Cara kenal pasti Feng Shui rumah untuk meningkatkan value rumah anda.
Tahukah anda apa itu maksud fungsui? Fengshui amat terkenal di dalam kalangan masyarakat cina, maksud fungshui adalah kombinasi di antara pelbagai perkara dan kaedah untuk mewujudkan keharmonian di dalam rumah anda. Tetapi lain pula di dalam kalangan masyarakat melayu. Masyarakat melayu, kita tidak begitu mengambil tahu tentang kelebihan fengshui ini. Susunan dari fengshui ini boleh diguna pakai dalam susun atur rumah, lebih-lebih lagi ketika anda ingin membeli rumah baru.Selain itu,dengan fengshui ini, ia juga dapat membantu menaikkan harga dan market price bagi sesebuah rumah jika ia menepati fengshui yang diinginkan.
Jom kita lihat bagaimana masyarakat Cina kenal pasti rumah itu mempunyai “ong” atau sebaliknya?Mari baca huraian di bawah yang Miss G dah tuliskan untuk anda lebih mendalam tentang ilmu dan cara yang digunakan oleh kaum Cina dalam pantang larang berasaskan Fengshui sebelum buat keputusan untuk membeli sebuah rumah.
Gambar sekadar contoh
Fengshui susunan barangan dalam rumah.
Dengan meletakkan tumbuh-tumbuhan hijau seperti pokok hiasan di kawasan ruang tamu rumah, ini kerana ruang tamu rumah ibarat jantung bagi sesebuah rumah. di bahagian ruang tamu lah dimana ahli keluarga akan berkumpul dan Berehat bersama.
Yang kedua pula ini adalah pantang larang yang agak digunapakai di dalam kaum Cina iaitu mereka Amat mengelak daripada menggantung lukisan besar di atas kepala katil. Dan pastikan anda tidak menyimpan barang yang banyak di bawah katil.
Yang ketiga pastikan tandas di seluruh rumah anda bersih kerana Itu akan menjamin kekayaan seluruh ahli keluarga mengikut kepercayaan Cina
Yang seterusnya pastikan anda tidak membeli rumah yang mempunyai koridor yang begitu panjang dan jauh daripada pintu utama. Dari sudut Fengshui, ia boleh membawa kepada perceraian atau kecurangan.
Gambar sekadar contoh
Susunan Layout rumah.
Layout rumah adalah antara perkara yang mustahak untuk mendapatkan fengshui yang cantik. pastikan anda seragam kan Semua arah dan posisi pintu serta tingkap di rumah anda sebagai contoh jika pintu itu ditolak kedalam untuk dibuka pastikan semua pintu juga melakukan perkara yang sama tidak boleh satu pintu buka dan satu pintu tutup.Seragamkan semua arah posisi pintu dibuka. Sebagai contoh, pastikan semua pintu dalam rumah ditolak atau semuanya perlu ditarik.
Seterusnya bilik air atau orang putih panggil bathroom haruslah terletak berhampiran atau lebih baik di sebelah koridor dan bukannya di bahagian hujung koridor anda. Dan paling pantang adalah, elakkan daripada bilik air dan juga dapur rumah anda dapat dilihat terus secara direct daripada pintu masuk utama.
Selain itu,tolong pastikan anda tidak memiliki rumah yang dimana tiangnya berhadapan dalam bilik. Ini boleh memberi kesan negatif pada perkahwinan atau hubungan peribadi mengikut kepercayaan cina.
Pencahayaan
Dari segi pencahayaan pula, anda disarankan untuk menggunakan lampu yang rendah suhu di dalam bilik tidur anda. Elakkan daripada menggunakan lampu LED atau pendaflour kerana pencahayaan yang begitu terang untuk mood bilik tidur.
Struktur Binaan rumah
Jangan gunakan ruangan lebihan yang berbentuk ganjil dan kecil untuk dijadikan dapur. Jadikan ruangan tersebut sebagai ruang stor untuk menyimpan barang-barang yang tidak digunakan.
Elakkan tiang yang besar tergantung di siling rumah. Terutamanya di headboard atau tiang berdiri tegak di atas meja tulis dan meja makan. Ia memberi kesan yang negatif pada emosi dan fizikal seluruh ahli keluarga.
Seterusnya, Untuk mengenal pasti adakah ia feng shui yang baik adalah bilik tidur utama haruslah berbentuk segi empat tepat atau bentuk kotak. Teori feng shui ini menjelaskan bentuk yang ganjil boleh menyebabkan ketidaksuburan kepada isteri anda.
Dalam kesemua teori Fengshui ini, ada point-point menarik yang rasional dan logik jika difikirkan. Sebagai contoh, kenapa di dalam feng shui kita harus avoid hartanah yang dimana dapur dan bilik airnya dapat dilihat terus daripada pintu masuk. Boleh tak anda fikir secara logik kenapa begitu?
Ini kerana ia melibatkan privasi dalam rumah. Anda sebagai penghuni rumah tidak selesa apabila orang luar mudah nampak anda di kawasan dapur atau bilik air, hanya dengan melalui pintu masuk utama. Ya kan? Jadi logiknya disini Feng shui secara amnya adalah untuk memberi keharmonian di dalam sesebuah rumah itu sendiri.
Ada juga yang agak mencabar pemikiran kita kerana kita tidak faham tentang logik dan rasionalnya. Namun Miss G percaya banyak point yang boleh kita jadikan rujukan sebelum memiliki rumah menerusi teori Fengshui ini.