(Sumber: palu.tribunews.com)
Minuman detox telah menjadi popular sejak beberapa tahun lepas, terutamanya dalam kalangan mereka yang mahu menurunkan berat badan. Sehinggakan air detox ini menjadi satu cabang perniagaan kerana permintaannya yang sangat tinggi.
Air detox adalah air putih yang dicampurkan dengan hirisan buah-buahan dan dibiarkan selama beberapa jam atau semalaman. Ideologinya adalah supaya perasa dan nutrisi buah-buahan itu akan diserap ke dalam air. Penyediaanya yang mudah membuatkan air detox masih menjadi trend sehingga ke hari ini.
(Sumber: pesonapengantin.my)
Namun begitu, dakwaan mengenai air detox mampu menurunkan berat badan adalah tidak benar. Menurut pakar dietitian dan saintis pemakanan dari Washington, Dr Joy Dobust, sehingga kini masih lagi tiada kajian saintifik yang sahih untuk membuktikan keberkesanan detox dalam menurunkan berat badan.
Dr Joy Dobust
(Sumber: twitter.com)
Menurut beliau lagi, detox sememangnya mempunyai kalori yang sangat rendah tetapi ianya tidak mempunyai nutrisi yang mencukupi untuk badan seperti nutrisi dari buah-buahan, sayur-sayuran, whole grain dan juga protein. Badan masih memerlukan kalori dalam menghasilkan tenaga untuk aktiviti seharian. Jika kalori tidak mencukupi, anda akan mula merasa symptom-simptom kekurang gula dalam badan seperti pening kepala dan terlalu letih. Oleh yang demikian, Dr Joy Dubost mensarankan bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, Intermittent Fasting adalah pilihan yang tepat. Anda boleh rujuk artikel mengenai Intermittent Fasting di Glamornyo.com.
(Sumber: merdeka.com)
Isu ini juga diulas oleh seorang doktor selebriti di Malaysia serta pengasas MedTweet.My, Dr Khairul Hafidz, yang turut menolak kenyataan bahawa detox mampu menurunkan berat badan. Menurut beliau, detox lebih banyak membantu dalam melancarkan pembuangan air
kecil dan air besar, dalam erti kata lain adalah pembuangan air yang berlebihan di dalam badan dan pengamal diet perlu tahu bahawa badan terdiri daripada otot, tulang, lemak dan air. Apabila air yang berlebihan dibuang, berat badan pasti akan turun tetapi tidak bermakna anda boleh kurus kerana proses menurunkan berat badan adalah dengan memecahkan lemak.
Dr Khairul Hafidz
(Sumber: twitter.com)
(Sumber: zmescience.com)
Ujar beliau lagi, target sebenar untuk menurunkan berat badan adalah dengan mensasarkan kepada “inch loss” dan bukan hanya “weight loss”. Pengambilan air detox sahaja tidak akan pernah menurunkan berat badan tetapi menjaga pemakanan dan bersenam adalah kunci utama. Kesimpulannya, detox masih kurang kelulusan saintifik untuk keselamatan dan keberkesanannya. Oleh yang demikian, dapatkan tidur yang mencukupi, senaman dan diet seimbang dalam membantu menurunkan berat badan seterusnya dapat mencegah pelbagai
penyakit. Tiada jalan pintas untuk kelihatan langsing, semuanya memerlukan usaha yang berterusan.