Kerja di dapur jadi mudah dengan Susun Atur Dapur yang sempurna.
Hai korang, Miss g nak tanya korang kaum wanita lah especially, ruang mana yang paling anda suka? Conform lah ruang di dapur bukan? Pernah tak ketika anda tengah memasak tiba-tiba anda rasa macam kurang kepuasan apabila nak capai sesuatu barang itu agak jauh dan juga mungkin singki anda agak sempat? Itulah gunanya jika susun atur dapur yang sempurna.Susun atur dapur ni ibarat jantung rumah, boleh mudahkan tugas siapa yang memasak. Hari ni miss G nak kongsikan 6 jenis susun atur dapur yang terbaik untuk anda supaya ceria dan seronok je memasak. Jom baca!
Yang pertama, Dapur adalah antara ruang yang paling penting dalam sesebuah rumah kerana di situ lah terjadinya aktiviti ‘bonding’ atau berkumpul ahli keluarga. Belajar memasak dengan yang lebih arif, mengemas bersama-sama, dan kemudian makan sambil berkongsi cerita masing-masing. Patutlah ada orang yang gelarkan dapur tu sebagai jantung rumah kita. Kenapa pula gunakan perkataan ‘jantung rumah’ ni?
Haaa seperti yang Miss G katakan… sebab ia adalah hub sosial untuk seluruh keluarga di mana hari kita bermula untuk makan, bergaul dan bermesra antara satu sama lain. Jangan tak tahu, ikut kajian kita habiskan purata masa sejam di dapur nak memasak! Itu purata tu, anda selalu habiskan masa berapa lama?
Susun Atur Dapur penting ke?
Iya ibarat seperti macam mana kita jaga jantung kita lah kan, supaya dapat berfungsi dengan baik, macam tu jugalah kita patut menjaga jantung rumah kita, iaitu DAPUR!
Kalau susun atur dapur berselerak, tak kemas, tak cantik, nak masak pun tak ada mood kan? Last sekali, bungkus atau makan dekat kedai je. Tapi, rugi tau kalau asyik makan dekat luar. Satunya sebab membazir, lagi satu, serius cakap kalau masak sendiri lagi-lagi kalau ada keluarga yang nak makan sama memang lagi terasa kesedapan dia tu. Bak kata orang, masak dengan kasih sayang!
Bila dapat buat dapur cantik-cantik, dan ada kelengkapan dapur yang cukup mesti hari-hari rasa nak masak. Kalau boleh, pagi, petang, siang dan malam tu nak masak dan makan dekat rumah je semua!
Dapur ni ada banyak jenis, ada dapur basah dan dapur kering atau nak buat dapur dalam atau luar rumah. Tapi, letaklah banyak mana dapur pun, kalau susun atur tak menarik, tak best juga, kan?
Apakah Jenis Susun Atur Ruang Dapur Yang Ada?
Okay part ni korang kena teliti kerana part ini yang paling penting. Ada 5 jenis utama susun atur ruang dapur yang selalu dipilih bila hendak membina bahagian dapur. Selalunya ia bergantung pada jenis rumah, saiz dapur dan mengikut keselesaan penghuni rumah.
Ada yang suka dapurnya nampak luas dan minimal kelengkapan dapurnya, tapi ada juga yang lebih suka kalau dapurnya cukup lengkap dengan pelbagai barang dan ada banyak ruang kabinet.
Semuanya bergantung pada anda. Yang penting, anda perlu tahu yang setiap dapur memerlukan tiga pusat kerja yang penting:
- Dapur memasak
- Sinki
- Peti sejuk
Jadi, mari kita tengok dulu apakah jenis susun atur dapur yang ada.
1) Dapur Rapat Dinding
Dapur satu dinding adalah susun atur dapur yang sangat sesuai untuk tempat tinggal yang kecil seperti unit studio atau pangsapuri kerana ia menggunakan ruang yang minimum.
Susun atur dapur kecil ni menempatkan ketiga-tiga pusat kerja dalam satu barisan, dengan kabinet dan peralatan memasak yang dipasang pada satu dinding tunggal.
Ada yang mengatakan pusat kerja di dapur tak sepatutnya diletakkan bersebelahan begitu kerana tak ada ruang kosong antara mereka.
Namun, konsep dapur satu dinding ni adalah yang paling murah dan sangat sesuai untuk ruang yang kecil. Memasak juga sangat mudah kerana semuanya senang dicapai.
2) Dapur Bentuk-L
Susun atur dapur ni sesuai untuk rumah yang didiami oleh keluarga kecil, dan mungkin juga untuk mereka yang mempunyai ruang lantai dapur yang tak terlalu besar.
Ia menggunakan dua dinding dalam bentuk-L untuk meletakkan kabinet, countertop, dan peralatan dapur.
Ketiga-tiga pusat kerja dapur juga diintegrasi dengan cekap dalam dapur bentuk-L untuk memudahkan proses memasak anda.
Jika anda masih ada ruang kosong, anda juga boleh menambahkan meja makan kecil atau pulau mengikut kesesuaian ruang anda, barulah nampak cantik je susun atur dapur anda tu!
3) Dapur Bentuk-U
Design dapur bentuk-U pula mempunyai tiga dinding kabinet dan peralatan. Jika anda mempunyai ruang dapur yang besar atau mungkin menghabiskan banyak masa di dapur inilah susun atur yang anda mahu.
Ia menyediakan tempat kerja yang lebih besar, dengan kaunter dan ruang kabinet tambaham Pusat kerja dapur juga sangat berkesan kerana susun atur ni membantu menjimatkan masa dan tenaga ketika memasak.
4) Dapur Peninsula atau Bentuk-G
Dapur Peninsula selalunya direka dengan pulau yang bersambung. Ruang ekstra ni selalunya digunakan sebagai meja sementara, ruang penyimpanan atau tempat makan.
Berbeza dengan pulau yang selalu diletakkan di dapur tu, ruang ni boleh diakses dari tiga sisi sahaja.
Pada yang teringin untuk menambahkan pulau di dapur mungkin boleh menggunakan susun atur dapur ni kerana anda juga boleh menggunakan ruang tu untuk menyediakan bahan masakan.
5) Dapur Dengan Pulau (Island)
Susun atur dapur menggunakan pulau akan memberikan anda lebih banyak ruang untuk bekerja dan menyimpan jadi nak masak pun rasa lagi mudah.
Pulau ni boleh digunakan untuk ruang kabinet, perkakas, sink, kaunter, atau tempat makan.
Jika anda menambahkan pulau pada dapur bentuk-L ia akan menjadi seperti dapur bentuk-U, dan kalau pulau ditambah pada dapur satu dinding, ianya terus akan menjadi seperti dapur design galei. Menarikkan?
Ada juga design terbaru di mana susun aturnya meletakkan dua pulau dalam satu dapur, seperti gambar di bawah.
Ini hanya praktikal untuk ruang dapur yang sangat luas, dan mungkin kalau ada ramai yang suka memasak dalam rumah anda.
Jika tak digunakan sebagai tempat penyediaan untuk memasak pun, mungkin satu lagi pulau ekstra boleh dijadikan tempat anak makan dan bermain ketika anda sibuk di dapur.
Walau bagaimanapun, sebelum anda menambahkan pulau ni, pastikan dulu yang ruangan dapur anda memang cukup besar.