Harga emas turun lagi ke paras terendah
Wah ini berita baik untuk follower Glamornyo terutama kepada para wanita. Hehe ye lah kan, kalau cakap bab emas je mesti menjadi kegilaan para wanita. Jom ikuti trending terbaru yang Miss G nak kongsikan. Untuk pengetahuan anda, Emas diniagakan menghampiri paras terendah dalam tempoh tujuh minggu apabila hasil bon meningkat dan dolar Amerika Syarikat (AS) mengukuh, di tengah-tengah kebimbangan mengenai inflasi yang melonjak di pasaran.
Bayangkan, penanda aras hasil 10 tahun AS meningkat selepas mencecah paras tertinggi sejak Jun pada Selasa, menjejaskan daya tarikan jongkong emas, sementara dolar AS pula menghampiri paras tertingginya sejak November.
Pada sesi pendengaran Jawatankuasa Perbankan Senat, kedua-dua Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen dan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell berpendapat bahawa tahap inflasi yang tinggi di AS ketika ini disebabkan gangguan rantaian bekalan sementara dan ia akan berakhir apabila isu itu diselesaikan.
Namun, Presiden Fed Bank of St. Louis, James Bullard, berkata beliau melihat ‘risiko tekanan’ terhadap inflasi dan bank pusat harus bersedia sekiranya tekanan harga berlanjutan lebih lama daripada yang dijangkakan.
Awal minggu ini, Gabenor Fed, Lael Brainard, berkata pasaran buruh dijangka kembali kepada petunjuknya bagi mengurangkan pembelian aset, sementara varian Delta COVID-19 boleh meningkatkan risiko inflasi susulan kekangan bekalan yang bertahan lebih lama.
Emas menghampiri penurunan bulanan terbesar sejak Jun apabila lebih banyak bank pusat mula memberi isyarat untuk menarik semula langkah rangsangan yang digunakan untuk meredakan impak ekonomi akibat pandemik.
Dengan ancaman inflasi menjalar lebih pantas dari jangkaan, bank pusat seperti Fed kemungkinan besar akan mulai mengurangi pembelian bonnya sebelum perubahan harga.
Walaupun emas kehilangan banyak daya tarikan untuk pelabur pada tahun ini berbanding 2020 sambil gambaran teknikal merosot, pembetulan harga yang lebih besar masih dilihat sebagai peluang meningkatkan pegangan.
Spot emas meningkat 0.4 peratus kepada AS$1,740.04 (RM7,277.88) seauns atau RM256.72 segram pada jam 11.02 pagi di Singapura selepas menyusut kepada AS$1,728.18 (RM7,228.27) atau RM254.97 segram pada Selasa, paras terendah sejak 11 Ogos.
Apa tunggu lagi, jom shopping rantai emas. Miss G rasa korang mesti terus bergerak keluar ke kedai emas lepas baca artikel kali ni kan.