Jom Ketahui apa itu “Spread” atau Susut Nilai Emas

Hai korang, Miss G tahu disini ramai follower miss yang memang suka membeli emas, yelahkan setahu miss follower lady miss tentu suka melabur sambil melaram kan? Jadi hari ini Miss G nak terangkan juga bagaimana untuk anda yang melabur emas tahu apa itu susut nilai emas itu sendiri supaya anda bukanlah anda nanti naik melompat jatuh terjun.Bukan sahaja perempuan yang melabur di dalam emas tetapi juga lelaki.

Ramai yang terlibat dalam pelaburan emas, ada yang menjadikannya instrumen pelaburan dan ada juga yang memilihnya sebagai instrumen kalis inflasi.Tapi tak ramai yang tahu apa yang dimaksudkan dengan susut nilai emas atau ‘spread’.

Bagi membantu anda menjawab persoalan ini, Miss G kongsikan apa itu ‘spread’ atau susut nilai emas yang sebenar.

Apa Itu Susut Nilai Emas?

Untuk pengetahuan anda, susut nilai emas atau pun dikenali sebagai ‘spread’ adalah perbezaan di antara harga belian dan juga harga jualan emas. Susut nilai emas ini boleh dijadikan kayu ukur bagi mendapat keuntungan berdasarkan berat emas yang dibeli.

Susut nilai emas biasanya boleh dianggarkan dalam peratus dan sekiranya harga emas melebihi nilai tersebut, maka kita sudah boleh menjual emas tersebut untuk mendapatkan keuntungan.

Bagi mengira peratus susut nilai emas, formula susut nilai emas adalah seperti berikut :

Harga jualan – Harga belian = Jumlah susut nilai emas tersebut

Sebagai contoh:

Pada tahun 2010, harga jualan emas adalah RM300 dan harga beliannya adalah RM290, maka nilai susut emas tersebut adalah RM10. Peratusan untuk susut nilai emas tersebut adalah sebanyak 3.33%.

Untuk pengetahuan anda, tiada pihak tertentu yang mengawal atau meletakkan had susut nilai emas ini. Susut nilai emas ini biasanya ditentukan oleh tukang emas itu sendiri dan terserah kepada mereka untuk meletakkan susut nilai tersebut kepada pelanggan mereka.

Adakah Rugi Sekiranya Beli Dan Terus Jual Emas?

Boleh dikatakan amat rugi jika anda terus menjual emas tersebut selepas membelinya.Emas adalah pelaburan jangka masa panjang dan sebab itulah ianya diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Kesimpulannya, sebelum membeli emas kena pastikan anda mencari susut nilai emas yang paling rendah. Susut nilai emas biasanya akan membolehkan kita membuat keuntungan dalam pelaburan emas dengan lebih cepat. Jika anda tersilap langkah maka masa untuk anda mendapat keuntungan adalah amat lama dan boleh dianggarakan sekitar minimum 2 tahun dan keatas.

Miss G harap perkongsian hari ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat untuk anda yang baru cuba-cuba untuk melabur dalam emas.

Leave a Comment on Jom Ketahui apa itu “Spread” atau Susut Nilai Emas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *