Kalau korang tanya Miss GlamorNyo pun jawapannya sama jugak. hihi..Setiap kali bulan Ramadan, benda paling excited waktu berpuasa adalah menu berbuka puasa. Ya lah, dah satu hari tahan lapar dan dahaga, mesti sibuk fikir pasal menu makanan pastu tercari-carilah tempat menarik, sedap dan paling penting murah, kan?
Kalau korang nak enjoy buffet Ramadan tapi masih dalam bajet, ni admin list kan 10 tempat yang semuanya bawah harga RM60 je! Semua tempat yang miss senaraikan kat area KL je tau.
1. Ahh-Yum by Kampong Kravers
Kalau korang nak merasa juadah tempatan dan antarabangsa tapi harga still cun, Ahh-Yum by Kampong Kravers ni lah jawapannya! Dengan lebih 70 hidangan, korang cakap je nak makan apa, masakan melayu, barat, semua ada – siape tak terliur.
Untuk orang dewasa, harga buffet mula pada harga RM59.90 (harga promo sampai 14 April!) – harga asal adalah RM65. Untuk kanak-kanak umur 5 – 12 tahun, harga pakej diorang adalah RM39.90 dan free untuk bawah 5 tahun. Korang boleh terus booking secara online kat website diorang.
2. Hotel UiTM Shah Alam, Shah Alam
Kalau tekak tu nak try pulak berbuka dengan makanan dari budaya-budaya lain, korang wajib try buffet Hotel UITM Shah Alam. Hanya dengan harga RM59 (harga promosi before 12 April) bagi dewasa, gerenti korang takkan menyesal.
Terletak di Shah Alam, buffet Ramadan ni turut kasi bayaran FREE untuk sorang kalau tempah untuk 10 orang. Selesa pun ya sebab tempat ni sediakan wifi, parking percuma dan surau untuk senangkan pelanggan diorang (baca korang!).
3. Aneka Citarasa Kelab Rahman Putra Malaysia (KRPM), Sungai Buloh
Tahun ni, Kelab Rahman Putra Malaysia menawarkan promosi berbuka puasa dengan pilihan menu aneka citarasa dengan harga serendah RM37 bagi orang dewasa. Memang murah habis.
Promosi buffet Ramadan ni akan bermula dari 15 April sampai 11 Mei je. Ha, apa yang korang tunggu lagi, try lah buffet ni cepat.
4. TH Hotel, Kelana Jaya
Bagi yang duduk dekat dengan Kelana Jaya, boleh cuba buffet Ramadan di TH Hotel ni. Dengan harga RM59.90 (harga promosi sampai 12 April dan 6 hari terakhir Ramadan) untuk orang dewasa, korang dapat jamu pelbagai hidangan macam Nasi Arab, Kambing Bakar, Shawarma Ayam dan banyak lagi.
Untuk yang nak buat tempahan untuk 10 ke atas pulak, korang boleh dapat percuma untuk seorang. Sesuai sangat untuk yang berkeluarga besar. Satu lagi, untuk peminat buah kurma, boleh makan sampai lebam sebab percuma.
5. D’Kayangan Steamboat BBQ Buffet, Shah Alam
In case korang nak rasa berbuka steamboat & grill, why not pergi ke D’Kayangan Steamboat Shah Alam? Harga memang murah – semua bawah RM30!
Cuma, better korang buat booking dulu sebelum main terjah je. Musim COVID-19 kan, mana boleh sesak-sesak kat restoran. Kengkadang, siap ada persembahan lagi kat restoran ni. Boleh lah sambil-sambil makan tu, syok dengar lagu.
6. Noranom Catering @ Serambi D’corner, Puchong
Dengan lebih 50 menu makanan, korang boleh enjoy buffet Ramadhan dari Noranom Catering dari 17 April sampailah 10 Mei 2021. Harga pun murah, RM43 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak untuk 200 terawal je.
Harga biasa, camne? Sama jugak murah. RM49 untuk dewasa dan RM33 untuk kanak-kanak. Okay lah tu – takde lah lain sangat beza harga dia tu.
7. Goat 2 Go, MAEPS Serdang
Kalau korang minat makan kambing, boleh pergi ke Goat 2 Go untuk makan puas-puas. In case korang book awal, dapat lah harga murah RM54.90 untuk dewasa dan RM34.90 untuk kanak-kanak – harga biasa pulak RM59.90 (dewasa) dan RM39.90 (kanak-kanak).
Untuk yang berkeluarga lagi syok sebab kat sini ada Animal Garden, dapat lah tengok haiwan-haiwan cam kambing, rusa dan arnab. Korang hanya perlu tambah bayar RM10 untuk dewasa dan RM8 kanak-kanak.
8. The Saddle Coffee House, Bukit Kiara
Dari 16 April sampai 10 Mei 2021, korang pun boleh ber-buffet Rasa Sajian 2021 kat The Saddle Coffee House. Dapat lah rasa hipster-hipster sikit berbuka kat coffee house gittuw. Harga pun murah – RM58 sorang, boleh makan hingga lebam sampai pukul 10 malam.
9. Laman Kayangan, Shah Alam
Nak berbuka kat tempat ala-ala Korea? Laman Kayangan kat Shah Alam mungkin sesuai untuk korang. Dia punya setting ngan suasana memang ala-ala luar negara sikit. Menu makanan pun banyak gak.
Untuk promosi awal, harga buffet Ramadan kat sini adalah RM59 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak. Harga biasa pulak adalah RM69 (dewasa) dan RM39 (kanak-kanak). Naik sikit je lah dari RM60 tu!
10. Sedap Place, Shah Alam
Kalau kat tempat ni, bukan setakat menu kampung, persembahan tradisional pun dapat. Kambing golek pun ada hari-hari. Kalau korang book awal dari 29 Mac sampai 13 April 2021, dapat lah harga murah RM36. Harga biasa dia pun RM49.90 untuk dewasa dan RM36 untuk kanak-kanak dan warga emas. Okay lah, kan?
11. Fatin’s Kitchen, Setapak
Kalau korang nak rasa masakan Chef Hassan, boleh pergi ke Fatin’s Kitchen kat Setapak. Korang siap boleh rasa lebih daripada 150 jenis hidangan. Berminat, boleh terus book!
Berkaitan harga pulak, boleh dapat RM45 kalau korang antara 1,000 orang yang terawal. Kalau terlepas, harga biasa dia adalah RM59 (normal), RM25 (OKU & kanak-kanak) dan RM45 untuk warga emas. Kalau korang datang lebih dari 20 orang, harga akan turun kepada RM45 sorang.
Ada tak lagi tempat buffet Ramadan yang tak mencekik darah?
Menikmati makanan yang menyelerakan tak semestinya perlukan perbelanjaan yang banyak. Apa yang penting korang kena bijak dalam berbelanja dan menguruskan duit. Haa… jangan lupa sentiasa pakai face mask, hand sanitizer dan jaga penjarakan sosial, ok!
Korang share lah artikel ni dengan kawan-kawan atau sedara-mara. Kalau ada mana-mana tempat yang ada offer, share lah dengan kami di ruangan komen Facebook.
Selamat berbuka!