Bercakap mengenai Ubah suai rumah mesti kita terfikirkan kosnya yang mahal kan.

>
Oh Yeah Money GIF by QuickBooks - Find & Share on GIPHY

Jom cuba ubah suai rumah pada harga bajet. Dengar macam tak percaya je.

Sebenarnya tanggapan anda salah sama sekali.

Jom Lihat bagaimana wanita di FB ini telah berjaya mengubah suai terataknya daripada ”biasa” kepada ”Luarbiasa” dengan modal RM2,000 sahaja.

Sumber:  Mcyah Joanjett/Facebook

Bunyi macam tak percaya je. Mana Mungkin boleh. Mana taknya, kos barang peralatan rumah untuk ubah suai pasti akan menelan kos yang tinggi. Senang cakap, kalau ada duit baru jadi. Tak ada duit, tak payahlah berangan.

Jom Lihat bagaimana wanita ini lakukan. Beliau yang dikenali sebagai Mcyahh Joanjett telah berkongsi serba sedikit tentang cara beliau mengubah suai kediamannya kepada konsep mewah klasik dengan kreativiti serta bajet yang minimum.

Mana tahu boleh dijadikan inspirasi untuk anda yang dah pasang niat untuk ubah suai rumah, kan?

Ini adalah gambar sebelum diberi sentuhan Magic.

Ruang TV sebelum.

Ruang makan sebelum.

Taraaaa! Fuuhh, memang terus berubah habis selepas diubah suai! 🙂

Bahagian pintu luar selepas.

Barangan rumah serba putih berseri. Nampak lebih kemas.

Menurutnya, beliau memilih untuk membeli barangan rumah dengan kos yang minimum.

Untuk palang letak bunga, hanya RM25 yang dibeli dari IKEA manakala rak kasut pula hanya RM150 juga dari IKEA.

Harga itu adalah termasuk cas upah. Kalau beli sendiri lagi murah tetapi personal shopper akan ambil cas sekitar RM5 sehingga RM30 setiap barang.

Lihat bagaimana wanita ini menaikkan lagi ‘seri rumah’ dengan barangan yang serba putih!

Ruang tamu selepas diubah suai. Cantiknya!

Karpet RM95 (ala ikea), lantai tikar getah biasa yang berharga RM230 segulung untuk sebuah rumah.

Cermin RM68 untuk 10 biji dari IKEA.

Cermin itu ditampal sendiri dengan menggunakan double tape sahaja.

Barangan yang digunakan semuanya dibeli pada harga murah kemudian dihias dengan kreativiti sendiri.

Sofa bed yang boleh digunakan untuk tidur atau chill sambil tengok TV.

Sofa bed hitam yang dibeli adalah daripada perabot terpakai. Harga pula hanya RM150. Bantal kerus RM12 setiap satu dan meja putih RM89 dibeli dari IKEA.

Bunga yang simple dijadikan hiasan.

Semua barangan yang digunakan adalah dari IKEA. Boleh rujuk harga di bawah:

  • Bunga RM9.90
  • Pasu RM7
  • Palang putih RM25

Ruangan yang sama tampak lebih luas dan selesa untuk tetamu yang hadir. Macam ini barulah best untuk buat family-gathering !

Ruangan makan yang lebih selesa.

Tidak lupa juga, ruangan makan dengan dekorasi
yang begitu simple dan rapi. Senang nak kemas!

Semua barangan dari IKEA. Bermula dari meja makan yang berharga RM189, kerusi
makan RM40 dan pelapik atas meja RM8 dari MR.DIY. Murah bukan?

Wallpaper yang digunakan memberi mood rustikdan klasik, sekelip mata menjadi sedap untuk
dipandang

Wallpaper empat roll dengan harga RM100 tapi untuk ruang TV ini hanya guna dua roll sahaja. Bermakna dia hanya menggunakan RM50 untuk ruangan TV ini. Ala-ala IKEA gitu!
Oh ya, harga palang letak Coke RM25 dan palang letak Astro decoder RM60 dari IKEA.

Lampu Spotlight itu hanya berharga RM35 boleh didapati di IKEA.

Tempat mendobi yang dahulunya memang serabut dan tidak tersusun dengan rapi, kini nampak lebih kemas dan teratur

Kecil tapi tersusun.

Menurutnya, tempat mendobi ini adalah salah satu perkara yang sukar untuk diubah suai. Namun, idea yang tercetus mendatangkan hasil yang begitu kreatif!

Harga bakul putih yang digunakan hanya RM15 dari IKEA serta rak besi putih RM100. Barangan ini adalah yang terpakai.

Memang puas hati bila tengok hasil hiasan rumah ini! Dengan hanya menggunakan RM2,000, wanita ini berjaya memberi rumahnya nafas baru. 🙂

Lampu ikea di luar rumah.

Studio Lights.

Kesemua sumber diatas dipetik dari facebook Mcyah Joanjett/Facebook

Leave a Comment on Ubah Suai Satu Rumah dengan budget rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *