Bila lihat poster diatas, sudah pasti anda sudah serasi dengan poster ini
yang telah menghiasi kebanyakan billboard sepanjang jalan raya di dalam
Malaysia. Bangga rasanya bila tengok kejayaan pasangan usahawan
Melayu ini. Namun, ada kisah disebalik kejayaan usahawan baju kurung
ini, yang sangat menarik untuk kita tahu supaya dapat dijadikan sebagai
pemangkin semangat.
“Kesukaran hidup sebelum ini sehingga tidak mampu membeli susu anak
telah menjadi Big Why kenapa kami ingin berubah. Selepas menyertai
Program Mentorship Datuk Wira Dr. Azizan, kehidupan kami mula berubah
daripada sebuah mesin jahit kepada mempunyai warehourse sendiri bagi
memenuhi permintaan pelanggan. Kejayaan Sabella ini diperoleh daripada
hasil didikan dan bimbingan MenThor yang tanpa henti ingin membantu
dan mengubah hidup ramai masyarakat di luar sana.”
Bagi pengasas Sabella, Tuan Mohd Sufian Sulaiman dan isteri beliau Puan
Siti Fatimah Abd Samad, mereka sendiri tidak sangka yang mereka dapat
mengecapi segala yang mereka tidak pernah impikan. Mereka amat
bersyukur kerana telah membuat tindakan.
Perjalanan mereka bermula dari hanya sebuah mesin jahit dan beroperasi
dari rumah sahaja, dengan berkat kesabaran dan kerajinan kini mereka
mampu menarik nafas lega dengan pembukaan kilang seluas 30,000 kaki
persegi tanpa pinjaman bank!
Apa yang mereka capai pada hari ini adalah berkat daripada niat murni
yang mereka telah tanam di dalam diri iaitu untuk membantu orang yang
mengalami kesusahan hidup.
Pembukaan kilang Sabella pada awal Januari 2020 merupakan satu batu
loncatan untuk mereka semua lebih berusaha untuk berniaga. Dengan
berkembangnya syarikat, mereka mampu untuk membantu ramai orang diluar sana untuk jana pendapatan dengan menjadi dropship dan ejen.
Di samping itu, mereka juga mampu menggaji kakitangan yang sangat
berkualiti untuk memacu potensi syarikat dengan baik. Disini kita dapat
lihat bagaimana Sabella mampu mengenalpasti potensi individu-individu
tertentu lantas mengurangkan kadar pengangguran.
Dengan adanya sistem dan bimbingan yang hebat, mereka mampu
meningkatkan jualan dari RM1 juta setahun kepada RM24 juta pada tahuN 2019.Pada tahun 2020, jualan mereka meroket sehingga hampir mencapai
RM120 juta!
Sumber : Richworks
Siapa kata bisnes takkan laku diwaktu Covid-19? Sabella telah
menyangkal kenyataan itu. Ini merupakan satu pencapaian yang amat
membanggakan.
Tidak terkira berapa ramai orang sudah mereka bantu hasil daripada
perniagaan yang dijalankan. Mereka tidak terkeluar dari landasan untuk
lebih memberikan manfaat buat pengguna, ejen, stokis dan kakitangan
mereka.
Ini semua tidak mustahil untuk berlaku dengan langkah serta bimbingan
yang telah mereka lakukan dan terima.
Siapa sahaja yang menyelusuri kisah perjalanan usahawan-usahawan
hebat ini pasti akan kagum. Mana tidaknya, pelbagai cabaran yang
terpaksa mereka lalui dahulu telah membentuk diri mereka sebagai
individu yang berjaya.
Mereka wajar digelar unsung hero. Dengan tercetusnya perniagaan
tersebut, mereka dapat memberikan banyak peluang pekerjaan kepada
individu yang layak di luar sana. Di samping itu, mereka juga membantu
banyak suri rumah dan orang ramai untuk menaiktaraf kehidupan dengan
lebih baik.
Walaupun mereka telah menghasilkan jualan yang banyak, mereka masih
tidak melupakan asal usul dan menjalankan tanggungjawab sebagai
usahawan kepada masyarakat negara. Itu ciri-ciri seorang usahawan yang
berguna.
Biarpun mereka semua telah menjadi usahawan yang berjaya, usaha
mereka tidak hanya terhenti disitu. Mereka masih giat dan sentiasa
menghasilkan idea baru bagi memastikan perniagaan mereka kekal
relevan dan bertahta di hati pengguna. Syabas diucapkan! Semoga
mereka akan mengecapi lebih banyak impian demi memberi manfaat
kepada kita semua.
Miss GlamorNyo berharap dengan perkongsian usahawan baju kurung
yang berjaya mengubah hidup mereka ini dapat memberi inspirasi buat
anda untuk terus berniaga. Tiada apa yang tidak boleh dicapai jika anda
melakukan tindakan yang betul. Anda juga boleh jadi seperti mereka.
Jangan putus asa, buat sampai jadi. Tidak mustahil anda pula usahawan
berjaya yang seterusnya.