Nasihat dari Jack Ma kepada mereka yang baru nak masuk ke alam pekerjaan.
Kalau Miss G tanya korang kan siapa je yang tidak kenal Jack Ma kan? Beliau adalah Taiko dunia e-Commerce yang berasal dari China ini bukan saja berjaya di dalam dunia perniagaan, tetapi juga telah menjadi sumber inspirasi bagi kebanyakan orang di luar sana. Pengalaman menerajui syarikat Alibaba selama dua dekad menyebabkan ramai yang mengkagumi kebolehan beliau.
Bukan senang nak menerajui sesebuah syarikat apatah lagi menjadikannya salah sebuah syarikat yang berpengaruh di dunia. Disebabkan itu, beliau sering diundang untuk berkongsi pengalaman dan tips untuk berjaya.
Di sin Miss G nak Kongsikan kepada anda apa nasihat dan kata-kata semangat yang Jack Ma nak sampaikan kepada kita semua.Bagi mereka yang baru tamat belajar dan ingin memasuki dunia pekerjaan atau yang baru mula bekerja, Jack Ma ada nasihat penting untuk anda semua. Nasihat ini diberikan semasa beliau diundang untuk berkongsi pengalamannya di World Economic Forum (WEF) yang berlangsung di Davos, Switzerland.
Pentingnya Pekerjaan Pertama!
Jack Ma berkata, pekerjaan pertama sangat penting untuk pembangunan diri seseorang. Ini tidak bermaksud kita perlu mendapatkan pekerjaan yang betul-betul kita suka atau minat. Yang paling penting, kita bekerja dan mendapatkan pengalaman serta belajar banyak perkara.
Bagi pengasas Alibaba ini juga, kita tidak semestinya perlu bermula di sebuah syarikat yang terkenal dan hebat. Tetapi kita perlu mencari majikan yang dapat mengajar kita untuk menjadi pekerja yang hebat. Juga bagaimana untuk melakukan sesuatu dengan baik dan betul.
Berkhidmat Sekurang-Kurangnya 3 Tahun
Bila kita jumpa majikan seperti ini, tanamkan niat di dalam diri untuk bekerja di syarikat tersebut selama 3 tahun, Kemudian barulah buat keputusan untuk bertukar kerja atau sebagainya.
Kenapa 3 tahun? Ini kerana dalam jangka masa tersebut kita mampu untuk melihat di mana kekuatan serta kelemahan yang boleh diperbaiki. Beliau turut mengkritik generasi hari ini yang bertukar-tukar kerja untuk mengejar benefit dan gaji yang tinggi semata-mata.
Bilionaire dunia ini turut berkongsi kisah hidupnya yang bermula sebagai seorang guru bahasa Inggeris di Hangzhou, China sebelum menubuhkan syarikat Alibaba.
Katanya, salah satu sebab mengapa dia berjaya memajukan Alibaba adalah dengan berbekalkan pengalamannya sebagai seorang guru. Kerjaya sebagai seorang guru membuatkan dia belajar untuk mengenalpasti pelajar yang berbakat dan berpotensi untuk digilap.
Seorang Guru Kena Lahirkan Anak Murid Yang Hebat
Inilah yang diaplikasikan di dalam syarikatnya untuk membentuk sebuah kumpulan kerja yang hebat. Sama juga seperti guru yang mahukan anak muridnya lebih berjaya daripada dirinya sendiri, Jack Ma mengambil keputusan untuk menggaji pekerja yang lebih bijak dan berpotensi untuk menjadi bosnya dalam tempoh empat ke lima tahun akan datang.
Bayangkan kalau kita dapat bos macam Jack Ma. Pasti banyak perkara yang kita boleh belajar bukan?
Dalam mencari pekerjaan, apa kata kita tumpukan perhatian untuk mencari pekerjaan yang mampu membantu kita untuk membina skil jangka masa panjang berbanding hanya melihat kepada gaji semata-mata?
Sumber Rujukan: CNBC