Tajuk yang penuh kontroversi bukan? Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi, penulis lirik dan pelakon wanita kelahiran Amerika yang terkenal melalui rancangan kanak-kanak “Barney’s And Friends” ini kerap membawa role sebagai wanita muda yang berani dan lantang di dalam industri muzik mahupun di layar perak. Beliau yang berusia 27 tahun ini juga telah meraih berbagai anugerah dan pengiktirafan sepanjang kariernya.

Sumber: us.hola.com

Pencapaian demi pencapaian beliau telah kecapi. Beliau juga telah mengeluarkan berberapa album hit yang menjadi senandung para penggemar muzik. Album “Revival” yang mengandungi lagu-lagu popular mendapat sambutan ramai. Setelah beliau berjaya dengan pencapaian album tersebut, beliau mula berehat daripada industri muzik. Baru-baru ini juga, beliau telah mengeluarkan dua lagu iaitu “Lose You To Love Me” yang menjadi lagu single pertama beliau yang menduduki tempat pertama di carta Billboard Hot 100 Chart.

Sumber: Last.fm

Namun begitu, industri muzik digemparkan dengan persembahan secara langsung oleh penyanyi muda ini iaitu di American Music Awards. Beliau membuka tirai untuk acara yang serba gah ini nampak sedikit kekok pada permulaan persembahan. Dengan props dan background yang indah, para penonton mengharapkan persembahan yang terbaik daripadanya. Apa pendapat anda setelah melihat video ini?

Sumber: hollywoodlife.com dan popsugar.com

Selena Gomez AMA 2019

Jelas, sememangnya jelas. Beliau kekurangan stage presence dan kurang keyakinan diri. Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa artis yang popular dan ternama boleh kelihatan tidak bersedia dan kekok di atas pentas padahal sudah berlatih bersungguh-sungguh. Jawapan bagi soalan tersebut merupakan dua perkataan iaitu panic attack dan anxiety. Pergerakan yang kekok dan tidak bermaya menampakkan seolah-olah beliau tidak bersedia untuk memberikan persembahan yang terbaik kepada peminat-peminatnya.

Sumber : huffpost.com

Hal ini sebenarnya sangat serius. Penyakit panick attack dan anxiety boleh hinggap kepada setiap orang, tidak kira artist mahupun rakyat marhen. Apa itu panic attack? Serangan panik boleh didefinisikan sebagai waktu di mana seseorang merasakan ketakutan yang melampau tanpa sebarang stimulasi daripada sebarang bentuk ancaman atau punya yang jelas. Serangan panik boleh membawa maut dan sangat menakutkan kerana pesakit kebiasaanya akan hilang kawalan, serangan jantung dan kematian. Walaupun serangan panik sebenarnya tidak membahayakan nyawa, penyakit ini boleh memberi impak yang besar kepada kualiti hidup anda.Penyakit ini kebiasaanya terjadi secara tiba-tiba, tanpa sebarang amaran dan boleh menyerang pada bila-bila masa. Selalunya pesakit bagi penyakit akan berasa penat dan lelah setiap kali selepas diserang penyakit ini. Antara simptom-simptom bagi serangan panik adalah seperti berikut;

  • jantung berdegup kencang,
  • berasa seram sejuk,
  • pening kepala,
  • menggeletar secara berlebihan dan
  • berpeluh secara berlebihan walaupun tidak melakukan aktiviti berat.

Secara amnya, punca bagi serangan panik dan panic disorder tidak dapat dikenal pasti, sebaliknya faktor-faktor berikut mungkin memberi kesan kepada pesakit, iaitu;

  • genetik,
  • stress melampau,
  • kemarahan melampau dan
  • perubahan tertentu pada bahagian otak anda berfungsi.
Sumber: leafy.com

Selena sendiri telah mengesahkan bahawa beliau melalui fasa sukar di dalam hidupnya disebabkan anxiety di posting Instagram beliau. Anxiety apabila diterjemah secara langsung dari Google Translate akan membawa maksud “kembimbangan”. Kembimbangan yang melampau sering dikaitkan sebagai penyakit mental. Penyakit ini merupakan satu perasaan ketakutan untuk perkara yang mendatang, seperti temuduga kerja, memberikan ucapan di khalayak ramai. Perkara-perkara sebegini boleh membuatkan ramai orang berasa takut dan gelisah. Anda seharusnya rujuk kepada pakar sekiranya anda berasa bimbang melampau yang berkekalan selama berbulan-bulan kerana anxiety boleh berubah kepada anxiety disorder dengan sekelip mata. Bagi mengurangkan rasa kembimbangan yang melampau pertimbangkan langkah-langkah berikut;

  • dapatkan tidur yang nyenyak secukupnya,
  • kekal aktif dan mula bersenam,
  • elakkan pengambilan kafein
  • berhenti merokok

Penyakit berikut sangat memberikan kesan kepada persembahan Selena, lagi-lagi selepas beliau telah berpisah dengan Putera Pop abad ini iaitu Justin Bieber. Penulis tahu bahawa beliau sememangnya boleh perform dan boleh go jauh dengan karier nyanyianya. Tapi itulah, kalau dah nervous, terberak terkencing atas stagelah jawabnya. Semoga beliau terus sukses dan menjalani kehidupan yang ceria.

Pstt… Selena nanti nak keluarkan album baru, tajuknya “Rare”. Jenguk-jenguklah albumnya nanti ya, dengar khabar album beliau kali ini lebih raw dan mengisahkan kehidupan beliau. Apa pendapat anda? Adakah pesakit yang secara mentalnya kacau perlu diberi perhatian yang lebih atau anda mempunyai pandangan anda tersendiri mengenai isu ini? Feel free to share your thoughts in the comment section below and don’t forget to like our FaceBook page. Haa… kalah retis tak kalau penulis speaking?

Leave a Comment on ANUGERAH PENYANYI “KAYU”: SELENA GOMEZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *