Genting Highland Turun Salji?
Betul ke apa yang Miss G nampak ni? Macam tak percaya je? Miss G nak tanya korang, korang tahu ke tentang berita ini. Kalau nak tahu jom ikuti artikel kali ini. Akhirnya saat yang dinanti-nantikan telah tiba, Genting SkyWorlds telah dibuka kepada orang awam. Setelah lama menanti, kini anda boleh terjah taman tema ‘outdoor’ yang telah siap dibina.
Baru-baru ini tular di media sosial apabila orang ramai berkongsi video serta gambar mereka bermain dengan salji.Bagaimanapun, fenomena itu bukanlah benar-benar berlaku sebaliknya ia merupakan tarikan terbaharu di sebuah taman tema terkenal, Genting Highlands.Difahamkan, taman tema itu menawarkan tarikan baharu di mana orang ramai berpeluang merasai pengalaman bermain dengan salji.
Betul ke Salji turun di Genting Highlands?
Melalui perkongsian beberapa pengguna sosial mendapati, objek seakan-akan salji itu juga sebenarnya adalah merupakan buih sabun.selain menimbulkan tanda tanya, ramai pengguna memuji tarikan baharu tersebut.
“Dah pergi semalam, satu jam sekali turun, dalam 10 minit. Untuk bergambar dengan rakam video memang cantik, dengan cuaca sejuk memang boleh ‘feeling-feeling’ macam di luar negara,” kata Sofea.
Ramai yang berkongsi suasana di taman tema ‘outdoor’ tersebut dan masuk adalah percuma sehingga 2 Januari 2022. Malah, sempena Hari Krismas, anda akan dapat merasai seperti berada di negara 4 musim kerana terdapat salji buatan.Baru-baru ini tular di media sosial apabila orang ramai berkongsi video serta gambar mereka bermain dengan salji.
Bagaimanapun, fenomena itu bukanlah benar-benar berlaku sebaliknya ia merupakan tarikan terbaharu di sebuah taman tema terkenal, Genting Highlands.
Difahamkan, taman tema itu menawarkan tarikan baharu di mana orang ramai berpeluang merasai pengalaman bermain dengan salji.
Untuk pengetahuan anda, ia dibuka setiap hari pada jam 4 petang sehingga tengah malam dan kini boleh dikatakan ramai orang sudah berpusu-pusu ke Genting SkyWorlds.
Bagi anda yang berpeluang ke Genting Skyworlds, bolehlah ke sini untuk merasai pengalaman menarik ini. Akan tetapi, sila patuh SOP yang telah ditetapkan kerajaan untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19.