Tips Berjimat dalam Perbelanjaan Harian

Miss G faham apa yang anda rasakan sekarang ini! Dengan kadar kos sara hidup yang tinggi hari ini, menyebabkan setiap orang perlu mengambil langkah untuk berjimat cermat. Perkara penting yang perlu dilakukan adalah dengan mengurangkan perbelanjaan setiap hari.Anda masih tercari–cari tips untuk berjimat?

Ha jom ikuti artikel Miss G kali ini supaya anda dapat manfaat dan ilmu pengetahuan yang berguna untuk berjimat dalam pembelajaan harian anda.

1. Bawa Bekal Siap Dari Rumah

Hari ini, harga makanan semakin naik. Cuba kira kos makan anda setiap hari untuk sarapan, makan tengah hari dan juga makan petang. Lebih dari RM10 sudah tentu.

Anda boleh merancang makanan harian anda dengan bijak. Buat jadual makanan untuk sarapan, makan tengah hari sehingga makan petang. Sama juga sekiranya anda bekerja syif.

Pasti ada yang akan sebut tiada masa untuk menyediakan bekal untuk dibawa. Tiada masa untuk masak. Alasan yang agak kerap didengari.

Boleh cuba untuk menggunakan masa hujung minggu yang terluang untuk menyiapkan jenis makanan yang berbentuk frozen yang memudahkan kerja anda untuk membawa bekal pada hari bekerja.

Boleh panaskan di pejabat sekiranya mempunyai microwave atau kalau tidak, panaskan siap-siap sebelum ke tempat kerja.

2. Latih Diri Daripada Membazir

Mungkin terdetik dalam diri anda untuk makan di luar. Mana tahu sudah bosan untuk makan makanan bekal.

Tidak salah untuk sesekali makan di luar. Namun, tempat makan perlulah menjadi satu pilihan yang tepat.

Sebaik-baiknya, elakkan daripada membuat pembaziran dengan makan di restoran-restoran dan juga kafe-kafe yang mahal.

Ketepikan gaya hidup yang hanya membebankan kewangan anda. Sesekali tu boleh, tapi jangan biasakan diri untuk melakukan perkara yang bakal menjadikan kewangan kita sakit.

3. Lebih Banyak Luangkan Masa Di Rumah

Fokus kepada niat utama untuk keluar rumah atas tujuan untuk bekerja. Selepas waktu kerja, terus balik rumah dan jangan pergi merayau-rayau ke tempat-tempat lain. Ini kerana bila kita banyak berjalan-jalan, mesti banyak berbelanja.

Perbelanjaan harian yang tinggi mungkin disebabkan oleh anda sendiri tidak sedar di mana ianya dibelanjakan. Sedangkan anda telah berjimat cermat dengan membawa bekal dan tidak makan di tempat mahal.

Nampak macam mudah, tapi nak istiqomah mungkin mengambil masa.

Hampir lima tahun kami berkongsi ilmu kewangan di page Glamornyo, ramai yang beritahu miss G yang mereka stress..

Miss G tahu, ramai lagi diluar sana yang hadapi masalah serupa.

Semua orang mesti pernah dengar, pentingnya uruskan duit, uruskan hutang dan uruskan pelaburan supaya kita tiada masalah duit di kemudian hari.

Tetapi… Berapa ramai yang tahu cara untuk uruskan semua ini dengan betul? Banyak artikel dah kami kongsikan, tapi kami sedar tak semua orang boleh baca dan terus faham lepas baca artikel sahaja.Miss G berkongsi ilmu kewangan bukan sebab terlebih pandai, tetapi Miss g berasa lebih bahagia bila mengetahui orang lain tidak mengulangi kesilapan yang pernah kami lalui.

Leave a Comment on Tips Berjimat dalam Perbelanjaan Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *