Miss G bila melihat orang lain beli rumah, Terus rasa Miss G juga perlu memiliki sebuah rumah sekarang. Begitu juga anda kan? pasti diri sendiri ada impian untuk memilki rumah sendiri. Bukan apa, jika sekarang anda rasa rumah semakin mahal,percayalah kata Miss G yang ditahun mendatang ia akan lagi mahal dan mungkin kita dah tak mampu beli rumah lagi. Namun, apa yang menjadi penghalang adalah apabila gaji kita masih kecil.Tapi jangan cepat berputus asa. Mari ikuti perkongsian Miss Glamornyo yang bermanfaat ini.
Tak kenal, maka tak cinta? Betul tak?
Dulu, sebelum Miss G ada ilmu tentang hartanah ni, mulanya Miss G fikir orang beli rumah banyak-banyak ni tamak lah. Tak kesian kat orang ke? Dasar kapitalis.Biarlah banyak orang Melayu yang jadi pemilik rumah. Senang nak kawtim kalau nak jual rumah nanti.Lama-lama MIss G mula faham. Kenapa mereka mampu beli rumah banyak walaupun bergaji kecil.
Kekangan utama nak beli rumah sebab nak bagi bank lulus permohonan kita je. Yang lain senang dah. Bank is King.Rumah kecil, buruk, sempit, busuk memang tak digemari oleh golongan muda. Tak ada class katanya. Buka saja laman web Mudah.my.Berlambak rumah apartmen yang masih belum dibeli. Ada sesetengah orang malu nak beli rumah kecil dan sempit ni.
Jom baca panduan yang MIss G tulis berikut untuk membeli rumah walaupun bergaji kecil.
#1 : Buat analisa kewangan diri sendiri
Sumber : pxfuel
Analisa kewangan diri termasuklah pengiraan DSR, NDI, dan hutang dengan bank untuk tahu kelayakan harga rumah yang boleh dibeli dengan gaji korang.
Boleh pergi tanya kelayakan dengan bank berdekatan korang. Jangan lupa bawa slip gaji sekali.
#2 : Buktikan pada bank yang anda mampu
Korang kena buktikan kepada pihak bank yang korang mampu bayar ansuran bulanan.
Macam mana nak buktikan?
Kena ada hitam putih. Korang cakap korang ada simpanan RM20,000 pun, bank tak percaya kalau cakap kosong. Jadi, kepilkan segala sokongan pendapatan korang tu seperti simpanan di Tabung Haji ataupun ASB
#3 : Jaga DSR baik-baik
Nisbah Hutang Kepada Pendapatan (DSR). Yang ni, penting untuk korang jaga.
Korang kena pastikan bawah 60% kalau bergaji bawah RM3,000. Kalau korang dah ada hutang kereta, hutang peribadi, korang kena tambahkan pendapatan dulu.
#4 : Settle-kan PTPTN. Jangan ambil mudah
Baiki CCRIS. Jika CCRIS PTPTN korang barai, baiki dulu.
Bawa bincang dengan pegawai PTPTN tu. Bayar tunggakan guna KWSP.Ingat kalau hutang PTPTN pun korang tak mampu bayar, macam mana bank boleh yakin korang mampu bayar ansuran bulanan rumah nanti?
#5 : “Ada ke rumah monthly kurang RM1,000 sebulan?”
Cari hartanah yang ansuran bulanannya tak melebihi RM1,000 sebulan. Gunakan formula kiraan kasar ni :
“ANSURAN BULANAN X 200 = ANGGARAN HARGA RUMAH”
Ini contoh cara kiraan :
RM1,000 X 200 =
RM200,000
Jadi, kalau korang mampu simpan RM1,000 sebulan, baru la korang boleh beli rumah berharga RM200,000.
#6 : Cara bayar ansuran bulanan rumah tanpa guna duit sendiri
Carilah hartanah yang dapat memberi aliran tunai positif. Yang mampu cover ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada bank.
Korang kena kaji potensi rumah yang korang nak beli terlebih dahulu.
#7 : Kaji permintaan sewaan
Carilah lokasi yang mempunyai permintaan yang tinggi seperti kawasan yang mempunyai kawasan IPTA/IPTS, pusat membeli belah, kawasan kilang, kawasan hospital, pengangkutan awam dan sebagainya.
#8 : Perjanjian sewa – ‘Alat’ mudahkan bank lulus loan rumah?
Sediakan perjanjian sewaan yang lengkap dan dimatikan setem di LHDN. Sewakan setiap bilik lagi untung. Sediakan perabot asas seperti mesin basuh, dapur, peti sejuk, katil dan sebagainya.
Biarkan ada transaksi duit masuk dalam bank korang setiap bulan selama 6 bulan sebelum memburu rumah ke-2 dan seterusnya.
Kebanyakan bank akan anggap perjanjian sewaan tu sebagai pendapatan. Ada bank kira 80%. Ada bank kira 70%.
#9 : Upgrade diri sendiri dulu
Asasnya, carilah ilmu. Orang nak suruh korang pergi seminar atau beli buku, korang malas nak layan. Sampai bila korang nak duduk di takuk yang sama?Jangan ikut orang. Ikut kemampuan kewangan dan minat korang.
Tak semua orang minat melabur dalam hartanah ni. Korang boleh melabur di ASB, Tabung Haji, AHB, ataupun unit amanah (unit trust) yang diyakini. Kalau simpanan biasa, lambat duit korang nak membiak.Semua ini perlu ilmu, strategi, dan pengorbanan
Dah faham serba sedikit?
Sebab tu ada orang yang bergaji bawah RM3,000 boleh beli banyak rumah guna perjanjian sewaan ini. Korang kena ada banyak ilmu, pengorbanan dan strategi.Rumah tepi KLCC, rumah 2 tingkat, rumah baru siap, rumah ada kolam renang memang mahal harganya. Cuba beli rumah subsale dan lelong.Jangan terus berangan-angan. Bangun lah daripada mimpi yang panjang. Beli rumah yang korang mampu, bukan rumah yang korang mahu.
Ayuh kita berusaha, bukan menyalahkan orang lain. Tak perlu berhutang sana sini semata-mata untuk kelihatan kaya.