Malaysia akan menghadapi lagi komplikasi politik setelah  kenyataan Anwar Ibrahim bekas TPM mengumumkan bahawa dia mempunyai bukti bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan untuk menjadi Perdana Menteri. Lagi sekali, kita digemparkan dengan isu politik yang tak akan habis drama di negara Malaysia.

Sumber : Astro Awani

Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan Muhyiddin akan jatuh disebabkan beliau mempunyai 2/3 sokongan dari ahli parlimen. Anwar merupakan ketua PKR, telah membuat satu sidang media bahawa dia mempunyai bukti yang kukuh dan akan mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebaik saja baginda keluar dari Institut Jantung Negara(IJN).Baginda di masukkan ke IJN disebabkan kurang selesa dengan kesihatan baginda. Oleh itu, rakyat juga di minta untuk mendoakn agar kesihatan baginda cepat beransur pulih.

Sumber: Astro Awani

Sememangnya berita berkenaan perebutan politik ini sangatlah mengemparkan negara kerana masalah yang melanda negara masih belum reda sebagai contoh bilangan pesakit Covid-19 yang makin bertambah.

Namun Menteri Sains  Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah menyatakan bahawa tiada perubahan yang berlaku melalui Twitter beliau:

Sumber: @Khairykj, Twitter

Miss pun tak tahu la, satu per satu isu timbul di negara kita. Setiap masa ada je isu penting muncul di media sosial. Masalah Covid pun belum reda, pilihan raya di Sabah pun belum settle dan sekarang  isu perebutan  kuasa Perdana Menteri. Apa-apa pun marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan negara sama ada dari luar atau dalam kerana pelbagai lagi isu yang perlu kita utamakan. Buatlah terbaik untuk negara kita dan seharusnya kita berusaha bersama-sama membantu negara dan bukannya bermusuh sesama.

Leave a Comment on KJ NAFI DAKWAAN ANWAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *