Dance Dancing GIF - Find & Share on GIPHY

Di alam perkahwinan pasti yang paling dinantikan oleh pasangan adalah semestinya anak. Itulah saat-saat yang paling bahagia, tetapi anda harus ingat jika anda tidak merancang kewangan anda ia boleh membuatkan ia adalah saat yang paling sukar untuk anda dan juga pasangan anda. Jika anda dan pasangan anda sedang merancang untuk mempunyai cahaya mata ataupun ingin membesarkan keluarga, ada beberapa perkara yang perlu anda fikirkan untuk menilai sama ada anda bersedia dari segi kewangan untuk membesarkan anak.    

DI WAKTU KELAHIRAN

Perkara ini selalu diambil ringan oleh bakal ibu bapa, namun implikasi kewangan dalam membesarkan anak bermula lebih awal dari kelahirannya. Pada peringkat pranatal, anda perlu mengambil kira kos untuk pemeriksaan dan ujian kesihatan dan juga kos untuk makanan tambahan (supplements).

Sama ada anda melahirkan anak secara normal atau pembedahan, terdapat kos yang perlu ditanggung dengan kelahiran itu termasuk juga penjagaan selepas kelahiran untuk ibu dan anak. Kos-kos ini bergantung sama ada anda memilih untuk bersalin di hospital kerajaan atau swasta. Mengupah seorang bidan untuk menjaga si ibu sewaktu tempoh pantang juga akan menaikkan kos. Perbelanjaan untuk penjagaan semasa berpantang berada dalam lingkungan sekurang-kurangnya RM5,000. Yang mana masih ada kedua orang tua mungkin boleh lah untuk mintak tolong tetapi jika yang sudah tiada. Ha kan semua itu costing.

Kos ini berbeza di antara bandar-bandar, hospital-hospital, jenis-jenis kelahiran dan juga hospital awam atau swasta, namun anda boleh lihat secara puratanya kos-kos yang diperlukan:

PerkaraHospital KerajaanHospital Swasta
Pemeriksaan Kesihatan Sebelum KelahiranRM 0RM 200 setiap temu janji
Kelahiran NormalRM 60 – 2,000RM 3,000 – 6,500
Kelahiran Secara PembedahanRM 100 – 800RM 11,600 – 14,300
Bidan semasa berpantangRM 5,000RM 5,000

Sumber: Hospital-hospital di Malaysia

TAHUN-TAHUN PERTAMA SI KECIL

Sumber: bumbumcak.my

Semasa anak anda membesar, perbelajaan untuk makanan, pakaian dan lain-lain tentunya akan meningkat dengan umur.Menurut satu kajian daripada kumpulan ibu bapa Babycenter, lebih 80% ibu bapa Malaysia bergantung kepada pihak ketiga untuk penjagaan kanak-kanak. Ini dipecahkan kepada 41% yang bergantung kepada ibu dan bapa masing-masing atau saudara mara, manakala 40% pula bergantung kepada perkhidmatan pengasuh anak. 

Jika anda memilih pengasuh, kos perkhidmatan ini dijangka mencapai RM12,000 setahun. Jika anda memilih untuk mengupah pembantu rumah yang tinggal bersama, kos ini mungkin mencapai RM22,400 untuk tahun pertama dan tidak termasuk kos tempat tinggal dan makanan. Di samping itu, kos menggunakan khidmat agensi pembantu rumah adalah di antara RM8,000 dan RM18,000.  

KEPERLUAN HARIAN

Apabila anak anda membesar, anda perlu membeli barangan keperluan seharian dan juga pembelian besar seperti kerusi bayi dalam kereta dan kereta sorong bayi. Barangan keperluan seharian seperti baju, lampin dan susu boleh mencapai RM3,000 sebulan.

PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Bila si kecil memulakan persekolahannya, kos pendidikan akan menjadi kos terbesar anda. Ini akan meningkat apabila anak itu memasuki sekolah menengah. Anda juga harus mempertimbangkan perkara lain seperti pakaian seragam sekolah, buku teks, lawatan sekolah dan yuran tuisyen atau mana-mana kelas tambahan selepas waktu bersekolah.

PENDIDIKAN AWAM ATAU SWASTA?

sumber : GPS Bestari

Sekolah kerajaan di Malaysia adalah percuma namun anda perlu membayar kos pakaian seragam sekolah, buku-buku latihan dan pelbagai perbelanjaan seharian. Baju seragam termasuk pakaian sukan boleh meningkatkan bajet tahunan anda sebanyak RM200.

Buku teks pula adalah percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks kelolaan Kementerian Pendidikan. Selain daripada pakaian seragam, terdapat juga yuran-yuran untuk kelab dan aktiviti persatuan selepas sekolah dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kesemua ini boleh mencapai RM50 setahun. Peralatan tulis dan buku latihan pula mungkin mencapai RM110 setahun.

Sementara itu, sekolah swasta dan antarabangsa pula akan memasukkan yuran pendaftaran dan tahunan, tuisyen bulanan, yuran PIBG, dan yuran peperiksaan dalam satu bayaran yang menghampiri angka RM100,000. Sekolah-sekolah antarabangsa yang tidak sebegitu mahal akan mengecaj di antara RM20,000 dan RM30,000.

Sekolah menengah juga hampir sama. Persekolahan adalah percuma jika ia sekolah kerajaan cuma anda perlu membayar kos pakaian seragam sekolah dan lawatan sekolah. Kos ini akan meningkat kepada RM6,000 setahun jika anak anda bersekolah di sekolah swasta. Pakaian seragam di sekolah swasta pula bernilai dalam RM210 termasuk dengan kit sekolah dan kurikulum tambahan.

PENDIDIKAN UNIVERSITI

Sumber : Makkal Osai

Perbelanjaan pendidikan akan meningkat dengan mendadak bergantung kepada tempat yang anda mahukan untuk anak anda melanjutkan pelajaran.

Kos universiti luar negara masih terus meningkat untuk pelajar asing. Ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak mereka ke Britain, Amerika Syarikat atau Australia perlu membayar lebih kurang RM145,000 setahun, bergantung kepada jenis kursus, tempoh pembelajaran, kos kehidupan, turun naik matawang asing dan perkara-perkara lain.

Jika anda mahukan anak anda belajar di institusi tempatan, kosnya dalam lingkungan RM400,000. Kos ini juga tinggi dan inilah sebabnya penting bagi anda menyimpan untuk masa depan si kecil dengan pelan simpanan dan pelaburan A-EduAchieve,atau SSPN yang ditawarkan di Malaysia.

Di sini Miss GlamorNyo membuat kesimpulan bahawa senarai kos-kos umum untuk membesarkan seorang anak di Malaysia, termasuk kos bersalin, persekolahan dan yuran universiti adalah perkara yang mustahak. Jika ditambahkan kesemuanya, kos-kos tersebut berjumlah di antara RM400,000 dan RM1.1 juta, bergantung kepada harapan dan aspirasi anda untuk si kecil.Nampak mcm tak masuk dek akal kan? Ia hanya total untuk keseluruhannya sekali. Jangan lah terus gelabah dan risau.

Leave a Comment on ANDA BERSEDIA UNTUK MENJADI IBU BAPA INI KOS UNTUK MEMBESARKAN ANAK YANG PERLU ANDA TAHU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *