Perbezaan antara MRTT antara MLTT dan Manfaat Kepada Keluarga selepas kematian.

Assalamualaikum and Hi korang, Today Miss G nak kongsikan kepada anda tentang satu topik yang mungkin korang kadang-kadang terlupa dan tak berapa ambik penekanan tetapi ia adalah satu perkara yang paling penting dan mustahak. Apakah topik itu? Miss nak nasihatkan korang lah kan,dalam keseronokan membeli rumah baru, kita juga harus mempunyai rancangan jangka masa panjang untuk perlindungan diri dan juga keluarga tersayang. Dalam membuat pembiayaan bank sehingga ratusan ribu selama lebih daripada 30 tahun, ianya bukanlah perkara kecil dan ia memerlukan MRTT ataupun MLTT.

Membeli rumah adalah satu komitmen yang besar dan sekiranya membeli melalui pinjaman bank, secara puratanya pembayaran pinjaman akan dilakukan dalam tempoh 30 tahun. Sudah menjadi kewajiban kepada setiap pembeli rumah yang membeli rumah secara Pinjaman atau Pembiayaan Bank untuk melampirkan juga satu Polisi Perlindungan samaada MRTT, MLTT, MRTA, atau MLTA.

Jom ikuti contoh satu kes di bawah supaya anda lebih jelas dan faham.Ini contoh basic apa itu perbezaan dari segi bayaran yang dikenakan kepada kita selaku pencarum. Jika dilihat dalam perbezaan ini, MLTT dikenakan setahun dalam anggaran rm1800-rm2500 manakala MRTT pula dikenakan dengan bayaran sekali gus dimana diantara 12k-15k.

Jom ikuti MIss G untuk ketahui fungsi MRTT / MLTT dan selepas kematian apa jadi pada keluarga. Penting untuk kita ketahui perjalanan pembiayaan dan cara mendapatkan perlindungan sekiranya sesuatu yang tak diingini berlaku.

Apa itu Faedah MRTT / MLTT?

Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mewajibkan peminjam untuk mengambil MRTT atau MLTT ini, tetapi peminjam akan terikat dengan polisi ini apabila ingin mendapatkan kelulusan pembiayaan dengan institusi kewangan.

Peminjam akan diberi dua pilihan iaitu MRTT atau MLTT dan perbezaannya adalah seperti berikut:

1. Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)

MRTT biasanya menawarkan perlindungan gadai janji sahaja tanpa pampasan tunai. Jumlah perlindungannya pula akan berkurangan mengikut tahun pembiayaan dan tidak boleh dipindahkan.

Dalam hal ini, penerima manfaat dalam MRTT adalah pihak bank. Bayaran yang akan dikenakan adalah sekaligus dan bayaran premiumnya adalah rendah.

2. Mortgage Level Term Takaful (MLTT)

MLTT pula menawarkan perlindungan gadai janji dengan pampasan secara tunai. Jumlah perlindungan yang diberikan oleh MLTT adalah kekal sama sepanjang tempoh pembiayaan dan boleh dipindahkan kepada pembiayaan rumah lain.

Penerima manfaat dalam polisi MLTT ini adalah sama ada pihak bank atau individu yang meminjam dan bayarannya pula adalah secara berkala iaitu secara bulanan, suku tahunan ataupun tahunan. Bayaran premium yang dikenakan oleh MLTT adalah sedikit tinggi.

Sumber: azfartakaful

 

Apa Terjadi Kepada Keluarga Sekiranya Berlaku Kematian?

MRTT merupakan polisi perlindungan untuk pembiayaan perumahan. Ia bertujuan untuk membantu anda menyelesaikan baki hutang perumahan anda sekiranya berlaku kehilangan upaya kekal (TPD) ataupun meninggal dunia.

Dalam situasi yang rumit ini, sekurang-kurangnya mereka masih mempunyai tempat berlindung tanpa dibebani dengan hutang pinjaman.

Kesimpulannya, kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Jadi, yang mana sesuai dengan anda perlu anda tentukan sendiri. Biar ambil tahu sekarang, takut menyesal di kemudian hari.

Namun sekiranya anda menginginkan perlindungan yang konsisten dan tinggi, kami sarankan anda memilih MLTT.

Kelebihan dan fleksibliti MLTT berbanding MRTT

  1. Jika berlaku kematian atau lumpuh, pampasan yang akan diterima ialah total sum cover yang dilanggan dari awal. Jadi tak akan timbul risiko coverage tak mencukupi sebagaimana yang pernah berlaku jika melanggan MRTT.
  2. Jika pelanggan refinance rumah, MLTT tidak terbatal sebagaimana MRTT terbatal jika rumah refinance.
  3. Begitu juga jika pelanggan jual rumah, MLTT tidak terbatal sebagaimana MRTT.
  4. Jika pelanggan buat early settlement, MLTT tidak terbatal dan boleh digunakan untuk rumah lain.
  5. Boleh gunakan satu polisi MLTT untuk lebih daripada satu rumah. Contohnya, selepas 20 tahun pembiayaan, hutang rumah tinggal RM100,000 dan coverage MLTT masih kekal RM250,000. Jadi dia boleh beli rumah lain dan gunakan MLTT yang sama.
  6. Polisi MLTT , boleh tambah coverage untuk penyakit kritikal jika mahu dan akan ada bayaran tambahan.
  7. Polisi MLTT juga gunakan produk yang ada nilai tunai yang membolehkan pemegang polisi dapat sedikit tunai di akhir polisi, dan harganya lebih tinggi.

Leave a Comment on Perbezaan antara MRTT antara MLTT dan Manfaat Kepada Keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *