Hey Korang, Masih ingat tak pada artikel lepas dimana Miss G sudah menceritakan mengenai tentang perbezaan antara antara ASB dan Unit trust kan, Kali ini jom ikuti artikel kali ini tentang pengagihan Dividen Unit ASB untuk tahun 2021.
Cara Kira Dividen ASB & Pengiraan Bonus 2021
Anda perlu kira purata simpanan minimum asb anda pada setiap bulan dari kiraan bulan januari sehingga bulan Disember yang akan didarabkan dengan kadar yang diumumkan seperti mana yang diumumkan oleh Permodalan Nasional Berhad, https://www.asnb.com.my
Contoh cara kira untung dividen asb akaun simpanan biasa secara tahunan adalah seperti berikut tanpa perlu guna kalkulator:
- SITUASI PERTAMA : Jamal ada simpanan sejumlah RM10,000 yang mana beliau tidak pernah sekalipun mengeluar simpanan beliau sehingga hujung tahun bulan Disember. Ini bermakna simpanan minimum beliau setiap bulan adalah RM10,000. Ini sekaligus membolehkan beliau menerima pulangan. Jadi RM10,000 akan didadarabkan dengan kadar yang diumumkan
- SITUASI KEDUA : Aishah ada melakukan simpanan permulaan dengan amanah saham di awal tahun sebanyak RM20,000. Walaubagaimanapun, pada bulan MAC beliau mengeluar RM3,000. Dan bulan November beliau sekali lagi mengeluarkan RM5,000 daripada simpanan beliau. Oleh itu baki simpanan adalah seperti berikut :
Bulan – Simpanan minimum
- Januari : RM20 ribu
- Februari : RM20 ribu
- Mac : RM17 ribu
- April : RM17 ribu
- Mei : RM17 ribu
- Jun : RM17 ribu
- Julai : RM17 ribu
- Ogos : RM17 ribu
- September : RM17 ribu
- Oktober : RM17 ribu
- November : RM12 ribu
- Disember : RM12 ribu
Daripada purata simpanan minimum setiap bulan akan didarab dengan kadar dividen asb 2020 malaysia yang diumumkan tahun ini. Jelas?
3. Contoh cara Pengiraan dividen asb juga sama dengan cara hitung bonus tanpa perlu guna kalkulator online. MUDAh!
Nampaknya jangkaan pengagihan dan anggaran bunga asnb dan dividen asb dividend 2021 diramal ramai orang tidak banyak perubahan kenaikan berbanding tahun lepas.
Semestinya ramai yang mahukan pulangan yang lebih tinggi. Setinggi harapan mereka kepada kerajaan Malaysia.
Akhirnya penantian yang ditunggu-tunggu ramai Rakyat Malaysia terjawab sudah, Baru sebentar tadi pada jam 9.45 pagi, telah berlangsungnya majlis pengumuman pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.Bak kata pepatah, Ada orang yang rela menunggu dengan sabar hanya untuk sebuah kabar.
Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Tun Arifin Zakaria selaku Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) / Encik Ahmad Zulqarnain Onn selaku Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Pengagihan 4.25 Sen seunit + Ehsan 0.75 Sen seunit
Bagi Miss G boleh dikatakan Alhamdulillah juga kerana, di kala keadaan ekonomi baru saja hendak pulih dan dengan prestasi pasaran saham Bursa Malaysia yang suram dapat juga para pelabur ASB memperolehi pulangan yang berbaloi.
Sebagai perbandingan, pada tahun 2020 ASB mencatatkan pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan ehsan sebanyak 0.75 sen seunit. Kira OK sangatlah tu jika nak dibandingkan dengan tahun lepas.
Kita pun tahu bahawa pelaburan dalam ASB adalah sangat berisiko rendah tetapi keuntungannya adalah sederhana. Sepatutnya pelaburan berisiko rendah, pulangan nya juga rendah.
Sumber: FB Live Amanah Saham Nasional Berhad