ASB atau Unit trust? yang mana pilihan anda untuk melabur

“Miss, antara ASB, ASB2 ataupun Unit Trust, yang mana lagi baik untuk melabur?”

Miss G sering mendapat persoalan dari anak muda yang baru nak berjinak-jinak melabur bertanyakan soalan tu. Biasa la kan. Baru dapat slip gaji. Nak buat pembiayaan perumahan pun deposit rumah belum ada. Bila duit lebih ada ditangan kan mula lah berkobar jiwa dan raga untuk gandakan simpanan. Jadi, mulakan langkah untuk melabur supaya cepat dapat gandakan duit.

Secara ringkas,

Apa itu Unit Trust / Unit Amanah?

Ramai tak tahu apa itu Unit Amanah.Ada banyak Unit Amanah yang patuh syariah dan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Dana terkumpul akan dilaburkan dalam pelbagai portfolio. Contohnya ekuiti.

Unit Amanah ni kita beli unit. Biasanya harga unit dia berubah-ubah. Maksudnya, hari ni kalau beli satu unit harga RM 1. Kalau nak jual esok mungkin harga dia RM 1.30 satu unit atau lebih rendah lagi. Harga tak tetap macam ASB.

Setiap dana mempunyai harga unit atau Nilai Aset Bersih (NAB). Dalam English: NAV (Net Asset Value) dan NAB berbeza bagi setiap dana. Keuntungan pula berdasarkan dividen, bonus ataupun capital.

Setiap dana ada perbezaannya. Ada yang tidak diberikan bonus atau dividen setiap tahun. Kang kau meroyan pulak pasal apa takde dividen. Dividen Unit Amanah mengikut harga semasa dan jumlah unit. Keuntungan capital pula adalah mengikut turun naik harga NAB sesuatu dana tersebut.Nilai NAB ada naik turun setiap hari tetapi tidaklah terlalu drastik seperti pasaran saham di Bursa Malaysia.

Contohnya anda nak buka satu akaun Unit Amanah. Mungkin minima RM 500 untuk pembukaan bagi satu akaun dan anda boleh simpan berapa yang anda nak ataupun anda beli unit setiap bulan. Itu lagi bagus. Dia panggil Ringgit Cost Averaging (RCA). Yang mana jika harga unit NAB semakin menurun juga anda masih boleh menjana keuntungan.

Kaedah RCA beli unit setiap bulan lagi menguntungkan berbanding beli sedebuk terus. Sebab mungkin masa anda beli tu satu unit harga mahal.Perlu diingatkan kalau anda ada Unit Amanah lepas tu nak jual mungkin ambil masa 10-14 hari. Bukannya dapat balik pulangan pada hari yang kau jual tu.

Potensi keuntungan berdasarkan prestasi terdahulu biasanya antara 10-15% setahun. Unit Amanah ni anda kena layan untuk pelaburan jangka masa panjang. Contohnya 3-5 tahun ke atas. Janganlah kau harap beli unit RM 20,000 tahun ini dan tahun depan nak untung RM 10,000.

Tak. Kau silap besar.

Boleh juga beli Unit Amanah guna daripada duit dalam KWSP Akaun 1 (sekiranya anda layak). Kiraan kelayakan adalah berdasarkan yang ditetapkan oleh pihak KWSP.Unit Amanah adalah pelaburan untuk jangka masa panjang – pelaburan untuk dana persaraan. Simple

Apa itu ASB (Amanah Saham Bumiputera)?

ASB adalah salah satu daripada produk daripada PNB. Banyak lagi produk PNB yang berunit tetap dan juga unit yang berubah. Antara ejen yang menguruskan ASB ialah Maybank, CIMB, RHB, Affin Bank.

ASB merupakan Unit Amanah tetap.

Maknanya anda beli hari ni RM 1 satu unit, jual pada tahun 2020 pun harga tetap sama. Tak berubah dan boleh dapat serta merta jika jual unit.

Ada dua bentuk pelaburan iaitu dalam bentuk buku pelaburan dan juga bentuk sijil. Penambahan minima buku ialah 1 unit. Sijil pula gandaan 1,000 unit. ASB simpanan biasa dan ASB Financing adalah dua perkara yang berbeza. ASB simpanan kau masukkan duit ikut suka. Tak perlu bayar bulan-bulan.

ASB Financing ni kau guna bantuan bank untuk nampak dalam akaun ASB kau ada RM50,000. Tapi mesti bayar ansuran setiap bulan. Jika tidak sijil kena jual. Nama akan tercalar sebab tak bayar pembiayaan.Tiada caj jualan balik atau caj jualan yang dikenakan. Kalau Unit Amanah mungkin ada caj.

ASB2 (Amanah Saham Bumiputera 2)

ASB2 ni tabung dana baru. Tarikh pelancarannya adalah pada 2 April 2014. Dana tabung RM 10 billion unit dan mungkin dah meningkat.

ASB dengan ASB2 berlainan kategori dan portfolio. Lain tabung lain dana. ASB lebih kepada ekuiti dan ASB2 pula lebih kepada aset campuran.

Pelaburan adalah dalam bentuk buku pelaburan, sijil dan juga skim pelaburan ahli KWSP. Tambahan minimum unit melalui Buku: 10 unit, Sijil: Gandaan 1,000 unit dan KWSP: 1,000.

ASB2 juga juga ada financing macam ASB. Sijil boleh dibuat dengan gandaan setiap 1000. Setakat ni hanya Maybank, CIMB dan Affin Bank ada menawarkan perkhidmatan ini.Kesimpulannya, pelaburan mana yang lebih bagus tu adalah subjektif.

Pulangan keuntungan bergantung kepada cara dan kaedah. Ada orang main ASB tapi rasa rugi. Sebab apa? Sebabnya kurang ilmu. Ada main Unit Trust pun tak berapa untung. Sebab apa, sebab labur setahun terus nak tengok untung. Jadi korang kena bijak dan berilmu lah. Belajarlah tentang instrumen pelaburan yang kau minat tu dengan yang pakar.Instrumen ASB dan ASB2 adalah lebih kepada pengumpulan tunai dengan cepat pada tahun singkat. Unit Trust pula adalah untuk masa depan seperti pelan persaraan.Yang tak eloknya jika kau masih tak buat apa-apa tindakan. Masih merenung ke luar jendela. Tak berani nak melangkah. Kah!

Leave a Comment on ASB atau Unit trust? yang mana pilihan anda untuk melabur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *