Enam Tips Beli Rumah Untuk Golongan Yang Bekerja Sendiri.

Assalamualaikum and Hi korang, pasti ada dikalangan pembaca Miss G ini yang bekerja sendiri bukan? Businessman dan businesswomen lah boleh dikatakan. Jom today Miss G nak kongsikan kepada anda tentang satu topik yang agak menarik untuk para follower dan pembaca Miss G yang bekerja dan berniaga sendiri, bagaimana anda boleh membeli rumah dengan enam tips ini.

Bagi korang yang berniaga, jangan terkejut kalau pihak bank akan menolak permohonan pinjaman perumahan walaupun bisnes korang membuat keuntungan juta-juta. Bukan apa, mereka cuma mahukan jaminan bahawa korang mampu membuat bayaran semula. Nilai keuntungan bisnes korang semata-mata takkan mampu meyakinkan pihak bank kerana pada mereka, pandai cari wang tak semestinya pandai menguruskan wang.

Seorang usahawan muda, Yt Farhan, ada berkongsi pengalaman beliau di laman facebooknya bagaimana beliau membeli rumah daripada hasil perniagaannya di usia yang muda. Jadi, di sini Miss G akan berkongsi dengan korang tips yang dikongsikan oleh beliau dalam memiliki rumah di usia muda.

Langkah Pertama yang Ramai selalu tersilap langkah!

Antara perkara pertama yang sering dilakukan oleh usahawan-usahawan muda adalah dengan membeli kereta terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, menurut Yt Farhan, langkah yang dilakukan mereka adalah salah jika mereka merancang untuk membeli rumah pulak di masa hadapan. Hal ini kerana, dengan adanya pinjaman kereta, ianya akan menyukarkan pinjaman dari bank untuk membeli rumah di kemudian hari.

“Jangan beli kereta dulu lepas tu plan beli rumah nanti loan anda susah nak lulus, sebab loan kereta 9 tahun sahaja, loan rumah pulak bole ikat sampai 30tahun ke atas ikut umur kita. Walaupun kita beli rumah RM200k@300k bulanan tetap boleh sebab ikat lama tak macam beli kereta.”

Menurut beliau lagi, golongan muda sewajarnya membeli rumah terlebih dahulu, terutamanya bagi mereka yang bekerja dengan majikan kerana terdapat beberapa dokumen yang majikan akan sediakan sebelum membuat pinjaman bank. Selain itu, umur juga memainkan peranan untuk mendapat pinjaman dari bank, iaitu mereka perlu berusia 18 tahun dan ke atas.

“Untuk yang kerja dengan majikan lebih mudah kalau ikut tips ni sebab ade beberapa dokumen anda yang majikan dah siapkan. Usia pon main peranan kalau muda sangat bank susah nak bagi lulus. Sekurang-kurangnya berumur 18 tahun sebab adik saya backup penjamin saya. Dia berumur 19 tahun, sementara saya pula 24. Kalau tua sangat pon bank bagi lulus takat berapa % je loan .

“So pada usia muda ni ambil peluang untuk beli rumah. Kita buat lain dari yang lain, macam kawan-kawan beli kereta dulu, kita beli la rumah dulu. Naik kereta lama pon takpe janji nama takde hutang kat kereta.

Berikut adalah beberapa tips dan pengalaman yang dikongsikan oleh beliau ketika membeli rumah:

  1. “Pilih dan kaji kawasan perumahan yang korang nak beli dari segi geografi dan ekonomi mengikut kehendak dan tujuan korang.”
  2. “Cari pemaju dan buat bayaran ‘booking fee’. Jumlah bayaran booking pemaju yg tetapkan dalam lingkungan RM500 keatas jika loan anda tak lulus duit booking fee ni akan dikembalikan (perkara ni kena tanya dari awal). Lepas buat bayaran booking anda akan dapat 1 dokumen iaitu SALE & PURCHASE AGREEMENT S&P. Bawa dokumen ini ke bank yang pemaju syorkan @ bank yang anda nak buat loan.”

Menurut beliau, selepas korang menjumpai kawasan perumahan yang korang berminat, korang perlu bertemu pemaju untuk membuat bayaran ‘booking fee’ dimana jumlahnya akan ditetapkan oleh pemaju sebelum and diberi satu dokumen untuk dibawa kepada pihak bank sebelum membuat pinjaman.

  1. “Bank akan minta
    a. SSM & IC.
    b. Penyata kewangan untung/rugi untuk 2 tahun. Ini bagi yang berniaga. Dokumen ini kita akan dapat bila kita buat dengan juru audit bertauliah. Segala resit beli stok & perbelanjaan bil, juru audit ni yang akan kira untuk kita. Bagi yang bergaji, bank akan minta slip gaji untuk beberapa bulan
    c. SLIP BANK AKAUN SEMASA. Siapa yang bisnes dan tak buat akaun bank semasa, sangatlah rugi sebab bank nak tengok. Slip ini menunjukkan duit keluar dan masuk bisnes kita.
    d.Lengkapkan dokumen E-Filing. Kena daftar online dalam laman web LHDN. Dalam dokumen E-Filing ade nombor Cukai pendapatan kita dan ianya sangat penting.
    e. Slip bayar cukai pendapatan ke LHDN. Dokumen ni bank pon nak 2 tahun, sebab bank nak tengok macam mana perkembangan bisnes kita. Dokumen ni jangan risau, juru audit boleh settle kan untuk kita juga.
    f. 10% deposit daripada harga rumah yang kita nak beli.
    g. Tak cukup dengan 10% deposit anda kena lebihkan duit untuk YURAN GUAMAN, YURAN PINDAH NAMA PEMILIK & DUTY SETEM serta YURAN PENILAIAN RUMAH. Jumlah semuanya mungkin 5% dari harga rumah. So kena standby duit lebih sikit. Kalau anda bernasib baik ada pemaju yang tanggung semua kos ini.”

Menurut Yt Farhan, ketika proses pinjaman dari pihak bank, mereka akan meminta beberapa dokumen bagi menyokong kelulusan pinjaman tersebut. Tetapi, korang tak perlu risau kerana korang boleh membayar juru audit untuk menyediakan dokumen yang diperlukan oleh pihak bank.

  1. “Lengkap semua dokumen di atas semoga permohonan kita lepas dari segi “scoring bank“ & clear dari CCRIS. Kalau ada tunggakan PTPTN cepat-cepatlah clearkan kalau tak memang permohonan kita gagal.”

Selepas korang menyerahkan semua dokumen yang diperlukan oleh pihak bank, korang hanya perlu menunggu kelulusan dari pihak bank. Menurut beliau, jika terdapat tunggakan PTPTN, korang perlu melangsaikannya terlebih dahulu kerana ianya merupakan salah satu punca pinjaman bank tidak diluluskan.

  1. “Jika permohonan bank luluskan, kita dah boleh bayar baki deposit + duit booking masa mula-mula nak dapatkan S&P. Kemudian boleh buat segala bayaran urusan bank & guaman.”
  2. “Proses terakhir makan masa sikit ikut bank & pihak peguam yang akan uruskan. Bila loan kita lulus & dah dibayar kepada pemaju, kita dah boleh dapat kunci rumah. Lepas tu boleh lah setup bekalan TNB, air & dll.”

Apabila pihak bank sudah meluluskan pinjaman korang, langkah seterusnya adalah melantik peguam untuk menguruskan proses terakhir sebelum korang mengambil kunci rumah dari pemaju.

  1. “Selain tu anda boleh sertakan dokumen simpanan ASNB, penyata KWSP, simpanan Tabung Haji atau combine segala dokumen dengan adik-beradik/isteri/suami bagi kukuhkan permohonan anda. Deposit yang dah dibayar pun kena pastikan ditolak dari jumlah pembiayaan yang kita mohon & kira balik faedah % yg di kenakan. Supaya tak ada pihak ketiga yang ambil kesempatan atas pembelian rumah kita.(takut ade yg ambil deposit sebagai duit poket mereka.

“Saya nasihatkan kawan-kawan yang nak beli rumah seelok-eloknya buat persediaan 2 tahun awal. Pastikan akaun semasa dah buat, segala resit yang berkaitan bisnes simpan dalam fail, kalau malas sangat buat penyata untung rugi, cari juru audit untuk buatkan bagi pihak kita. Nak beli kereta pun gunakan dokumen yang sama.”

Menurut beliau lagi, sebaiknya korang perlu membuat persiapan dari segi dokumen dua tahun lebih awal sebelum pembelian rumah bagi memudahkan urusan korang kelak. Persiapan yang sama juga diperlukan untuk membeli kereta.

“Sebenarnya 2 tahun lepas permohonan loan rumah saya pernah ditolak disebabkan ada beberapa dokumen yang saya takde. Saya belajar dari situ betapa susahnya bank nak bagi kita pinjam duit walaupun gaji kita beribu-ribu tapi kalau dokumen yang bank perlukan kita tak sediakan memang bank tak layan kita. Kalau nak beli rumah cash tak pasti macam mana.”

“Saya bersyukur pada usia saya 24 tahun saya dah ada rumah & kereta yang saya impikan. Beruntung sangat disaat kawan-kawan belum tahu pasal beli rumah saya dah tahu. Saya harap anda semua berjaya beli rumah yang anda nak dengan perkongsian saya ni. Kalau ade dokumen yang tak faham atau tak tahu tu bolehlah tanya saya. Jangan segan-segan ye.”

Terima kasih kepada Tuan Yt Farhan kerana sudi berkongsi tips nak beli rumah bagi golongan berniaga seperti di atas. Miss G harap dengan perkongsian dari Yt Farhan ini dapat membantu korang terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali membeli rumah.

Leave a Comment on Enam Tips Beli Rumah Untuk Golongan Yang Bekerja Sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *