Tak semua dapat sambut raya kali ini dengan suasana yang baru , sofa baru, langsir baru, dan baju raya baru. Tetapi Miss Glamornyo rasa ramai yang sangat memerlukan dan hanya dapat menyambut raya sekadar ala kadar.Jadinya Hari ni Miss nak kongsi bagaimana anda boleh rasa feeling raya tu macam beraya sakan.hehe. Jom ikuti cara macam mana untuk menjadikan sofa lama anda menjadi bersih seperti baru dengan hanya rm3 sahaja.

Tetapi perlu dilihat juga jenis sofa yer. Kalau sofa jenis kulit tu kena guna keadah dan bahan lain. Jenis sofa barik polos air, memang mudah memerangkap kotoran dan sukar untuk dibersihkan. Walaupun dijaga rapi, lama-kelamaan warna yang indah bertukar menjadi kepam. Cara terbaik nak sofa lama nampak baru adalah dengan mencuci. Cuci pun bukan sebarangan, perlu upah profesional. Tapi ada cara mudah dan jimat yang Miss GlamorNyo nak kongsikan untuk anda .

Haritu survey dengan tukang cuci sofa.. Dia bagi harga RM120 servis cuci sofa dtg rumah.. Dengar harga nak aii.. Boleh tahan juga. Tapi okay lah dia datang ke rumah untuk cucikan. Duit minyak kereta duit makan dia lagi.Hampir-hampir jugaklah miss nak guna Khidmat tukang cuci sofa.

Okay ini lah bahan yang Miss guna pakai untuk membersihkan sofa menjadi seperti baru. Taraaa, rm3 je kalau beli online di shopee. Murah kan? Yang penting berhasil kau. Jimat duit aku.1 sofa guna 2 tin setengah je. tapi selalu habis stok kalau beli kat kedai. Apa kata beli je dekat shopee RM 3 sebotol.

Klik link ni kalau nak beli terus https://invol.co/cl3tpex

Sebelum spray, goncang dulu.. Masa spray, tutup idung sebab aromanya macam menyengat.Dia tak busuk tetapi biasalah bau chemical kan, pasti kurang menyenangkan.

Tak payah sental sangat pun kalau guna berus baju jenis macam tu. Berus dia lembut-lembut perlahan-perlahan, kuat-kuat nanti takut terkoyak pulak sofa tu nanti kan. Mana lah tahu ada yang dah reput ke.Just spray bahagian mana nak dicuci, biar foam tu nyerap sekejap, dah boleh memberus. Siap berus, lap-lap manja guna kain. Tunggu je sofa kering sendiri.

Dan Taraaaaaaa.. Lihatlah hasilnya yang menawan itu, nampak seperti baru kan. Haaa macam tak percaya je. Baru ada feeling-feeling raya sikit macam ni.Walaupun tak beli sofa baru tahun ini, tapi yang penting tu adalah kemeriahan yang kita sambut bukan hanya dari barang baru. Tetapi suasana dan feeling raya tu uang paling utama. Tak gitu? Okaylah anyway selamat beraya ya guys.

Leave a Comment on Dah nak Raya ni.Cuci Sofa Kepam Guna Produk Pencuci RM 3 Ni Je!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *