Set pinggan mangkuk dulu merupakan lambang kemegahan dan merupakan kayu ukur status kekayaan bagi sesebuah keluarga. Fuh, kalau ada set pinggan mangkuk yang diimport dari luar negara, lagi rancak makcik-makcik menayang set pinggan mangkuk mereka, lagi-lagi pada hari perayaan yang besar seperti Hari Raya Aidilfitri atau jamuan kecil-kecilan. Berikut merupakan 5 jenama bagi set pinggan mangkuk yang menjadi kegilaan dan dambaan para wanita dari dahulu hingga sekarang:

1. Vantage (Classic 32pcs Dinner Set)

Sumber: carousell.com

Set yang terdiri daripada 32 pieces. Kalau hilang salah satu, memang bergegarlah satu rumah dibuatnya. Set ini lebih menekankan kepada corak bunga yang tidak terlampau besar dan tidak pula terlampau kecil. Bak kata orang putih, just nice. Set ini pernah trending pada awal tahun 2010 di mana rata-rata warga wanita berpusu-pusu berebut mendapatkanya seperti tiada hari esok serta seolah-olah jenama ini akan memberhentikan pengeluaran product ini. Sehingga kini, set pinggan mangkuk ini masih mendapat sambutan kerana motif coraknya tersangatlah timeless yang tidak lapuk mengikut peredaran zaman.

2. Arcopal (Romantique 38pcs Dinner Set)

Sumber: lazada.com

Set iconic yang menekankan motif corak bunga berwarna biru yang halus. Jenama Arcopal merupakan jenama yang tidak asing lagi bagi mereka yang pernah melalui zaman 90-an. Set ini juga pernah ditampilkan dalam drama dan filem tempatan – menyemarakan lagi nafsu para suri rumah untuk membeli set pinggan mangkuk ini. Ada yang sanggup melancong ke luar negara untuk mendapatkan set ini. Ciri-cirinya yang kalis kotoran dan tahan haba yang panas menjadikkan set ini sebagai salah satu set yang cantik dan mudah dijaga

3. Giacomo (Royal Gold 47 Dinner

Sumber: hamiliana.blogspot.com

Motif yang simple tetapi sangat efektif. Lining berwarna emas di bibir cawan dan pinggan sangat elegan dan menambah ciri-ciri keistimewaannya yang tersendiri. Berkonsepkan “putih itu bersih”, membuatkan para wanita tidak senang duduk untuk melihat sebarang kotoran melekat pada salah satu piece set ini. Tetapi, janganlah anda risau kerana sama dengan set pinggan mangkuk dari Arcopal, set ini kalis kotoran.

4. Pie Rat (June Rose 74pcs Dinner Set)

Sumber: mybazar.com

Harga berpatutan, kuantiti pun banyak. Memang patutlah hampir kesemua kenduri-kendara yang penulis pernah pergi, kebanyakanya menggunakan set pinggan mangkuk yang ini. Kuantiti yang ditawarkan sangat sesuai untuk kenduri-kendara yang sederhana kemeriahanya. Didatangkan dengan motif bunga ros setangkai, coraknya juga boleh diklasifikasikan sebagai timeless dan sedap mata memandang apabila dijadikan sebagai pameran. Walaupun banyak kuantitinya, orang rumah anda tetap boleh detect pinggan mangkuk kesayanganya yang hilang ataupun pecah. Kalau kantoi, cairlah otak kena bebel.

5. Duralex (Amber 32pcs Dinner Set)

Sumber: shopee.com

Kepada sesiapa yang jarang atau tidak pernah langsung terserempak dengan set ini, bawa-bawalah bertaubat.Pergilah ke surau atau masjid,sebab kebiasaanya set pinggan mangkuk ini akan ada di sana kerana quality yang bagus dan harga yang murah. Diguna pakai semasa majlis kenduri di masjid atau surau.

Set pinggan mangkuk juga boleh mengamit kenangan. Penulis pasti ada antara pembaca yang terkenang dengan kemeriahan yang pernah dilalui semasa menggunakan set-set pinggan mangkuk di atas. Ada juga yang sudah teringat kembali nama set pinggan mangkuk yang pernah menjadi dambaan hati anda dahulu dengan bantuan artikel ini (psst… inilah masanya untuk pujuk si suami belikan seset dua. Hihihi) . Akan tetapi, pengunaan set pinggan mangkuk plastik semakin popular dan semakin mendapat sambutan. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai salah satu daripada set-set di atas, simpan dan jagalah dengan penuh kasih sayang.

Leave a Comment on 5 SET PINGGAN MANGKUK LEGEND

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *