Anda mesti pernah membawa kenderaan anda di jalan yang tidak beberapa rata dan mempunyai lubang besar lepas tu rasa sangat la benci bila drive di jalan tersebut.Bagi yang menunggang motorsikal semestinya akan mengundang kemalangan serta boleh mengakibatkan kemalangan jiwa. Baru-baru ini di Facebook tular gambar seorang brother meletakkan batu nisan di tengah –tengah jalan yang berlubang . Dia juga membacakan doa kepada batu nisan tersebut seolah-olah berada di tanah perkuburan.

Sumber: Brotherhood Shah Alam, Facebook

Mengikut perkongsian di Facebook,mereka menerangkan bahawa batu nisan itu di simbolik untuk menunjukkan beberapa nyawa pengguna jalan raya yang menanti akibat daripada lubang tersebut jika tidak dibaiki oleh pihak yang bertanggungjawab.

Sumber: Brotherhood Shah Alam, Facebook

Difahamkan aduan telah pun dibuat untuk membaiki lubang tersebut namun belum nampak kelibat pihak yang bertanggungjawab untuk membaiki lubang tersebut. Kalau tengok gambar tersebut, boleh dikatakan kedalaman lubang tersebut agak dalam dan semangnya dapat menyebabkan kemalangan jika diabaikan. Untuk pengetahuan semua, batu nisan tu tidak dibiarkan di lubang tersebut ya, selepas di ambil gambar mereka mengambil kembali batu nisan .

Sumber: Brotherhood Shah Alam, Facebook

12 jam selepas gambar tersebut dimuatnaik dan tular, jalan yang berlubang tersebut berjaya diturap oleh pihak yang bertangunggjawab. Bagi persatuan ini, mereka bertanya kenapa kes lubang ini berjaya diturap disebabkan penularan tersebut, bagaimana pula dengan aduan awam yang dibuat sebelum ini.

Sumber: Brotherhood Shah Alam, Facebook

Sumber: Brotherhood Shah Alam, Facebook

Brotherhood Shah Alam juga merupakan group yang sangat aktif dalam memastikan jalan raya dalam keadaan baik agar kemalangan dapat dielakkan terutamanya bagi penunggang motorsikal.Mereka juga mengusahakan untuk menurap jalan yang rosak dengan mengguna dana atau duit mereka sendiri tau.

Tahniah Brotherhood Shah Alam , satu tindakan yang kreatif dan berkesan untuk mendapatkan perhatian daripada pihak atasan demi keselamatan orang ramai. Akhir sekali, jangan lupa untuk like page Glamornyo ya !

Sumber perkongsian:

1) https://www.facebook.com/BrotherhoodShahAlamOfficial/
2) https://says.com/my/fun/klang-man-puts-tombstone-in-massive-pothole-forcing-authorities-to-fix-it-asap?fbclid=IwAR102Og7E4BAIh6IE_IJi3AJbD6cOKZBSu89UQZh_bAaNlkl_WVVtrROEng

Leave a Comment on VIRAL!!! LETAK BATU NISAN DI TENGAH JALAN, SUPAYA JALAN ROSAK DI PERBAIKI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *