Hi guys, Miss GlamorNyo nak kongsikan sedikit tentang Bandar Puncak Alam, salah satu bandar “Township” terbaik di Malaysia. Tahukah anda selain dari bandar Shah Alam, terdapat satu bandar terancang “Township” yang serba lengkap iaitu Shah Alam 2 (SA2) dari IJM LAND.Tak percaya? Jom kita lihat apa yang membuatkan SA2 menjadi buah mulut kepada pelabur hartanah dan pembeli rumah yang inginkan konsep kediaman dalam bandar dengan kemudahan serba lengkap.

SA2 berada di kawasan strategik di Bandar Puncak Alam yang sedang berkembang pesat. Dengan keluasan tanah yang merangkumi 1,163 ekar, ia memberi tumpuan kepada komuniti lestari dan Township serba lengkap yang terdiri daripada gabungan projek kediaman dan komersial. Dilancarkan pada tahun 2001, Bandar SA2 hari ini menjadi rumah bagi 25,000 penduduk. Township ini dianggap sebagai pelaburan yang terbaik untuk penduduk dan pemilik kerana kemudahan dan gaya hidup yang kondusif. Berpegang kepada tagline “Go Out On Weekdays, Stay In On Weekends” iaitu keluar bekerja di hari biasa dan berehat di rumah pada hujung minggu.

Kerajaan Negeri Selangor telah mengiktirafkan Bandar Puncak Alam sebagai pusat pertumbuhan baru yang diisyitiharkan sebagai “Bandar Pendidikan”. Antaranya adalah Kampus UiTM Puncak Alam yang mempunyai keluasan 1,000 ekar yang terletak kira-kira 5km dari SA2.

PECAHAN BANDAR TERANCANG DI SA2

51% pembangunan dikhaskan untuk pelbagai jenis unit kediaman yang terdiri daripada lot banglo, rumah banglo, rumah berkembar, rumah kluster, rumah teres dan pangsapuri.

3% pembangunan ditetapkan untuk pembangunan komersial.

46% dari keseluruhan pembangunan diperuntukkan untuk pembangunan institusi, kemudahan dan infrastruktur.

Pelbagai kemudahan telah dirancang seperti sekolah, pusat perubatan, kedai dan pusat komersial untuk mengekalkan semua ciri perbandaran tradisional yang teratur.

LOKASI STRATEGIK

Township ini lengkap dengan pelbagai kemudahan yang mudah diakses. Dengan rangkaian lebuhraya utama yang saling berhubungan diantara satu sama lain. SA2 dibangunkan di lokasi strategik yang menghubungkan jalan negeri dengan lebuhraya seperti:

  1. Persiaran Mokhtar Dahari
  2. Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  3. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  4. Lebuhraya Persekutuan
  5. Lebuhraya Koridor Guthrie
  6. Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR)
  7. Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH)
  8. Lebuhraya Pantai Barat  (WCE)

KEMUDAHAN MUDAH AKSES

Terdapat pelbagai kemudahan yang mudah akses di SA2 antaranya ialah sekolah, pusat perubatan, kedai dan pusat komersial. SA2 adalah sebuah Township yang dirancang dengan baik dan mempunyai kemudahan seperti Masjid Puncak Alam, Kampus UiTM Puncak Alam, Hospital UiTM, Tesco, KIP Mall, Jaya Grocer, UOB, OCBC, Bank Muamalat, McDonald’s dan Econsave. Faktor utama yang sangat menarik minat pembeli dan pelabur hartanah adalah kemudahan pendidikan iaitu kampus UiTM Puncak Alam, institusi pengajian tinggi yang terkemuka.

Anda boleh beristirahat dari kesibukan di ibu kota dan pulang ke rumah untuk menikmati ketenangan dan kehijauan alam flora serta udara yang segar yang boleh meningkatkan kesihatan anda.Township SA2 mempunyai persekitaran selamat dan santai dalam komuniti kejiranan yang harmoni. Luangkan masa berkualiti dengan orang tersayang dan nikmati saat-saat berharga di rumah anda sendiri.Township SA2 yang berkembang pesat ini terdiri dari unit kediaman yang dirancang untuk memenuhi keperluan anda bersama dengan pembangunan institusi, infrastruktur, kemudahan dan pusat komersial untuk meningkatkan ekonomi tempatan. SA2 memberi peluang untuk anda memiliki rumah yang berdekatan dengan bandar-bandar utama di Lembah Klang dengan harga yang murah bermula dari RM310,000.*

Pakej menarik menanti anda, tunggu apa lagi. Jom ke galeri jualan kami di SA2 untuk mengunjungi rumah contoh, Duta Perintis. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di 03-3393 3103.

Leave a Comment on Shah Alam 2 Bandar serba lengkap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *