Seorang lelaki Jepun, yang dikenali sebagai nana@cyberjaya di Twitter mengutip puntung rokok yang sering kita nampak dibuang di merata-rata tempat. Pada awal tahun, dia telah memuatnaik gambar dan pernyataan bahawa dia dan sukarelawan lain berjaya mengumpul puntung rokok sebanyak 4500 dalam masa 1 jam setengah. Fuh banyak tuu, ini nampak sangat masyarakat kita masih suka membuang sampah merata-rata.
Nana juga pandai berbahasa Melayu dan dia ada menyatakan bahawa dia dan pasukan Trash Hero Putrajaya mengutip sampah puntung rokok secara sukarela.
Nana ni merupakan warganegara Jepun tau yang tinggal di Malaysia dan sedang belajar Bahasa Malaysia. Dia suka menyertai program-program sukarelawanan terutamanya yang menitikberatkan kepada alam sebab baru-baru ini dia dan kumpulan Trash Hero juga ada mengutip sampah di kawasan Putrajaya.
Baru sekecil puntung rokok tak termasuk lagi bag plastik,botol plastik dan banyak lagi. Dah di tahun 2020 masih ramai di kalangan kita yang masih tidak peka bahawa pentingnya membuang sampah di tempat yang betul. Kajian juga ada menyatakan bahawa puntung rokok tu boleh bertahan sehingga 10 tahun tau. Bukan sahaja ia membahayakan kesihatan, ia juga dapat mencemarkan alam persekitaran.
Infografik tu bukan sahaja memfokuskan kepada puntung rokok sahaja, setiap apa pun pepejal perlu di buang ke tempat yang betul ye. Bukan susah pun nak buang sampah ke dalam tong sampah, jangan sebab sikap pentingkan diri, kita juga yang akan terkena tempias.
Video tersebut juga menunjukkan akibat pembuangan sampah merata-rata. Habis boleh jadi pembunuh kepada haiwan tau. Terima kasih dekat abang hensem berbaju melayu tolong si biawak tu.Kalau nak listkan kesan pembuangan sampah banyak sebenarnya, jadi marilah sama-sama kita memupuk sikap membuang sampah di tempat sepatutnya dan jangan lupa follow page Glamornyo ya!!