Kenapa Peguam Sering Caj ‘Mahal’ Dalam Jual Beli Hartanah?

“Berapa agaknya kos dan caj yang dikenakan oleh peguam untuk uruskan pembelian dalam urusan jual beli hartanah?”

Persoalan ini sering terdetik difikiran sesiapa sahaja yang dalam proses untuk mendapatkan rumah pertama anda. Dalam pembelian hartanah jenis subsale, kita biasanya perlu sediakan sebanyak 15% daripada harga rumah. Wang pendahuluan atau downpayment dah 10%, lagi nak kena 5% untuk kos guaman, duti setem, valuation dan macam-macam lagi. Kadang-kadang rasa membebankan. Yelah kan, cuba anda bayangkan jika rumah itu berharga rm500k, downpayment sahaja sudah mencecah rm50k.

Jadi untuk artikel Glamornya kali ini, Miss G dah ringkaskan kepada korang agar lebih memahami apa itu caj mahal yang sering dikenakan oleh peguam Hartanah.Perkongsian ini Ditulis sendiri oleh Tuan Syakir Zainol di dalam akaun Facebooknya.

Jom ikuti pengalaman Tuan Syakir dimana beliau menguruskan jualan balik sebuah rumah yang berharga lebih kurang RM 700k.Semasa proses ini berjalan,pembeli bersetuju untuk membeli rumah tersebut dan kami berbincang berkenaan struktur pembayaran yang diperlukan untuk transaksi pindahmilik rumah tersebut.

Pembeli bertanyakan kepada saya mengenai anggaran kos untuk urusan dengan pihak lawyer. Seperti yang kita sedia maklum, akan ada charge dimana lawyer akan kenakan kepada pembeli untuk urusan dokumentasi rumah itu. Dan saya beritahu kepada pembeli bahawa anggaran kos guaman untuk urusan pindah milik rumah ini adalah sekitar rm22k.

Apa lagi terkejutlah si pembeli kerana bagi mereka itu adalah jumlah yang begitu banyak.Jadi jom saya terang dengan lebih detail apakah kos-kos yang dikenakan? Sebenarnya yuran guaman hanya lebih kurang enam ribu lebih sahaja.Kos Duti setem sebenarnya yang tinggi, ini keraja duti setem telah ditetepkan oleh kerajaan sendiri mengikut harga rumah.kos Duti Setem saja sudah melebihi RM13k, dan selebihnya pula adalah bayaran-bayaran lain kepada pihak-pihak seperti pejabat tanah dan LHDN.

Ramai pembeli yang beranggapan bahawa kos itu tidak sesuai dengan kerja dokumentasi yang harus dilakukan oleh pihak lawyer. Yelahkan nampak macam senang je, guna semula template dan copy paste sahaja takkan sampai 5-6k?

Ini adalah satu tanggapan yang salah di dalam kalangan masyarakat, setiap kali sebut sahaja tentang caj guaman peguam: kerja peguam senang, siapkan surat perjanjian yang boleh diulang pakai dan kenakan bayaran tinggi kepada klien.Penjualan rumah bukan selesai setakat sediakan perjanjian jual-beli sahaja.

Begini, kita harus memahami bagaimana pihak guaman mengenakan caj kepada client dan pembeli rumah dalam urusan jual beli serta pindah milik rumah.Kita harus kenalpasti jenis-jenis urusan, keperluan serta tempoh masa yang diperlukan oleh peguam untuk selesaikan satu-satu urusan pindahmilik.

Pihak guaman perlu berurusan dengan pelbagai pihak dan bukan hanya tertumpu kepada satu pihak sahaja.Selain daripada pihak penjual & pembeli, mereka juga harus bekerjasama dengan banyak pihak termasuklah pihak bank, pejabat tanah, pihak mahkamah, majlis perbandaran, pihak-pihak berkuasa tempatan, LHDN dan banyak lagi. Urusan-urusan seperti ini memakan masa yang lama dan melibatkan kerja-kerja dokumentasi yang rumit serta urusan-urusan kaunter. Jadi apa yang kita bayar itu adalah bayaran kepada masa serta penat-lelah yang ditanggung oleh pihak guaman.

Bukan itu sahaja, pihak guaman juga adalah pihak yang bertanggungjawab menguruskan transaksi wang untuk pindahmilik hartanah,pihak guaman juga perlu memahami dan menguasai undang-undang yang terlibat termasuk Akta Kontrak, Kanun Tanah Negara, Akta Setem dan beberapa akta lain.

Selaku pihak yang dilantik atas tugas profesional untuk menguruskan segala urusan yang memerlukan kelayakan dalam kerja-kerja perundangan maka, tidak pelik jika pihak guaman mengenakan caj yang setimpal dengan kelayakan, pengetahuan dan pengalaman mereka.

Bagi satu-satu proses pindahmilik hartanah,ia pasti melibatkan prosedur-prosedur yang agak rumit serta berbeza-beza tidak fix kepada satu sample sahaja. Ia sesuai dengan kemahuan semua pihak yang mereka berurusan.

Contohnya, setiap bank akan memiliki prosedur yang berbeza, begitu juga setiap pejabat tanah turut memiliki SOP dan prosedur mereka tersendiri. Jadi lebih senang sekiranya kita bayar penat-lelah seorang peguam yang terpaksa berhadapan dengan karenah-karenah birokrasi  bagi setiap pihak yang terlibat supaya kita sendiri tidak perlu bersusah-payah menguruskannya.

Ramai di antara kita yang sama sekali tidak sedar tentang perkara ini.Tahukah anda bahawa seseorang peguam berhadapan dengan liabiliti diatas kesemua perkara di setiap kes yang mereka handle? Risiko yang pihak guaman akan mengambil serta menguruskan urusan yang melibatkan urusan undang-undang perlu dibayar dengan nilai yang sewajarnya.

Cuba anda bayangkan,kesemua kesukaran yang perlu dilalui oleh pihak guaman yang terpaksa hadap ke semua perkara yang miss G dah sebutkan di atas ini untuk satu jangka masa yang panjang selama lebih-kurang minama 6 bulan hingga satu tahun dan ada sesetengah kes itu ia memakan masa bertahun-tahun selesai.

Jadi fikir semula apa yang miss G sudah terangkan diatas dengan secara terperinci. Tidak wajar untuk anda mempersoalkan bayaran yang selayaknya diberikan kepada pihak guaman. Lagi-lagi pada caj yang pihak guaman kenakan itu pula adalah sangat berpatutan dan berpadanan pula dengan skala yang telah ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan nilai hartanah yang diseliakan oleh mereka.

Adakah anda merasakan yang kos guaman masih mahal? Fikirkan semula.

Leave a Comment on Kenapa Peguam Sering Caj ‘Mahal’ Dalam Jual RM 50 1 Beli Hartanah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *