Nak Decorate dan Hias rumah anda? Haa… dah berduit tu mesti nak renovate macam-macam kan? Tetapi tak tau nak decorate tema apa?Meh sini min nak bagi tips untuk hias rumah anda dengan tema ala-ala jepun. Tak perlu pun pergi ke Jepun, sekarang anda boleh Fe-feeling oversea dengan hanya dengan menghias rumah anda.

Warna Cat Dinding (Bajet: Rendah ke Tinggi)

Sumber: Google Image

Berikut merupakan warna cat yang sesuai digunakan untuk mewarnai dinding anda. Compare and contrast terlebih dahulu warna yang sesuai sebagai warna primer berdasarkan faktor-faktor yang berikut:Kecerahan dan saiz ruang tamu. Sekiranya ruang tamu sedikit kecil dan terasa sempit, gunalah warna neutral untuk mewujudkan suasana yang terasa luas seperti warna putih dan kelabu. Warna merah pula sesuai dijadikan warna untuk focal point di ruang tamu, yang akan dibahas nanti.

Hiasan Dinding

Bulatan Kipas (Bajet: Rendah)

Sumber: Google Image










Pernahkan masa kecil dahulu main lipat-lipat kertas untuk membuat bentuk kipas apabila duduk di dalam dewan yang panas ataupun kelas yang sesak. Hiasan ini boleh dihasilkan apabila dua kipas dicantumkan ataupun dilekat bersama. Kalau nak lagi cantik, pelbagaikan saiz dan warna kipas, lagilah nampak lain dan tidak boring mata memandang. Kalau nak warna bulatan kipas itu menonjol, pastikan warna dinding berkontra dengan warna-warna bulatan kipas.

Kertas Dinding (Bajet: Sederhana ke Tinggi)

Sumber: Google Image

Jikalau anda seorang yang perfectionist dan sedikit malas untuk mula menghias dinding anda dari mula, pertimbangkan untuk memasang wallpaper pada dinding anda. Motif bunga sakura sangat sesuai untuk menunjukkan suasana ala Jepun, tetapi sekiranya anda mahukan sedikit kelainan, cubalah memasang wallpaper yang bermotifkan bayang ataupun cari corak yang memberi vibes Jepun gitewww.

Meja Kopi (Bajet: Sederhana)

Sumber: UniLad.com

Idea ini boleh dianggap sebagai idea yang ambitious tetapi guarantee ruang tamu rumah anda lain daripada yang lain. Dengan menggunakan bahan yang mudah didapati di kedai hardware dan alatan yang tidak kompleks (mudah dikendalikan), anda boleh menjadi kreatif dengan membina sendiri Meja Kopi Kolam Koi.Beli ikan emas dan ikan guppy pun sudah memadai untuk menghiasi meja ansa. Pam oksigen sangat penting untuk memastikan hidupan peiharaan anda hidup dan jangan lupa berikan makanan. Alah, korek-korek celah meja je untuk beri mereka makan.

Focal Point (Bajet: Sederhana ke Tinggi)

Ingat tak penulis ada menyebut warna merah sesuai dijadikan warna focal point? Cuba perhatikan ruang tamu yang indah ini. Apa yang menarik dan menyerlah bagi pembaca?

Sumber: impressiveinteriordesign.com

Ada antara pembaca yang menyatakan ruang di mana televisyen dilekapkan sangat menyerlah di dalam gambar ini dan ada juga yang nak gaduh menyatakan ruang bersembang lebih menyerlah. Bagi penulis pula, almari yang tidak sempurna sifatnya itu lebih menyerlah berbanding yang lain. Itulah yang dipanggil focal point, di mana mata akan tertarik untuk melihat sesuatu objek atau sudut tertentu dahulu sebelum melihat perkara lain yang berada di dalam ruang yang sama. Guna warna cat yang kontra dengan warna cat utama untuk mewujudkan focal point ataupun tambah tekstur di diding seperti rekaan berbatu untuk menarik minat mata tetamu. Objek yang ganjil secara fizikal atau pelik juga sesuai digunakan. Tetapi pastikan focal point anda sebati dengan motif yang anda ingin tonjolkan.

Perabot (Bajet: Rendah ke Tinggi, mengikut nafsu anda)

Sumber: shoope.my dan Google Image

Contoh-contoh perabot di atas pasti meransang minda anda untuk merancang kedudukan dan susun atur perabot anda. Anda berhak untuk memilih tema anda, sama ada moden mahupun tradisional. Ambil jer inspirasi dari cerita Winter Sonata ke, 1 Little Of Tears ke. Doraemon dan Sin Chan pun bantai jer.

Konklusinya, hanya kreativiti dan bajet anda yang menjadi penghalang untuk anda menghias ruang tamu menjadi ruang tamu idaman. Kalau tak boleh renovate dalam masa terdekat ini, save jer post ni. Untuk lebih banyak lagi inspirasi idea menarik untuk hiasan dalaman rumah anda, lawati laman Facebook Glamornyo.

Leave a Comment on FE-FEELING OVERSEAS: SUASANA NEGARA JEPUN DI RUANG TAMU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *