Banjir Malaysia dan Timbunan Kayu Balak. Kerja rakus manusia!
Aduhai, Bila Miss G lihat gambar diatas tergamam sis seketika, macam tak percaya itu adalah di Malaysia.Sekarang baru Miss G faham kenapa Malaysia boleh kena banjir yang amat teruk sekali. Banjir di Malaysia kini sudah masuk ke episod baharu. Ada kawasan di mana airnya begitu tinggi sehinggakan tenggelam terus rumah hingga ke takat bumbung. Ada kawasan di Malaysia masih belum surut dan ada juga kawasan yang sudah surut, manakala sebahagian lagi masih berada di tahap sama dan sedang dipantau rapi oleh pihak berkuasa.
Kebanyakan mangsa sudah dipindahkan ke penempatan sementara. Kawasan dewan yang boleh memuatkan beratus orang. Para sukarelawan dan agensi kerajaan pula sedang giat membantu bagi memastikan semua yang terjejas dapat diselamatkan.
Namun dalam kekecoham situasi banjir yang melanda negara. Tular di sosial media beberapa hantaran yang menunjukkan bahawa terdapat kerakusan yang dibuat oleh tangan-tangan manusia.
Gambar kayu balak yang menimpa kawasan yang dilanda banjir. Sebahagian kawasan dapat dilihat bahawa timbunan kayu balak menjadi tinggi seolah membentuk bukit kecil. Manakala yang lain pula, timbunan kayu balak melepasi ketinggian bumbung rumah.Ini adalah berpunca dari sikap kita sendiri. Pembalakan yang berluasa sehingga sama ada tidak dipantau ataupun sudah diberi pelepasa dari kerajaan. Tetapi isu ini seperti ditutup oleh kerajaan kerana segala posting yang netizen post di dalam FB dan insta seperti dipadam oleh kerajaan agar isu ini dilupakan.
Sebab Lain Kenapa Banjir ini boleh berlaku?
Pembangunan tidak terancang, pengabaian aspek pemuliharaan alam sekitar dan kelemahan penyelenggaraan sistem saliran dikenal pasti menyumbang kejadian banjir besar di Lembah Klang.Teori itu dibangkitkan pakar pembinaan, geologi dan kaji cuaca susulan banjir di sekitar Lembah Klang yang mengakibatkan ribuan penduduk terjejas.
Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Ir Ts Dr Rumaizah Mohd Nordin, berkata pembangunan tidak terancang menyebabkan sistem saliran tidak direka bentuk dengan sempurna.
“Jika dibuat secara terancang, data taburan hujan, paras banjir dan pelbagai maklumat hidrologi akan diambil kira bagi merekabentuk sistem perparitan sesuai bagi mengelakkan risiko banjir besar.
Terdapat lokasi pembangunan atau perumahan dibina di kawasan rendah hingga menyebabkan ia menjadi tempat air bergenangan apabila hujan lebat dan berterusan dalam tempoh lama.Ada juga pembangunan di sesuatu kawasan itu berlaku begitu pantas menyebabkan ia menjadi lebih padat, sekali gus mengurangkan keberkesanan sistem saliran.
Sementara itu, Pengerusi Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Fredolin Tangang berkata, pembangunan tidak terancang akan meningkatkan risiko banjir besar.
Namun, selain isu pembangunan yang tidak terancang, banjir luar biasa ini turut berpunca daripada curahan hujan yang terlalu tinggi.