Jom ketahui kaedah REFINANCE untuk para pelabur.

Bila Miss G sebut mengenai refinance atau pembiayaan semula, apa yang timbul kat dalam kepala otak korang?

Pasti ada dikalangan anda pernah dengar tetapi masih samar-samar tentang apa itu refinance kan? Dan pasti dikalangan circle kita, ada yang pernah bercerita tentang pengalaman mereka. Jom ikuti perkongsian Miss G pada kali ini supaya korang lebih memahami apa itu refinance.

Sebelum Miss G sentuh topik ini dengan lebih mendalam, Miss G akan terangkan apakah itu refinance atau pembiayaan semula. Ianya adalah satu proses pertukaran gadaian dari satu institusi kewangan ke institusi kewangan yang lain. Terdapat dua jenis bentuk pinjaman yang biasa dilakukan iaitu pinjaman kereta dan rumah.

Ramai yang memilih refinance sebagai strategi utama bagi mengurangkan kadar faedah atau interest khususnya bagi pinjaman rumah. Namun, perlu korang ingat bahawa ini bukanlah satu-satunya cara yang ada tetapi masih ada cara lain yang lebih mudah dan murah untuk korang lakukan.

Mari Miss G ulas mengenai satu perkongsian ilmu dari Tuan Khairul Ezuwan perkenaan dengan refinancing ini.

Kadar faedah (Interest rate) lebih rendah?

Miss G pasti ramai yang masih belum sedar akan perkara ini. Hal ini kerana korang hanya melihat kepada promo rate yang lebih baik.

Sebagai contoh, effective rate semasa ialah 4.8%. Tetapi apabila korang membuat refinancing dengan bank lain, korang boleh dapatkan kadar interest yang lebih rendah iaitu sebanyak 4.5%.

Sekarang pasti korang boleh membandingkan keuntungan dari segi rate dan installment bulanan, dimana ianya boleh berkurangan berbanding yang sedia ada.

Ada lagi perkara penting kita perlu ambil kira

Mungkin ramai yang tak sedar akan kos atas refinance ini.

Sebagai contoh, Kos rumah kediaman korang sebelum ni adalah RM300,000. Selepas korang dah bayar selama 5 tahun, baki kos rumah korang baru berkurang sebanyak RM10,000 sedangkan korang sudahpun membayar rumah selama 5 tahun.

Bermakna, masih ada lagi outstanding sebanyakRM290,000.

Jika korang membuat refinancing, maka anda boleh kurangkan kadar faedah kepada yang lebih rendah atau memanjangkan tempoh pembayaran. Tetapi amatlah penting untuk korang tahu kadar interest yang ditawarkan oleh pihak bank yang lain.

Hal ini bukan sahaja dapat meringankan beban anda malah boleh jadikan monthly installment korang lebih rendah berbanding sebelum ni.

Ramai yang tak sedar akan perkara ini

Tetapi ramai yang tidak sedar akan beberapa perkara yang perlukan ketelitian apabila korang membuat refinance.

Terdapat beberapa kos yang perlu korang tanggung, seperti kos :

  • Legal fee
  • Duti setem
  • Kos valuasi & lain-lain kos yang terlibat.

Sebagai contoh kiraan :

  • 3%(Kos legal fee & sebagainya) X RM290,000(Jumlah refinance) = RM8,700

Jumlah ini, korang akan tambah dalam pembiayaan yang korang sebelum ini.

Maka, naik la semula hampir sama dengan pembiayaan asal, walaupun bayaran installment berkurangan sedikit.

Perkara ini akan berterusan. Sebagai contoh, selepas 5 tahun, akan ada lagi tawaran kadar yang lebih rendah dan korang pun buat refinancing baru.

Sudahnya, sampai ke sudah baki korang tak akan turun-turun.

Perlu korang ingat bahawa bank akan sentiasa menawarkan promosi yang akan mengaburi mata korang, kononnya boleh menjimatkan pembiayaan korang.

Jadi, ada tak pilihan lain untuk kita boleh guna, selain kaedah refinance?

Idea pertama : Terus bertanya kepada bank

Untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah, korang tak perlu bersusah-payah untuk buat refinancing.

Apa yang perlu korang buat adalah, tulis surat kepada pihak bank dan mohonuntuk buat reduction rate. Jika korang tidak mempunyai apa-apa rekod buruk seperti lambar membayar ansuran, kebiasaannya pihak bank akan meluluskan permohonan korang.

Nota tambahan : Terdapat beberapa jenis pelanggan (customer) di bank, antaranya ialah customer segmentation seperti mass, mass affluence, dan high-end customer. Kebiasaannya, pihak bank akan berpandukan status ini dan juga rekod bayaran balik yang baik dan menepati masa.

Pihak bank jua akan menambah clause baharu ketika memberi kelulusan untuk reduction rate ini seperti lock-in period, ambil produk lain (seperti Takaful atau wasiat, dan sebagainya), atau lain-lain yang mereka rasakan sesuai.

Idea kedua : Dari konvensional ke Islamic ?

Jika pinjaman rumah korang sekarang adalah daripada pinjaman jenis konvensional, korang boleh terkecuali daripada membuat bayaran duti setem dengan membuat refinancing kepada Islamic Financing.

Pasti ramai di antara pembaca dan follower Miss G yang masih tidak tahu bukan?

Dan sekarang Miss G pasti dan yakin yang korang semua dah tahu akan hal ini.

Idea ketiga : kaedah selain refinancing untuk mendapatkan fast cash

Menurut Tuan Khairul Ezuwan, secara personal, beliau tidak mempunyai sebarang tentangan terhadap mereka yang membuat refinancing sebagai cara untuk mendapatkan tunai. Hal ini kerana, ianya bergantung kepada pendapat masing-masing.

Tetapi kata beliau lagi, amatlah penting bagi korang untuk mengkaji dan membandingkan terlebih dahulu akan kaedah top-up financing dengan refinance dengan bank yang sama.

Hal ini kerana kos yang korang perlu tanggung apabila membuat top-up financing hanya lah pada stamping, serta prosesnya lebih cepat berbanding dengan membuat refinancing.

Kebiasaannya, orang buat refinancing untuk dapatkan cash.

Tetapi kalau korang membuat refinancing, banyak perkara yang korang kena sediakan. Itu tidak termasuk dengan pelbagai kos yang korang kena tanggung. Lebih baik korang buat top-up financing. Tak perlu menanggung kos fi yang tinggi dan proses nak dapatkan cash, adalah lebih cepat berbanding kalau korang buat refinancing.

Kesimpulannya, terdapat kaedah lain yang boleh korang boleh buat selain refinancing. Semoga perkongsian Miss G kali ini dapat membantu pembaca dan follower Miss G di luar sana.

Leave a Comment on Jom ketahui kaedah REFINANCE untuk para pelabur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *