MIss G nak tanya ni. Anda dah lengkap dos vaksin kedua? Kalau dah jom ikuti Artikel kali ini dimana Inilah kelonggaran SOP di Fasa 1, 2 dan 3 yang perlu anda tahu untuk anda yang sudah lengkap 2 dos vaksin.

© abdulrazaklatif | 123rf

Individu yang diberi vaksin sepenuhnya:

Perdana Menteri menjelaskan bahawa individu akan dianggap diberi vaksin penuh ketika dia menerima:

  • Vaksin dosis ganda seperti Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac: 14 hari selepas vaksinasi dos kedua
  • Vaksin satu dos seperti Johnson & Johnson & CanSino: 28 hari selepas vaksinasi

SOP untuk individu yang mendapat vaksin penuh bagi Fasa 1 PPN:

Rentas Daerah dan Negeri bagi Pasangan Suami Isteri Jarak Jauh (PJJ)

  • Pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri bagi tujuan berjumpa pasangan masing-masing dengan syarat kedua-duanya mesti telah lengkap divaksin dengan pengesahan PDRM dan mengemukakan;
    • Salinan kad pengenalan suami dan isteri
    • Salinan sijil/ kad pernikahan
    • Salinan Kad/ Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 suami dan isteri
    • Salinan dokumen bukti tempat tinggal suami/ isteri atau surat pengesahan majikan
  • Menunjukkan surat kebenaran yang telah diluluskan oleh PDRM apabila melalui Sekatan Jalan Raya (SJR).

Rentas Daerah dan Negeri bagi Ibu Bapa/ Penjaga yang Mempunyai Anak (Di Bawah 18 Tahun) Jarak Jauh (AJJ)

  • Ibu bapa/ penjaga yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun serta menetap di daerah atau negeri berlainan dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak masing-masing dengan syarat kedua-dua ibu bapa / penjaga mesti telah lengkap divaksin dengan pengesahan PDRM dan mengemukakan;
    • Salinan kad pengenalan ibu, bapa dan sijil/ dokumen kelahiran anak
    • Salinan Kad/ Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 ibu dan bapa / penjaga
    • Maklumat persekolahan anak (sekiranya berkaitan)
  • Menunjukkan surat kebenaran yang telah diluluskan oleh PDRM apabila melalui Sekatan Jalan Raya (SJR).

Warganegara dan Bukan Warganegara yang Pulang/ Tiba dari Luar Negara

  • Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah lengkap divaksin, dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) digital tertakluk kepada penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan perincian yang dikeluarkan oleh KKM.
    • Menunjukkan bukti laporan ujian RT PCR dengan keputusan negatif yang dijalankan 3 hari sebelum berlepas.
    • Mempunyai sijil sah vaksinasi COVID-19 dos lengkap (bergantung kepada jenis vaksin).
    • Tiada gejala semasa saringan kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa Negara (PMA).
    • Mempunyai tempat kediaman yang sesuai untuk dijalankan kuarantin.
  • Individu yang pulang / tiba dari luar negara dan belum lengkap divaksin atau tidak divaksin perlu menjalani kuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan serta tertakluk kepada perincian yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Tempoh kuarantin wajib bagi pengembara dari semua negara adalah 14 hari dan boleh dilanjutkan selama 7 hari lagi sekiranya terdapat keperluan berdasarkan hasil penilaian risiko yang dijalankan pada hari ke-14.
  • Pengembara dikehendaki membuat penilaian kendiri setiap hari melalui Home Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera dan aktiviti ini perlu diteruskan sehingga tamat tempoh kuarantin (sama ada 14 hari atau 21 hari dari tarikh ketibaan).
  • Pengembara dikehendaki menjalani saringan ujian pengesanan jangkitan COVID-19 iaitu ujian RT-PCR COVID-19 semasa ketibaan di PMA. Ujian ulangan saringan ujian pengesanan jangkitan COVID-19, RT-PCR COVID-19 dilakukan pada hari ke 10 atau hari ke 18 (bagi pengembara yang perlu menjalani kuarantin selama 21 hari).

Keagamaan

  • Aktiviti solat di masjid dan surau bagi individu yang telah divaksin lengkap dibenarkan tertakluk kepada ketetapan dan SOP oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.
  • Aktiviti sembahyang di Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) bagi individu yang telah divaksin lengkap dibenarkan tertakluk kepada ketetapan dan SOP oleh Kementerian Perpaduan Negara.

Sektor Pembuatan dan Pembinaan

  • Bagi aktiviti yang tidak disenaraikan dalam Senarai Perkhidmatan Perlu Sektor Pembuatan dan Pembinaan yang mencapai kadar vaksinasi lengkap bagi pekerja dibenarkan beroperasi seperti berikut:
    • 40% : Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60% pekerja
    • 60% : Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 80% pekerja
    • 80% : Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100% pekerja
  • Ujian RTK Antigen ke atas pekerja dilaksanakan setiap 2 minggu dengan kos ditanggung majikan.

Perlombongan dan Pengkuarian

  • Bagi sektor perlombongan dan pengkuarian yang mencapai kadar vaksinasi lengkap bagi pekerja dibenarkan beroperasi seperti berikut:
    • Kurang 60% : Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60% pekerja
    • 60% : Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 80% pekerja
    • 80% : Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100% pekerja
  • Ujian RTK Antigen ke atas pekerja dilaksanakan setiap 2 minggu dengan kos ditanggung majikan.

Sektor Perdagangan dan Pengedaran

  • Pelanggan yang mendapat kemudahan ini mestilah telah menerima vaksinasi lengkap.
    • Kedai cuci kenderaan
    • Kedai elektrik dan elektronik
    • Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
    • Kedai perabot
    • Kedai peralatan sukan
    • Kedai aksesori kenderaan
    • Pusat pengedaran dan jualan kenderaan
    • Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
    • Kedai barang kemas
    • Kedai gunting rambut dan pusat/ salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)
  • Pemilik premis perlu memastikan pelanggan yang ingin memasuki premis MESTI menunjukkan Kad/ Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 yang membuktikan pelanggan tersebut telah divaksin lengkap.
  • Bagi ibu bapa/ penjaga yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah ke premis tersebut dengan mematuhi protokol kesihatan umum.

Pasar Pagi, Pasar Tani, Pasar Malam dan Pasar Minggu

  • Pelanggan yang mendapat kemudahan ini mestilah telah menerima vaksinasi lengkap.
  • Pasar pagi, pasar tani, pasar malam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dengan memastikan pelanggan yang ingin memasuki kawasan pasar pagi, pasar tani, pasar malam dan pasar minggu MESTI menunjukkan Kad/ Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 yang membuktikan pelanggan tersebut telah divaksin lengkap.

Dine-in

  • Pengusaha restoran termasuk di hotel, rumah kelab sukan dan rekreasi, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan dan kiosk dibenarkan menyediakan perkhidmatan dinein dengan mematuhi syarat berikut:
    • Hanya menerima pelanggan yang telah lengkap divaksin dan tidak bergejala
    • Pemilik premis perniagaan MESTI memaparkan notis penerimaan pelanggan yang
      telah lengkap divaksin dan tidak bergejala sahaja di pintu masuk premis.
    • Pekerja yang telah menerima vaksin dos lengkap dan tidak bergejala sahaja dibenarkan bekerja dengan kadar vaksinasi berikut:
      • 40% : Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60% pekerja.
      • 60% : Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 80% pekerja.
      • 80% : Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100% pekerja.
    • Pemilik premis perniagaan perlu memastikan susun atur meja mengikut penjarakan
      dan premis mempunyai sistem pengudaraan (ventilation) yang baik.
    • Aktiviti dine-in dengan kapasiti 50% setiap meja dan penjarakan fizikal sekurangkurangnya 1 meter tertakluk kepada SOP KPDNHEP PPN Fasa 1 – Perdagangan Pengedaran.
  • Bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis tersebut dengan mematuhi protokol kesihatan umum.

Sukan dan Riadah

  • Penggunaan premis dan fasiliti sukan dan rekreasi adalah TERHAD bagi individu yang telah MELENGKAPKAN VAKSINASI sahaja bagi melakukan semua aktiviti sukan dan rekreasi secara individu yang tidak bersentuhan fizikal bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurangkurangnya 2 hingga 3 meter bermula jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam dan dilakukan dalam daerah yang sama sahaja. Aktiviti yang boleh dilakukan di premis/ fasiliti adalah seperti renang, ekuestrian, menembak, tenis/ badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.
  • Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi komersial terbuka (outdoor) dan separa terbuka termasuk kolam renang/ premis sukan & rekreasi air (terbuka/ separa terbuka) dengan pematuhan kepada 60% kapasiti penggunaan/ kawasan DENGAN kawalan penyeliaan. Kehadiran pekerja adalah tidak melebihi 60% tenaga kerja merangkumi pengurusan dan operasi. Penggunaan adalah dalam kalangan individu yang telah MELENGKAPKAN vaksinasi sahaja. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap juga dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi aktiviti tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat.
  • Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi komersial terbuka (outdoor) dan separa terbuka termasuk kolam renang/ premis sukan & rekreasi air (terbuka/ separa terbuka) awam adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Pihak Berkuasa Berkaitan.
  • Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis seperti club house adalah dibenarkan. Namun, operasi bilik mandi adalah tidak dibenarkan.

Perkelahan dan Perkhemahan

  • Aktiviti perkelahan dan perkhemahan adalah dibenarkan dalam daerah yang sama.
  • Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi aktiviti tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat.

SOP untuk individu yang mendapat vaksin penuh bagi Fasa 2 PPN:

Rentas Daerah

  • Rentas daerah dibenarkan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan mengemukakan Kad/ Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dan kad pengenalan/ pasport sebagai pembuktian.

SOP untuk individu yang mendapat vaksin penuh bagi Fasa 3 PPN:

Rentas Daerah dan Negeri bagi Pasangan Suami Isteri Jarak Jauh (PJJ)

  • Pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri bagi tujuan berjumpa pasangan masing-masing dengan syarat kedua-duanya mesti telah lengkap divaksin dengan pengesahan PDRM dan mengemukakan;
    • Salinan kad pengenalan suami dan isteri
    • Salinan sijil/ kad pernikahan
    • Salinan Kad/ Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 suami dan isteri
    • Salinan dokumen bukti tempat tinggal suami/ isteri atau surat pengesahan majikan
  • Menunjukkan surat kebenaran yang telah diluluskan oleh PDRM apabila melalui Sekatan Jalan Raya (SJR).

Rentas Daerah dan Negeri bagi Ibu Bapa/ Penjaga yang Mempunyai Anak (Di Bawah 18 Tahun) Jarak Jauh (AJJ)

  • Ibu bapa/ penjaga yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun serta menetap di daerah atau negeri berlainan dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak masing-masing dengan syarat kedua-dua ibu bapa / penjaga mesti telah lengkap divaksin dengan pengesahan PDRM dan mengemukakan;
    • Salinan kad pengenalan ibu, bapa dan sijil/ dokumen kelahiran anak
    • Salinan Kad/ Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 ibu dan bapa / penjaga
    • Maklumat persekolahan anak (sekiranya berkaitan)
  • Menunjukkan surat kebenaran yang telah diluluskan oleh PDRM apabila melalui Sekatan Jalan Raya (SJR).

Status Fasa Negeri-Negeri:

Fasa 1:

  • Kedah
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya

Fasa 2:

  • Kelantan
  • Terengganu
  • Pahang
  • Perak
  • Penang
  • Sabah

Fasa 3:

  • Perlis
  • Sarawak
  • Labuan

Leave a Comment on SOP Untuk Individu yang lengkap 2 dose vaksin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *