Artikel kali ini miss nak kongsi khusus kepada para lelaki misali dan ketua keluarga yang tak pernah lupa membayar zakat fitrah. Sudah tidak lama lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di samping kita menyiapkan persiapan rumah dan persendirian, jangan dilupa juga dengan tuntutan agama iaitu membayar zakat fitrah. Disebabkan kita masih berada dalam musim wabak pandemik, orang ramai amatlah digalakkan untuk membayar zakat menggunakan kaedah secara perbankan online sahaja. Mudah,cepat dan efisien.

Untuk anda yang mempunyai akaun perbankan online khususnya Maybank2u, ini cara-caranya untuk anda bayar zakat fitrah dengan mudah.

 

 

CARA BAYAR ZAKAT FITRAH GUNA MAYBANK2U

Untuk yang duduk negeri Selangor bayaran zakat adalah rm7.00 seorang. Macam biasa macam tahun-tahun lepas yang mana nak bayar guna M2U boleh ikut langkah ni tapi kali ni guna aplikasi dan bukan guna web supaya lebih mudah. Log in dan ikut langkah 1 hingga 5. Apapun yang penting niat, niat jangan lupa masa buat pembayaran sertakan sekali dengan niat.

” Inilah wang sebanyak RM__ bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas saya / dan tanggungan saya untuk tahun ini kerana Allah Taala”.

1.Okay yang pertama mestilah anda kena ada acc Maybank2u ye dok, lepas tu terus  Log in masuk Maybank2u.

2.Seterusnya, step kedua adalah anda perlu pilih dibahagian PAY dan tekan NEW PAYEE.

3.Bila anda sudah tekan New Payee tu anda akan dapat lihat “Lembaga Zakat Selangor”di bahagian ruang pilihan dan anda hanya perlu  Pilih Lembaga Zakat mengikut negeri masing-masing

4.Isikan nombor telefon dan pilih jenis zakat (Zakat Fitrah)

5.Masukkan jumlah bayaran zakat dan tekan proceed

6.Akhir sekali, klik ‘Confirm’

Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan pengguna yang berkongsikan kaedah pembayaran zakat melalui institusi perbankan yang lain.

Ha apa tunggu lagi, Miss GlamorNya dah kongsi cara yang terbaik dan mudah ni. Semua di hujung jari je sekarang ni. Jangan pula anda kata tiada masa untuk selesaikan kewajipan kita sebagai Muslim. Jangan lupa ya!

Leave a Comment on Jom Bayar Zakat Fitrah Guna Maybank2u Untuk yang Last Minute

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *