5 Tips Hiasan Ruang Tamu Nampak Moden & Elegan
Anda dah Bosan dengan dekorasi dan hiasan ruang tamu yang lama? Sudah lama tak menyusun ruang tamu dengan susun atur yang baru dan lebih kemas? Ha kali ini anda bertuah kerana Miss G nak kongsikan bagaimana anda boleh make over living room lama anda kepada nafas baru.
Inilah masanya untuk anda lakukan semua itu. Desain dan susun letak yang baru dapat membangkitkan semula semangat dan rasa cinta pada rumah anda.Ini sangat penting, kerana dimana lagi tempat yang paling tenang dan menyegarkan untuk anda beristirahat bersama keluarga kalau bukan di ruang tamu rumah anda.
Kini telah banyak jenis-jenis dekorasi yang boleh anda pilih dan susun. Deco gaya English, gaya Jepun, gaya Melayu, klasik, vintage dan bermacam-macam lagi susun atur dekorasi rumah yang popular.
5 Tips Hiasan Ruang Tamu Supaya Nampak Cantik Dan Kemas
1.Pilih Mood Yang Sesuai Dengan Warna Pilihan Anda
Warna yang anda pilih akan memberi kesan kepada emosi dan mood anda dan keluarga di ruang tamu. Warna boleh memberi tenaga atau menenangkan minda.
Sebagai contoh, warna biru muda dan putih menjadikan ruang tamu nampak lebih luas dan rasa lebih tenang dan menyejukkan. Pastikan ada keseimbangan dalam pilihan warna anda.
2. Mulakan Dengan Menghias Dinding Terlebih Dahulu
Walau apa pun rancangan dekorasi anda, mulakan dengan menghias dinding terlebih dahulu. Sama ada hanya sekadar mengecat dengan warna baru atau pun menggunakan wallpaper, pastikan ianya sesuai dengan mood yang anda pilih
Kini sudah semakin mudah untuk anda dapatkan wallpaper berkualiti dengan harga yang murah. Pilihan kedai seperti Kaison, Mr DIY dan Daiso boleh buat kita jadi rambang mata. Apa-apa pun, stick to the plan.
3. Pilih Perabot Yang Betul
Sekiranya anda memang dah berniat untuk beli perabot baru, pastikan beli reka bentuk dan desain perabot yang betul seiring dengan rancangan kita.
Dan lebih baik sekiranya anda tidak membeli dari satu kedai yang sama sahaja. Pelbagaikan supaya ruang tamu anda tidak nampak seperti showroom di kedai perabot.
Satu lagi perkara, ukur dan buat kiraan di setiap sudut ruang tamu anda. Jangan longgokkan perabot terlalu banyak sekiranya ruang tamu anda kecil.
4. Pilih Palet Warna
Samada anda berminat dengan warna jenis monochromatik atay skema warna yang lebih moden, pastikan anda pilih dengan baik.
Untuk lebih mudah, anda boleh sahaja membuat carian di internet dengan carian “Color Pallete for Home Decor”.
Dengan palet warna, anda lebih senang untuk mencantumkan keratan-keratan puzzle dekorasi ruang tamu anda supaya nampak lebih bersih, dan tersusun.
5.Seimbangkan Antara Fungsi Dan Cantik
Dalam kata mudahnya, jangan beli dan letak sesuatu perabot hanya kerana cantik. Fikirkan sekali fungsinya.
Sebagai contoh, anda berminat dengan sofa Scandinavian yang mempunyai 2 tempat duduk kerana warnanya yang cantik. Sedangkan, keluarga anda sendiri seramai 6 orang. Jadi, ianya kurang sesuai.
Selain itu, pastikan juga ruang tamu anda dapat berfungsi dengan baik selepas anda membuat dekorasi.
Itu sahaja perkongsian kali ini, mungkin ia nampak mudah tetapi jika anda termiss satu-dua point diatas anda akan sukar untuk ubah konsep dan ruang tamu anda kepada yang baru.Miss G harap perkongsian kali ini dapat membantu anda.