salah satu faktor kejayaan KFC di seluruh dunia.
Jadi bagaimana? Tidak susahkan untuk berjaya dalam perniagaan? Semoga perkongsian serba ringkas ini berguna untuk kita semua yang mengimpikan kehidupan yang lebih baik.
Sumber Rujukan: Usahawan