Kos-Kos utama untuk membeli Rumah Subsale

Hai korang, Jika kita cakap mengenai rumah secondhand ni kan, pasti ramai yang tertarik untuk baca dan hari ini Miss G, nak kongsikan kepada anda Kos-kos yang diperlukan untuk anda yang bercadang untuk membeli rumah subsale atau orang kita selalu panggil rumah second hand. Miss G faham, Disebabkan kegawatan ekonomi yang sedang berlaku, permintaan terhadap hartanah telah menurun. Maka secara tak langsung, harga rumah juga telah menurun.

Ini mungkin satu peluang bagi individu yang tidak terjejas dan memang berniat untuk membeli rumah. Penurunan harga hartanah ini mungkin agak ketara dalam kategori rumah subsale (second-hand) berbanding rumah yang sedang dalam pembinaan.Jadi bagi yang berhasrat membeli rumah subsale dan masih lagi pening-pening lalat berkenaan kos yang perlu dikeluarkan, berikut disenaraikan kos yang perlu disediakan untuk mendapatkan rumah idaman anda.

1. Deposit

Kebiasaannya apabila ingin membeli rumah, kita akan membuat pembiayaan bank. Pembiayaan bank pula hanya tawarkan margin sebanyak 90%.

Jadi kita perlu sediakan 10 peratus perbezaan tersebut. Jika harga rumah adalah RM300,000, maka kita perlu sediakan RM30,000.

3% perlu dibayar semasa membuat booking rumah tersebut, baki lagi 7% perlu dibayar apabila menandatangani penjanjian jual beli rumah (Sale & Purchase Agreement).

 

2. Yuran Guaman

Dalam proses jual beli rumah, ada 2 perjanjian yang perlu ditandatangani. Perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman. Kedua-dua perjanjian ini memerlukan kita mengeluarkan kos.

Peguam akan mengenakan caj seperti land search, photocopy, transportation, dan lain-lain lagi. Jika ingin tahu secara terperinci, boleh minta quotation dari pihak peguam.

Dari quotation tersebut, kita boleh tahu breakdown kos-kos yang terlibat.

3. Duti Setem

Duti setem adalah cukai yang dikenakan kepada perjanjian seperti jual beli dan pinjaman. Duti setem ini penting supaya perjanjian yang kita tandatangani adalah sah dari segi undang-undang. Carta duti setem bagi Perjanjian Jual Beli (SPA) yang dikenakan adalah seperti berikut,

Sebagai contoh, anda membeli sebuah rumah bernilai RM300,000.00. Duti setem yang akan dikenakan adalah sebanyak:-

(RM100,000 yang pertama x 1%) + (RM200,000 berikutnya x 2%) = RM 5000

Ingat ya, pengiraan ini hanya tertakluk kepada duti setem SPA sahaja. Perjanjian tanpa duti setem adalah tidak laku dan tidak boleh digunapakai di dalam mahkamah.

4. Takaful

Pembiayaan perumahan adalah satu komitmen jangka panjang yang mungkin mengambil masa sehingga 35 tahun. Jadi pihak bank menggalakkan supaya kita mengambil takaful kerana apabila berlaku kematian atau hilang upaya, sekurang-kurangnya ada perlindungan takaful yang akan menjelaskan baki pembiayaan tersebut.

Tidak kira sama ada MLTT atau MRTT, mana-mana pon boleh mengikut kesesuaian dan objektif masing-masing. Untuk makluman, takaful ini tidak DIWAJIBKAN tetapi amat DIGALAKKAN.

Cuma impaknya mungkin ada perbezaan sedikit pada kadar keuntungan yang ditawarkan oleh pihak bank kerana tanpa takaful, kita termasuk dalam golongan yang berisiko. Boleh pilih sama ada nak ambil daripada panel bank atau nak cari sendiri.

5. Valuation Fee

Semasa kita ingin membeli rumah, pihak bank akan melantik seorang jurunilai untuk menentukan berapa harga pasaran rumah tersebut. Bank hanya akan memberi pembiayaan ke atas nilai pasaran tersebut sahaja.Jadi jika harga rumah tersebut melebihi harga pasaran, perbezaan di antara harga rumah dan harga pasaran perlu ditambah sendiri oleh pihak pembeli. Kos penilaian rumah ini akan ditanggung oleh pembeli.

Dah tahu berkenaan kos pembelian rumah subsale? Sebaiknya sediakan 15% wang tunai daripada nilai rumah tersebut. Jika harga rumah adalah RM300,000, maka kena sediakan sekurang-kurangnya RM45,000.

Sebenarnya ada juga kos yang boleh dimasukkan dalam pembiayaan perumahan seperti perjanjian pinjaman, takaful, dan valuation fees. Cuma tak semua bank tawarkan pembiayaan tersebut, kena pandai cari bank yang menepati kehendak kita.Kita juga boleh keluarkan wang yang ada dalam Akaun 2 KWSP untuk menyelesaikan bayaran deposit rumah tersebut. Yang penting kita kena tahu kemampuan masing-masing. Loan lepas tak semestinya mampu bayar.

Jika sudah bersedia dan berkemampuan, mungkin ini masa yang sesuai untuk memiliki rumah idaman anda.

Leave a Comment on Kos-Kos utama untuk membeli Rumah Subsale

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *