Apakah pilihan anda diantara Pembiayaan Islam atau Pinjaman Konvensional?

Today Miss G nak kongsikan kepada anda tentang satu topik yang amat menarik untuk semua dimana ia adalah perkara paling utama dalam pembelian rumah.Yelah kan jika korang nak membeli rumah, perkara pertama yang korang harus pikirkan adalah pinjaman kewangan dari pihak bank. Lain lah kalau korang anak Dato atau anak Raja boleh beli rumah secara tunai(cash).
Terdapat juga segelintir masyarakat Malaysia yang masih tidak membeli atau memiliki rumah walaupun layak dan mampu. Sedih bukan? Jom baca apa itu perbezaan dan faedah antara pinjaman Islamik dan konvensional. Jom Miss G huraikan dengan lebih mendalam. Terdapat beberapa faktor paling dititik beratkan dalam proses pinjaman ini iaitu margin kewangan, tempoh pinjaman yang terlalu lama, ansuran bulanan, kadar pinjaman dan masalah wang pendahuluan.
Untuk pengetahuan korang, perbankan Islam menjadi makin meluas dan popular bermula dari tahun 90-an apabila bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan mula dibenarkan untuk menawarkan produk-produk dan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF). Sebenarnya, sejarah perbankan Islam dan prinsip yang mematuhi syariah di Malaysia telah bermula semenjak pada tahun 1983 lagi.
Artikel kali ini Miss G akan menerangkan perbezaan pembiayaan Islamik dan pinjaman konvensional supaya korang yang bakal membeli rumah tidak membuat kesilapan dalam memilih jenis pinjaman bagi pembiayaan hartanah anda kelak.

Tidak ramai yang tahu bahawa pinjaman Islam bukan hanya untuk peminjam yang beragama Islam sahaja. Tanggapan ini ternyata salah kerana orang bukan Islam juga layak untuk memohon pinjaman Islam tetapi dengan syarat pekerjaan si peminjam dianggap ‘halal’. Bermaksud anda tidak melakukan kerja yang berunsur judi yang salah di dalam agama Islam.
Apakah perbezaan ketara jika dibandingkan dengan konvensional? Yang paling berbeza adalah kadar faedah. Perbankan Islam menggunakan istilah ‘profit rate’ dan perlindungan adalah di bawah takaful.

Apa perbezaan ketara di antara pembiayaan perumahan Islam dan pinjaman perumahan konvensional
Perbezaan dari segi kontrak
Dari segi kontrak pinjaman, ini adalah antara perkara yang paling penting sebelum korang bersetuju dengan pinjaman itu. Bagi pinjaman Islam, kontrak pembiayaan perumahan adalah berlandaskan Bai’ Bithaman Ajil (BBA) atau Musyarakah Mutanaqisah.
Bagi Pinjaman Konvensional pula, hanya terdapat satu kontrak iaitu kontrak pinjaman rumah biasa sahaja.
Bila bercakap mengenai keuntungan pula, haaa ini yang paling menarik dimana untuk pinjaman Islam, ia terhasil daripada jualan atau pajakan hartanah tersebut. Bermaksud perbankan Islam tidak mengambil keuntungan dari faedah seperti yang dikenakan oleh bank-bank lain. Untuk pinjaman konvensional pula, ia terhasil daripada faedah atas transaksi pinjaman rumah.
Kadar faedah (‘interest rate’)
Kita bahas pula dari segi kadar faedah yang dikenakan diantara kedua-dua jenis pinjaman. Bermula dari pinjaman Islamic, jumlah dan kadar feadah yang dikenakan adalah tetap sepanjang tempoh pinjaman dan pembiayaan loan itu. Kelebihan lain adalah kadar faedah juga dapat dikurangkan atau lebih tepat iaitu diberikan rebat sekiranya pelanggan membayar keseluruhan pembiayaan lebih awal.
Bagi pinjaman konvensional pula, kadar faedah yang akan berubah mengikut perubahan kadar pinjaman asas. Ini bermaksud kadar faedah ini boleh dinaikkan oleh pihak bank mengikut dengan keadaan semasa, sebagai contoh jika dunia sedang mengalami krisis pandemik maka kadar faedah akan diturunkan dan boleh naik bila-bila masa sahaja mengikut bank.
Apa terjadi jika anda terlewat bayar?
Pinjaman Islamic tidak seperti pinjaman konvensional dimana denda yang dikenakan adalah dari segi faedah keatas nilai tunggakan itu sendiri. Bagi peminjam Islamic yang lewat membuat bayaran, peminjam akan dikenakan ganti rugi (ta’widh). Apa itu ganti rugi ta’widh?
Ta`widh boleh dikenakan ke atas kelewatan pembayaran obligasi kewangan yang terhasil daripada akad-akad pertukaran (seperti jual beli dan sewaan) dan qard. Ta’widh hanya boleh dikenakan selepas tamat tempoh pelunasan hutang yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang berkontrak. Institusi perbankan Islam boleh mengiktiraf ta`widh sebagai pendapatan atas dasar ia dikenakan sebagai ganti rugi atas kerugian sebenar yang dialami oleh institusi perbankan Islam
Contohnya, ganti rugi (ta’widh) oleh bank syariah kepada nasabah yang melewat-lewatkan pembayaran. Atau ganti rugi kerana nasabah membatalkan akad. Lain pula dengan pinjaman konvensional, penalti dalam bentuk ‘compounding’ akan dikenakan jika korang terlewat bayar atau ada tunggakan.
Kepada pinjaman Islamic, korang layak memperolehi ‘ibra’ (rebat) ke atas harga jualan sekiranya pembiayaan berjaya diselesaikan lebih awal daripada jadual pembayaran balik tanpa dikenakan sebarang penalti. Bagi pinjaman konvensional pula, ada penalti sekiranya peminjam membuat penyelesaian awal dalam ‘lock in period’.
Jadi apakah kelebihan pinjaman konvensional Untuk hartanah?
Walaubagaimanapun, jika ada antara para peminjam yang ingin mengubah syarat perjanjian pinjaman, dokumen hanya perlu dikemas kini dan membayar duit setem.
- Kos untuk pembayaran awal, pembayaran lewat dan sebagainya adalah lebih telus dalam perjanjian konvensional.
- Lebih mudah untuk membuat ‘refinancing’ berbanding pinjaman Islam.
Akhir kata, Miss G nak nasihatkan korang sebagai orang Islam, korang memang digalakkan untuk membuat pinjaman (pembiayaan) dengan produk patuh syariah kerana ia ternyata lebih banyak kelebihan dari apa yang Miss G telah terangkan diatas. Semoga bermanfaat!