Jom Lihat Orang Paling Kaya Di Malaysia Yang bermula Dari Industri Hartanah
Assalamualaikum and Hi korang, untuk artikel kategori Inspirasi Kejayaan kali ini, Miss G nak kongsikan kepada anda semua sebuah kisah yang agak menarik mengenai jutawan di Malaysia yang bermula dari industri Hartanah. Di Malaysia, terdapat lebih kurang 50 orang terkaya yang berusia semuda 37 tahun sehingga 96 tahun, menurut Forbes.
Mereka ini berjaya dalam pelbagai bidang termasuklah perladangan, perkapalan, hartanah, perisian mudah alih, telekomunikasi, media, e-dagang dan juga perbankan. Apa yang lebih menarik ialah 5 daripada 10 orang teratas yang terkaya ini berada dalam industri hartanah tau.
Jadi, bagi korang yang berminat untuk menceburi bidang hartanah sebagai instrumen pelaburan dan strategi untuk mencapai financial freedom, boleh jadikan artikel ini sebagai inspirasi untuk korang teruskan minat korang tu.
Untuk pengetahuan korang, golongan terkaya di Malaysia ini tidaklah bergantung kepada satu industri sahaja, sebaliknya mereka mempunyai pelbagai portfolio dalam pelbagai industri. Bak kata pepatah, “Don’t put all your eggs in one basket”, begitulah cara mereka untuk memperoleh kejayaan dan kekayaan yang mereka miliki sekarang ini.
5. Tan Sri Datuk Seri Panglima Lau Cho Kun
Beliau yang kini berusia 83 tahun dan menetap di Tawau, Sabah telah tersenarai dalam 50 orang terkaya di Malaysia dengan memiliki aset sebanyak $3.4 bilion setakat 26 Disember 2019.
Beliau juga merupakan pemegang saham terbesar dalam Hap Seng Consolidated, melalui syarikat induk Gek Poh serta di dalam pelaburan Lei Shing Hong.
Firma ini mempunyai pelbagai kepentingan dalam hartanah, bahan binaan, perladangan, pembiayaan kredit, baja dan automotif.
Hap Seng Consolidated telah mengendalikan pengedaran automotif Mercedes-Benz sejak 1969.
Selain itu, beliau juga merupa antara pengeluar minyak sawit terbesar di Sabah, Timur Malaysia.
4. Lee Shin Cheng
Mendiang Lee Shin Cheng, anak kelahiran Kuala Lumpur pada tahun 1939 ini memiliki aset kekayaan sebanyak $5.4 billion.
Beliau merupakan orang nombor satu dalam syarikat IOI Corporation yang merangkumi IOI Plantation, IOI Properties dan IOI Oleo-Chemical sebelum mendiang meninggal pada tahun 2019.
IOI Properties merupakan salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia yang membangunkan Bandar IOI Segamat, PJ Midtown, Bandar Puteri Klang, 16 Sierra Puchong South dan juga pembangunan hartanah di Singapura dan China.
Buat masa sekarang, IOI Properties bertanggungjawab membina kawasan perbandaran baru, pusat beli-belah, kondominium, pejabat dan juga resort.
Di antara projek hartanah ikonik daripada IOI adalah IOI City Mall dan IOI Resort City di Putrajaya.
3. Tan Sri Chen Lip Keong
Tan Sri Chen Lip Keong memiliki aset kekayaan sebanyak $6.3 billion setakat Disember 2019 ini merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur pada tahun 1948 dan berasal dari Ulu Kinta. Beliau merupakan orang keenam terkaya di Malaysia tau.
Beliau yang kini berusia 72 tahun dan menetap di Kemboja merupakan lulusan Perubatan dari Universiti Malaya. Untuk pengetahuan korang, aset miliknya meningkat sebanyak hampir 26% berbanding $5 bilion pada awal Disember tahun sebelumnya.
Sumber kekayaan beliau adalah daripada NagaWorld, resort kasino dan pusat membeli-belah di Kemboja. Syarikat beliau diberi lesen untuk operasi kasino di sana sehingga tahun 2035.
NagaCorp adalah kasino yang beroperasi di Hong Kong. Kini, NagaCorp sedang membangunkan sebuah resort kasino di Vladivostok, Rusia pula.
2. Quek Leng Chan
Quek Leng Chan yang kini berusia 78 tahun, menetap di Kuala Lumpur dan dikurniakan 3 cahaya mata.
Beliau memiliki kekayaan setakat Disember 2019 adalah sebanyak $9.3 bilion hasil daripada industri perbankan, hartanah dan makanan.
Kekayaan miliknya diwarisi daripada bapanya, yang merupakan salah seorang daripada 3 orang yang memulakan Hong Leong Bank pada tahun 1920-an.
Beliau merupakan pengerusi serta ketua pegawai eksekutif Hong Leong Company, Hong Leong Industries Berhad, Hume Industries Malaysia Berhad, Hong Leong Assurance Berhad, Hong Leong Islamic Bank Berhad dan Yayasan Hong Leong.
Antara projek hartanah ikonik dari Hong Leong adalah Emerald Hill, Alam Damai Cheras, Areca @ Emerald Sepang dan Chloe Residence, Rawang.
Untuk pengetahuan korang, beliau turut memiliki pengalaman yang luas dalam sektor perkhidmatan kewangan, pembuatan dan hartanah.
1. Robert Kuok
Robert Kuok dilahirkan pada tahun 1923 yang kini berusia 96 tahun dan menetap di Hong Kong, merupakan orang nombor satu paling kaya di Malaysia. Beliau memiliki aset kekayaan mencecah $12.6 bilion setakat Disember 2019. Anak kelahiran Johor Bahru ini mempunyai 8 orang cahaya mata.
Sumber kekayaan beliau adalah daripada industri perladangan, perkapalan dan hartanah.
Beliau merupakan pemilik Kuok Group yang mempunyai portfolio dalam hotel, hartanah dan komoditi.
Beliau merupakan orang bertanggungjawab menubuhkan Hotel Shangri-La di Singapura pada tahun 1971. Robert Kuok mempunyai pelbagai portfolio di luar negara seperti di Singapura, Filipina, Thailand, China, Indonesia, Fiji dan Australia.