Point – Point penting dalam dekorasi Ruang tamu.

Assalamualaikum and Hi korang, Bagi sebuah rumah, ruang yang paling utama untuk kita seisi keluarga dan juga kepada tetamu yang akan datang. Ruang ini menjadi ruang utama untuk mengekspresi jiwa dan seni kita. Disebabkan itu, untuk artikel kategori Hiasan Dalaman kali ini, Miss G nak kongsikan kepada anda bagaimana anda mampu memberi impak yang agak besar di dalam hiasan dalaman untuk ruang tamu anda dengan hanya beberapa point yang akan Miss G kongsikan dibawah.

Tahukah anda dalam hiasan dalaman ini terdapat pelbagai teknik yang sering digunapakai, Terdapat pelbagai point dan titik yang menjadi keutamaan kepada anda agar hiasan dalaman anda menjadi lebih professional. Dan ini adalah Point-Point yang menjadi kemestian dan harus anda cuba,Jom baca.

Cipta Titik Fokus Utama

Titik fokus ialah kawasan di mana apabila anda masuk sahaja ke ruang tamu, ruang itu akan menjadi fokus mata anda.Anda boleh mulakan dengan memilih frame gambar yang besar atau sofa yang menyerlah warnanya berbanding perabot-perabot lain di ruang tamu.

Hias ruang tamu dengan merujuk kepada titik fokus tadi.

Bagi Perhatian Kepada Pencahayaan

Sebenarnya agak mencabar untuk memastikan ruang tamu anda mendapat pencahayaan yang betul dan nampak cantik sekaligus.

Sekiranya ruang tamu anda menerima cahaya matahari dengan banyak,anda mungkin boleh kurangkan lampu.

Apa-apa pun, setelah anda pilih apa yang anda mahukan, barulah fokus mencari jenis lampu yang sesuai untuk dimasukkan dalam skema hiasan anda.

Pilih Hiasan Lantai Yang Selesa

Bagi memastikan ruang tamu anda satu ruang yang dapat berfungsi dengan baik, anda perlu pastikan lantai anda selesa untuk dipijak dan nampak cantik.

Pilihan seperti permaidani, tikar atau pun karpet mestilah nampak semulajadi dan membangkitkan nilai ketenangan dan estetik pada ruang tamu anda

Susun Perabot Untuk Keluarga​​​​​​​

Pastikan susun atur perabot anda memudahkan untuk anda menghabiskan masa berkomunikasi dan berinteraksi bersama-sama keluarga.

Bagi mereka yang ada anak kecil, perlu disediakan ruangan untuk mereka bermain dan dalam pantauan anda. Selain itu juga susunan yang betul dapat membangkitkan rasa sayang sesama ahli keluarga.

Hias Ruangan Tingkap

Tidak seperti masyarakat Barat, di Malaysia kita lebih cenderung untuk menutup ruangan tingkap atau pintu bagi memelihara aurat dan rahsia keluarga kita.

Jadi, pilihlah langsir yang sesuai dengan desain, tidak terlalu tebal dan nampak elegan. Paling penting pastikan ada cara atau mekanisme bagi langsir tersebut tidak menghalang 100% pencahayaan dari masuk ke dalam ruang tamu.

Leave a Comment on Point-Point penting dalam dekorasi Ruang tamu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *